Tuesday, March 30, 2010

sejarah Hidup TRAGEDI NATRAH.....

Nadra Maarof atau nama belanda Bertha Hertogh (1937-2009) adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya Wiesje, Corrie. Adiknya Benny dan Karel.Beliau meninggal dunia pada 9 Julai 2009 pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda

* 1937 24 Mac [[Natrah]] dilahirkan di [[Tjimahi]], [[Jawa]], [[Indonesia]] dengan nama [[Bertha Hertogh]] atau '''Maria Huberdina Hertogh'''
* Disember 1942 [[Bertha Hertogh]] diserahkan untuk dipelihara kepada [[Che Aminah Mohamad]]. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya [[Sarjan Adrianus Petrus Hertogh]] kerana telah ditawan tentera Jepun.
* [[Che Aminah Mohamad]] atau Mak Minah seorang peniaga kain di [[Jawa]] yang berasal dari [[Kemaman]], [[Terengganu]]. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan [[Babu]] atau [[pembantu rumah]]. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
* 15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke [[Kampung Banggol]], [[Kemaman]], [[Terengganu]] melalui [[Singapura]] kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.
* 1945 Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas [[Hiroshima]] dan [[Nagasaki]] dibom dengan [[bom atom]] oleh [[Amerika]]. Dia balik ke [[Bandung]], [[Jawa]] dan mencari anaknya [[Natrah]]. Adeline dan Hertogh balik ke [[Belanda]] tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.
* September 1949 Natrah ditemui oleh [[Arthur Locke]], [[Penasihat British]] di [[Terengganu]] sewaktu pertunjukan [[senaman]] di padang [[Sekolah Perempuan Melayu Chukai]].
* 19 Ogos 1949 polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.
* 12 April 1950 Che Aminah membawa Natrah ke [[Singapura]] atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
* 22 Mei 1950 Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah [[Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura]]
* 24 April 1950 Natrah dihantar ke [[Girls Homecraft Centre]], [[York Hill]], [[Singapura]]
* 28 April Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik [[Ahmad Ibrahim]] daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.
* 19 Mei 1950 peguambela Encik [[Ahmad Ibrahim]] menghujah di mahkamah bahawa [[Che Aminah Mohamad]] berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. [[Ahmad Ibrahim]] menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura .
* 28 Julai 1950 Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill
* 1 Ogos 1950 kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu [[Mansor Adabi]] secara [[nikah gantung]] di rumah bapa angkat [[Mansor Adabi]] iaitu En. [[M.A.Majid]] di 139, [[Seranggoon]] Road, [[Singapura]]. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi [[Muhamad]], [[Siti Aisyah]].
* 2 Disember 1950 Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang [[Belanda]] , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.
* Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.
* 12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di [[Belanda]]. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.
* 12 Disember 1950 [[Rusuhan Natrah]] berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan di[[murtad]]kan.
* 13 Disember 1950 Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan [[Lapangan Terbang Kallang]], [[Singapura]] menuju [[Belanda]] dengan [[kapal terbang]] [[KLM]].
* Ada protes orang [[Islam]] di [[Karachi]], [[Pakistan]] yang bersimpati dengan Natrah.
* 15 Disember 1950 Natrah sampai di [[Lapangan Terbang Sciphol]], [[Amsterdam]], [[Belanda]]; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan [[sepanduk]] 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh.
* Di rumahnya di [[Bergen Op Zoom]] , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh [[polis Belanda]]. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.
* Januari 1952 Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.
* 9 Januari 1951 Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.
* 10 Januari 1951 Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib [[Karim Ghani]] yang masih ditahan.
* 17 September 1951 Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.
* Mac 1953 Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi [[Kristian]] [[Katholik]] dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh'.
* 25 Januari 1953 Surat Mansor Adabi kepada Natrah
* 20 Julai 1953 Surat Bertha kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.
* 1954 Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya [[Zaiton Jahuri]].Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Bertha yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya [[Johannes Gerrit Vermeulen]]. Antara murid [[Mansor Adabi]] ialah Datuk [[Abdul Aziz Abdul Rahman]], bekas pengarah [[MAS]].
* 26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.
* 20 April 1956 Bertha berkahwin dengan [[Johan Gerardus Wolkenfelt]], seorang [[askar]] ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi [[tukang kayu]].
* 15 Februari 1957 Bertha bersalin anak lelaki pertama. Bertha mendapat 10 orang anak. Nama anaknya [[Silvija]], [[Carolien]], Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul.
* 20 Januari 1959 Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga.
* 3 Februari 1959 Surat Bertha kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, [[Belanda]].
* 25 November 1975 [[Televisyen Belanda]] NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam filem dokumentari [[The Time Just Stool Still]] selama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt dan [[Mansor Adabi]] turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang [[guru]] dan [[peguam]], hidup mewah.
* 16 Ogos 1976 Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya [[JG Wolkenfelt]]. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya [[Tom Ballermans]] dan [[Adrie Jansen]] dan membeli sepucuk [[pistol revolver]]. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Bertha ditangkap.
* 26 Disember 1976 Natrah dilaporkan [[sakit jiwa]] oleh [[Utusan Malaysia]]. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.
* 1976 Che Aminah meninggal dunia di [[Chukai]], [[Terengganu]] ketika berusia 70an
* Disember 1979 Bertha berkahwin dengan [[Tom Ballermans]] - lelaki yang selalu datang ke Cafe Bertha dan yang dikatakan bersepakat dengan Bertha untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di [[Ossendrecht]], [[Belanda]] kira-kira 12 km dari [[Bergen Op Zoom]], [[Belanda]].
* 1983 Bertha bercerai dengan [[Tom Ballermans]]
* 1984 Bertha masuk hospital kerana [[sakit jantung]]. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.
* 15 September 1984 Bertha meninggalkan [[Belanda]] ke [[Amerika Syarikat]] mencari kehidupan baru bersama [[Ben Pichel]] dan hidup tanpa kahwin hingga... [[Ben Pichel]] ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.
* Bertha kini tinggal di [[Nevada]], tengah [[Amerika Syarikat]] dan meninggalkan anak-anaknya di [[Belanda]]. Dia pernah bekerja sebagai [[tukang masak]] dan pengemas bilik [[hotel]] dan [[motel]]. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.{{fact}}
* Pada tahun 1992, kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyayian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini.
*9 Julai 2009 - Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda. Beliau meninggal akibat [[leukemia]] pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada [[Bernama]].

Monday, March 29, 2010

Penciptaan Duit Kertas Moden, Hukum & Forex

Apa itu duit kertas yang ada di sekeliling kita hari ini dan bagaimana ia dicipta ? Siapa yang mencetaknya dan atas dasar apa?

Bukan proses pengilangannya yang dimaksudkan tetapi adalah di atas asas apa? bersandarkan kepada apa? siapa dan bagaimana nilainya terhasil jika bukan dari emas dan perak?

Penulisan ini akan cuba memberikan sedikit gambaran mudah berkenaan hal ini, diikuti dengan sedikit ulasan para ulama tentangnya. Ia adalah isu yang rumit untuk diringkas dan dipermudahkan kepada kefahaman awam, namun saya cuba setakat yang termampu. Sebarang tambahan penjelasan dari mereka yang pakar adalah dialukan.

Perlu diingat, tulisan ini ditujukan kepada merkera yng bukan specialize di bidang ini, maka saya tidak pergi kepada perincian dalam banyak perkara bagi mengelakkan kekeliruan kefahaman. Bagi mereka yang pakar juga, saya nasihatkan anda bahawa tulisan ini tidak menjanjikan sebarang ilmu baru buat anda.




APA ITU DUIT?

Secara mudahnya, semua item yang diterima umum sebagai perantara (medium of exchange) untuk pertukaran sesuatu barang dan khidmat, ia boleh dianggap sebagai duit.

Ada yang menggunakan batu tertentu, kulit kerang, garam sebagai duit. Kerajaan Roman memulakan penggunaan siling emas (denarius) and Parsi menggunakan koin perak (drachma) sebagai matawang mereka. Menurut sejarah, semasa kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w , baginda berterusan menggunakan dua jenis matawang Roman dan Parsi ini dan dikenali sebagai Dinar ( emas) dan Dirham ( perak).

Selain itu wujud juga matawang jenis lain yang dihasilkan dari tembaga, dan lain-lain barangan bernilai seperti permata dan ain-lain. Sejarah membuktikan, penggunaan emas dan perak sebagai matawang telah diiktiraf oleh Nabi s.a.w dan para sahabat baginda dan telah memainkan peranan yang amat penting sebagai matawang. Sehingga hukum berkaitannya disebut khusus oleh Nabi s.a.w.

Dalam perkembangan sistem ekonomi pelbagai kerajaan di dunia, mereka berterusan menggunakan matawang dari emas dan perak ini sehinggalah ia sedikit diubah bagi menambah kemudahan penggunaannya. Perubahan paling ketara bermula pada tahun 1971. Penerangan selanjutnya berkenaan hal ini akan menyusul.

FUNGSI DUIT

Apabila melihat kepada fungsi duit, kebanyakan penulis-penulis ekonomi dan kewangan akan menggaruskan berikut :-

1) Medium of exchange

Perantara kepada urusan jual beli barang dan khidmat. Inilah fungsi duit yang pertama.


Dahulunya, orang menggunakan sistem barter (atau muqayadhah iaitu tukar barang dengan barang), Oleh sebab itu, setiap pembeli dan penjual mesti mencari orang yang boleh bertukar dengannya. Ini amat sukar.


Sebagai contoh Ahmad mempunyai sebuah kereta tetapi berkehendakkan kepada sebuah van. Ali memiliki van dan berkehendakkan kepada sebuah kereta. Bagaimana keduanya boleh bertemu jika kedua-duanya saling tidak mengenali dan berada di kawasan berbeza?.


Sememangnya amat rumit, hasil dari itu wujulah matawang atau duit. Ia akan berfungsi sebagai perantara kepada hasrat Ahmad dan kehendak Ali. Kedua-dua mereka boleh menjualkan kereta dan van masing-masing dan menerima sejumlah wang dari pembeli masing-masing di kawasan masing-masing. Seterusnya wang yang diperolehi boleh digunakan untuk membeli kereta dan van yang masing-masing inginkan tanpa perlu bertemu.


2) Store of value

Duit juga berfungsi sebagai pemegang nilai untuk masa akan datang. Untuk itu ia sepatutnya mempunyai nilai tersendiri serta boleh dirujuk dan tidak kerap berubah. Hanya dengan itu, ia memegang nilai untuk beberapa tempoh masa dan boleh pula dirujuk.


Sebagai contoh, emas, kambing dan lain-lain lagi. Namun hari ini, wang kertas telah dibebankan dengan fungsi ini walalupun sebenarnya ia tidak layak. Akan diulas kemudian.


Sebagai contoh, katalah emas satu gram boleh ditukar dengan 20 kg beras. Dalam tempoh dua tahun, boleh dirujuk kepada nilai emas satu gram tadi, sama ada ia masih boleh membeli 20 kg beras atau mungkin lebih lagi. Justeru, harga barangan lain boleh dinilai dan disandar kepada nilai emas iaitu duit.


Dalam konteks duit kertas moden hari ini pula, wang berjumlah RM 5 pada 1 Julai 2008 boleh membeli sekilo ayam, dan dalam tempoh beberapa tahun akan datang jumlah yang sama sepatutnya masih boleh membeli kuasa beli yang sama iaitu seklio ayam. Itulah fungsi duit, iaitu mampu mengekalkan nilainya bagi memberikan kuasa beli pada masa akan datang.


3) Unit of account

Ia diperlukan untuk menentukan dan mengetahui nilai sesuatu barang, agar proses pertukaran hak milik (jual beli) dapat dijalankan dengan berkesan.


Sebagai contoh, sebuah laptop, bagaimana kita ingin menyebut berkenaan nilai dan harganya jikalau terdapat pembeli?. Adakah dengan saiznya?, beratnya atau apa?. Sudah tentu kita memerlukan satu nilai kira-kira khusus yang boleh difahami oleh pembeli dan juga penjual, maka itulah fungsi duit. Bertindak sebagai unit kira-kira (unit of account), iaitu kita tahu nilai dan harga laptop tadi nya adalah RM 3500. Itulah unit of account.

Untuk memenuhi tiga tujuan dan fungsi duit di atas, ia memerlukan syarat berikut bagi menjadi duit yang berkesan :-

1.Standardizable - nilainya boleh ditentukan dengan mudah.
2.Diterima meluas - punyai nilai tersendiri atau hasil penetapan oleh undang-undang.
3.Divisible - Punyai nilai yang boleh dibahagi-bahagikan untuk proses tukaran.
4.Mobile - Mudah dibawa ke sana ke mari.
5.Stable and durable - Stabil dan tidak mudah hancur, musnah dan hilang yang diakibatkan oleh struktur bentuk sendiri, sebagai contoh tidak seperti aiskrim yang boleh cair.
BERKENAAN PENCIPTAAN WANG

Saya juga sertakan sedikit petikan berkenaan sejarah penciptaan wang ‘money creation' agar kita dapat memahami hakikat duit kertas yang berada di dalam poket kita hari ini dan apakah pendirian Islam berkenaannya. Untuk memahami serba sedikit berkenaan duit kertas hari ini, beberapa perkara berikut mestilah difahami :-

1) SISTEM BRETTONS WOODS

Perbincangan berkenaan matawang kertas sukar dipisahkan dari info berkenaan sistem Bretton Woods, ia adalah satu persidangan antarabangsa selepas Peperangan Dunia Kedua, membincangkan kaedah terbaik untuk membangunkan semula ekonomi dunia yang meleset teruk akibat perang. Hasil dari persidangan ini, lahirlah Bank Dunia (world bank) dan juga International Monetary Fund (IMF). [1]

Dalam perkara matawang, keputusan mereka memperkenalkan matawang kertas yang mempunyai nilai tukaran yang tetap (fixed exchange rate). Nilai United States Dollar telah diikat dengan 1/35 dari troy ounce (888.671 milligram emas), kemudian matawang dari negara-negara lain pula diikat dengan nilai US Dollar.

Pihak kerajaan AS ketika itu pula berjanji akan membolehkan tebus tuntut (redeemable) setiap USD yang ada di tangan mana-mana pihak kepada emas sebenar.

Persidangan Bretton Woods padatahun 1944 ini membawa kepada kewujudan wang yang disandar dan diikat kepada emas. Ia dinamakan gold backed paper money, iaitu duit dalam bentuk kertas sebagai ganti kepada matawang emas, ia dijangka lebih baik kerana lebih ringan, mudah untuk dibawa serta dipinda dan disimpan. Ia juga dikenali sebagai representative money, kerana ia mewakili sejumlah emas atau perak yang berada di dalam simpanan bank.

Pada tahun 1971, perjanjian tadi telah dibatalkan, antara puncanya adalah disebabkan oleh jumlah emas fizikal yang tidak mencukupi untuk menampung lambakan wang kertas di dalam pasaran. Memang sepatutnya setiap matawang yang dicetak mestilah terdapat emas di belakangnya.

Namun, masalah bermula apabila pihak kerajaan USA mencetak matawang kertas yang lebih banyak dari jumlah emas fizikal yang berada di dalam simpanannya. Tindakannya itu dinamakan fractional reverse system. Sistem dan istilah ini MESTI difahami bagi melengkapkan kefahaman anda berkenaan penciptaan duit.

Perlu diketahui juga, bahawa wang kertas USD cetakan US ini boleh ditebus dengan emas fizikal bagi mana-mana pihak antarabangsa tetapi tidak bagi rakyat mereka. Hasilnya, kerajaan Perancis menuntut emas fizikal apabila membawa sejumlah besar wang kertas US Dollar. Keadaan ini membimbangkan US kerana jumlah emasnya yang terhad serta juga bimbang tindakan Perancis akan ditiru oleh kerajaan negara lain. Jika ini berlaku, kerajaan US akan dipenuhi dengan duit kertas tanpa nilai emas lagi.

2) FRACTIONAL RESERVE BANKING AND REQUIREMENT

Kerajaan US memberikan gambaran berikut untuk menerangkan istilah ini dan mengapa ia diperlukan:

The fact that banks are required to keep on hand only a fraction of the funds deposited with them is a function of the banking business.

Banks borrow funds from their depositors (those with savings) and in turn lend those funds to the banks' borrowers (those in need of funds). Banks make money by charging borrowers more for a loan (a higher percentage interest rate) than is paid to depositors for use of their money.

If banks did not lend out their available funds after meeting their reserve requirements, depositors might have to pay banks to provide safekeeping services for their money. For the economy and the banking system as a whole, the practice of keeping only a fraction of deposits on hand has an important cumulative effect. Referred to as the fractional reserve system, it permits the banking system to "create" money. [2]

Justeru..

Fractional reserves banking adalah satu sistem ini menetapkan pihak bank untuk MENGEKALKAN sebahagian dari jumlah wang yang disimpan oleh pendeposit dan menggunakan bakinya untuk memberi pinjaman kepada pelanggan lain.

Investopedia mentakrifkannya sebagai A banking system in which only a fraction of bank deposits are backed by actual cash-on-hand and are available for withdrawal. This is done to expand the economy by freeing up capital that can be loaned out to other parties. Most countries operate under this type of system. [3]

Maka kesimpulannya, sistem fractional reserves banking adalah sistem yang membenarkan pihak bank menyimpan sebahagian dan meminjamkan bakinya atas alasan menggalakkan perkembangan ekonomi, manakala Fractional Reserves Requirement adalah jumlah minima despoit (wang simpanan) yang WAJIB DISIMPAN. Di Malaysia, syarat yang ditetapkan hanyalah 4% dari jumlah simpanan seorang pendeposit, terdapat pula negara yang meletakkan 10% atau 20% atau 50% wajib disimpan, bakinya boleh dipinjamkan.

Sebagai contoh mudah untuk menambah kefahaman ianya begini;

katalah kita di sebuah negara yang meletakkan 20% sebagai fractional reserves requirement, lalu halnya seperti di bawah:

John menyimpan wang tunainya sebanyak seribu ringgit (USD1000) kepada Bank A.

Bank A menerimanya dan WAJIB tidak menggunakan 20% dari jumlah itu iaitu USD200.

Manakala bakinya sebanyak USD 800 boleh dipinjamkan. Katalah Encik Umar telah membeli perabor secara hutang dari Encik Ali dan ingin meminjam wang dari bank bagi menyelesaikan hutangnya. Bank memberikan pinjaman USD 800 dengan kadar interest sebanyak X dalam tempoh 10 tahun. Dengan cara ini, bank berhasrat menambah asetnya.

Apabila Encik Umar menerima wang itu, ia terus menggunakannya bagi membayar perabot yang dibelinya dari Encik Ali.

Encik Ali selepas itu menyimpan hasil jualan perabot tadi di dalam akaunnya di Bank B.

Jumlah USD 800 dimasukkan ke bank komersial B. Tatkala itu bank B mestilah menyimpan 20% darinya iaitu USD 160. Bakinya sebanyak USD 640 akan dipinjamkannya kepada pelanggan lain dengan interest juga.

Begitulah pusingan wang di semua bank-bank dan peminjam. Katalah ia berterusan sehingga Bank K.

Kesimpulannya, setiap kali terdapat orang yang menyimpan duit di bank, setiap kali itulah ia mempunyai kuasa untuk mencipta wang melalui pinjaman dengan interest. Setiap kali wang dicpta melalui interest, jumlah wang di dalam pasaran bertambah dan ia akan membawa kesan inflasi. Proses pertambahan dan pergandaan wang asal yang disimpan ini boleh berganda mengikut teorinya sebanyak 500%. Ia dinamakan proses money multiplier.

Untuk lebih mudah faham, sila lihat rajah di bawah.


Bagaimana simpanan RM 1000 menjadi RM 4000 dalam pasaran

Nama Bank
Jumlah disimpan
Jumlah pinjaman diberikan
Reserves

A
1000
800
200

B
800
640
160

C
640
510.2
120.8

D
510.2
400.96
100.24

E
400.96
320.77
80.19

F
320.77
260.21
60.55

G
260.21
200.97
50.24

H
200.97
160.78
40.19

I
160.78
130.42
30.36

J
130.42
100.74
20.68

K
100.74






Total Reserves:




890.26


Jumlah Keseluruhan Simpanan
Keseluruhan yang dipinjamkan
Total Reserves + Last Amount Deposited:


4570.05
3570.05
1000



Bayangkan dengan simpanan RM 1000 itu, menyebabkan wang itu berlegar dalam sistem perbankan sesebuah sehingga boleh menyebabkan penciptaan wang sebanyak RM 4570.05 dalam pasaran. Padahal, wang tunai yang sebenarnya hanyalah RM 1000. Inilah hasil fractional reserve banking system.

Sila lihat graf ini pula:-




Rajah : Graf money multiplier

Ia menjelaskan bagaimana fractional reserve requirement yang ditentukan oleh kerajaan atau bank negara memberikan kesan kepada maksimum pergandaan wang dalam pasaran.

Inilah juga yang sedang berlaku di bank-bank komersial di seluruh dunia termasuk Malaysia. Apa yang anda faham?

Cuma di Malaysia, pergandaannya tentulah lebih dahsyat kerana peratusan fractional reserve di Malaysia adalah 4 % sahaja. Justeru grafnya akan menaik ke atas dengan lebih tinggi.

3) DUIT KERTAS FIAT (FIAT MONEY)


Setelah faham apa itu fractional reserve banking dan requirement, adalah lebih mudah untuk kita faham bagaimana duit kertas hari ini dicipta. Semuanya bermula pada tahun 1971, munculnya Fiat Money iaitu duit kertas yang ada di sekeliling kita hari ini. Ia adalah wang kertas yang tidak disandarkan kepada apa-apa precious metals seperti emas dan perak. Ia bukan lagi representative money sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.


Ada yang berpendapat fiat money dicipta kerana jumlah emas yang tidak mencukupi untuk mengimbangi pertumbuhan ekonomi yang begitu cepat. Lombong-lombong emas gagal menghasilkan emas yang mencukupi untuk penciptaan wang. Maka atas dasar ingin melonjakkan pertumbuhan ekonomi, pergantungan kepada emas fizikal tidak lagi berkesan. Natijahnya fiat money dicipta.


Perkataan ‘fiat' pula berasal dari perkataan latin yang bermaksud ‘let it be done'. Memang benar, fiat money yang wujud hari ini boleh dicetak oleh kerajaan berdasarkan kehendak mereka, sebagaimana yang dikatakan dicipta ‘from the thin air' atau dari angin sahaja.


Menurut investopedia, fiat money dijelaskan sebagai

"Currency that a government has declared to be legal tender, despite the fact that it has no intrinsic value and is not backed by reserves. Historically, most currencies were based on physical commodities such as gold or silver, but fiat money is based solely on faith." [4]


Jelasnya, apakah asas penciptaan wang kertas hari ini?. Ia hanyalah berdasarkan kehendak dan keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap nilainya.


Jika tiba-tiba semua rakyat di dunia, enggan mengiktiraf USD dalam transaksi mereka. nilai USD akan menghadapi masalah, demikian juga Ringgit Malaysia.


Nilainya wang kertas fiat ini pula kebanyakkannya ditentukan oleh keyakinan manusia kepada kerajaan yang mengeluarkannya, ia dibiarkan terapung ‘floating' mengikut suasana ekonomi di sesebuah negara.


Sebab itulah jika kerajaan sewenang-wenangnya mencetak wang kertas fiat, ia sama sekali tidak menjadikannya kaya, malahan nilai matawangnya semakin menjatuh.


Biasanya apabila perang berlaku atau masalah ekonomi berlaku seperti di US dan Eropah di waktu ini, kerajaan melalui bank negara mereka akan mencetak lebih banyak wang kertas fiat bagi menghadapi urusan peperangan atau masalah kredit, apabila cetakannya begitu dahsyat sampai melebihi perkembangan sebenar ekonomi dalam negara tersebut, inflasi atau susut nilai matawang akan berlaku. Proses pertambahan jumlah wang kertas dalam pasaran dunia atau sesebuah negara ini dinamakan money supply.


Justeru, cetakan wang kertas dalam sesebuah negara MESTI dikawal oleh kerajaan sebaiknya, selaras dengan perkembangan industri dan perniagaan dalam negaranya, jika tidak jumlah wang kertas yang dihasilkan melebihi kadar pertumbuhan industi dan perniagan sesebuah negara itu, hasilnya nilai matawangnya akan jatuh merudum dan kuasa beli mengecut. Tatkala itu inflasi akan berlaku. Contoh mudahnya, jika dahulu RM 5 boleh membeli ayam sekilogram, selepas inflasi RM 5 hanya boleh membeli ½ kilo ayam.

4) DUIT KERTAS FIAT SECARA SEMULAJADINYA DICIPTA DENGAN INTEREST PENYEBAB INFLASI

Ini satu lagi hakikat yang mesti difahami. Ia amat berbeza dengan sistem kewangan Islam. Namun saya belum berkesempatan untuk menghuraikan lanjut bagi mengelakkan artikel ini menjadi terlalu panjang.

Dalam sistem konvensional hari ini, setiap duit yang dikeluarkan adalah dianggap barang dagangan (komoditi) yang mesti menghasilkan keuntungan dengan sendirinya. Mereka percaya cara mendapatkan keuntungan adalah melalui interest yang dikenakan kepada peminjam.

Ini amat bertentangan dengan Islam yang menghalalkan keuntungan dicapai melalui proses jual beli. Mengapa berbeza?. Kerana proses jual beli memberikan ruang pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh, membuka peluang kerja, peluang supplier barangan, pembekal pasir, kontraktor, pembekal kertas dan ramai lagi akan mendapat manfaat dari proses penghasilan keuntungan melalui jual beli. Sangat berbeza dengan pemikiran konvensional yang ingin menghasilkan duit dari pinjaman duit.

Bagi mereka duit dan wang dengan sendirinya adalah komoditi, ia adalah ibarat sebuah rumah, minyak petrol dan gas, kereta, lembu atau ayam yang boleh menghasilkan duit samada dengan menyewakannya, menjual atau meminjamkan. Ia mesti membawa hasil pulangan.

Sekali lagi ditegaskan, setiap wang kertas fiat yang dikeluarkan oleh bank atau sesebuah kerajaan dilahirkan dengan interest di sebaliknya atau bersamanya, sejak dari mula asal usul penciptaannya.

Beginilah, katalah ENCIK ROBIN satu-satunya manusia berdikari yang ingin menggunakan wang kertas fiat di Bandar Gotham. Hanya ada sebuah bank di Bandar Gotham, iaitu bank D. (contoh ini adalah bersifat fiction tetapi ia hanya untuk memberi tambahan kefahaman bagaimana sistem bank mencipta wang kertas, riba bersamanya dan kesannya jumlah keseluruhan wang kertas dalam pasaran)

Tiada sebarang wang kertas dalam pasaran dunia Gotham ketika itu. Kini En Robin memerlukan wang sebanyak Gotham Dollar 2000. Permohonan kepada bank dibuat, bank mencipta wang yang diminta dari ‘thin air' dari angin tanpa sebarang sandaran. Dipinjamkannya kepada En. Robin Gotham Dollar 2000 itu dengan interest sebanyak Gotham Dollar 500.

Masalahnya, dalam pasaran dunia itu, wang yang wujud hanyalah Gotham Dollar 2000 sahaja kerana itulah duit pertama yang dicipta oleh Bank di Bandar Gotham. Justeru, bagaimana En Robin ingin mendapatkan lagi Gotham Dollar 500 untuk menyelesaikan interest kepada bank D sedangkan tidak wujud Gotham Dollar yang lain selain 2000 yang baru dicipta tadi.?

Jawapnya, Robin terpaksa pergi kepada Bank D sekali lagi, kali ini ingin meminjam Gotham Dollar 500 pula kerana berhasrat ingin menyelesaikan hutangnya dengan interest. Bank memberi pinjam Gotham Dollar 500 tetapi sekali lagi ia dikeluarkan dengan interest, kali ini sebanyak Gotham Dollar 50.

Sudah tentu sekali dan berjuta kali lagi en Robin akan di bank yang sama membuat perkara yang sama dan hutangnya juga akan selesai. Itulah sistem kewangan dunia hari ini. Mereka mengganggap setiap duit yang tercipta mesti membawa pulangan. Bezanya, terdapat ramai yang meminjam dan banyak bank yang menyediakannya bermula dari Bank Negara.

Itulah yang berlaku, dan itulah asas duit kertas fiat. Dicipta asalnya oleh Bank Negara dan dipinjamkan kepada bank-bank komersial yang lain dengan interst, kemudian bersandarkan sistem FR dan money multiplier tadi, ia berkembang biak dalam pasaran sesebuah negara dan mengalir ke luar negara.

Pihak bank negara pula mengesahkan wang kertas fiat tadi mempunyai nilai untuk membayar segala jenis hutang awam dan swasta. Itulah status legal tender yang tercatat di matawang kertas kita dan USD hari ini.

HUKUM WANG KERTAS FIAT & PANDANGAN ULAMA

Telah dsebutkan tadi wang kertas fiat tidak disandarkan kepada apa jua precious metal, ia tidak punyai nilai sendiri dan hanya bersandar kepada kepercayaan dan tanggapan umum terhadapnya.

Selain itu, ia juga dilahirkan bersama interest, nilainya sentiasa mengecut akibat inflasi dari sistem fractional reserve. Jika itulah keadaannya, apakah hukumnya?

Bagi menentukan hukumnya, para ulama cuba melihat adakah wang kertas fiat ini sama seperti emas atau tidak?.

Sistem penciptaan wang kertas fiat sebegini juga dilihat TIDAK ADIL sama sekali buat setiap individu yang berusaha. Bayangkan individu yang berusaha keras lalu berjaya, dan mempunyai simpanan berbillion ringgit Malaysia.

Tiba-tiba akibat kepercayaan antarabangsa kepada Ringgit Malaysia jatuh, nilai dan kuasa beli yang dimiliki oleh RM turut akan jatuh merudum, inilah proses hyperinflation yang berlaku kepada Zimbabwe sekarang. Jikakalau keadaan ini berlaku kepada Malaysia ( moga dijauhkan Allah), dan jikalau individu berjaya tadi masih tidak menukarkan wang kertas fiat yang tersimpan di banknya kepada aset berharga seperti emas, perak dan properties, SUDAH TENTU NILAI BERBILLION TADI MENJADI BEBERAPA RINGGIT SAHAJA. Adakah sistem MATAWANG SEBEGINI baik, maju lagi hebat?

Tidak sama sekali, malah inilah sistem yang membenarkan usaha keras dirompak oleh sesiapa sahaja! Inilah yang belaku kepada negara kita apabila George Soros melambakkan wang Ringgit sehingga jatuh nilainya begitu deras.

Selagi kita terus dengan sistem ini, selagi itulah kita boleh diugut oleh negara kaya, malah individu kaya turut boleh menjatuhkan nilai ringgit kita dalam masa satu minit.!! Tidak keterlaluan jika saya katakan, sistem wang kertas fiat adalah SATU PERANGKAP yang dibuat oleh negara barat, dalam masa yang sama mereka juga terperangkap oleh perangkap yang dicipta mereka.

Jikalau matawang kita berasaskan emas dan perak yang punyai nilai tersendiri dan tidak bersandar kepada kepercayaan dan keyakinan serta persepsi umum terhadap ekonomi negara kita. Adakah masalah yang disebut tadi akan berlaku?. InshaAllah tidak.

Ibn Sina pernah berkata :-

من حكمة الله في الحجرين وندورهما أنهما قيم لمكاسب الناس..فلو حصل عليهما بالصفة لبطلت حكمة الله في ذلك وكثر وجودهما حتى لا يحصل من اقتنائهما على شيء
Ertinya : Ini adalah dari hikmah yang dikurniakan Allah pada dua jenis logam ini (emas dan perak) dan kesukaran menemuinya (scarcity) sehingga itu ia mampu menjadi penyandar nilai usaha manusia (sebagai perolehan dan matawang),..maka jikalau boleh sifat kedua-duanya (emas dan perak) itu diperolehi dengan mudah (secara tidak hakiki seperti apa yang ada pada matawang fiat kertas), maka akan terbatallah hikmah penciptaannya oleh Allah, dan banyaklah yang boleh memilikinya sehingga menyimpannya(memilikinya) tidak sebarang erti.[5]

Tamadun Islam tidak pernah menghadapi masalah inflasi yang teruk kerana emas dan perak sentiasa mampu mendapat tempat di hati manusia. Oleh kerana kewujudan emas dan perak yang terhad, itulah hikmah yang menjadikan nilainya sentiasa kekal. [6]

Jika berlaku sedikit inflasi di zaman pemerintahan Islam, ia adalah kerana wang-wang sampingan iaitu wang bernama fulus terlebih sebaran di dalam pasaran.

Fulus adalah duit sampingan untuk transaksi kecil. Ia pernah dicipta di zaman pemerintahan Islam, ia dibuat dari bahan murah seperti campuran besi dan tembaga tanpa nilai tersendiri yang tinggi. Nilainya ditetapkan oleh kerajaan, ia menjadi popular dan tersebar di zaman Al-Malik An-Nasir sekitar tahun 806, sebelum itu semua zaman pemerintahan Islam hanya menggunakan EMAS dan PERAK sahaja sebagai matawang utama. [7]

Menurut Prof. Dr Ali Muhyiddin Al-Qurrah Daghi, fulus sesuai disamakan keadaannya dengan matawang fiat kertas di zaman ini kerana kedua-duanya tiada nilai tersendiri.[8]

Imam Asy-Syafie pernah menolak tindakan menjadikan logam selain emas dan perak sebagai matawang. Malah beliau amat tegas sehingga menolak sebarang qiyas terhadap emas dan perak. Namun ulama mazhab Syafie berpendapat qiyas dalam hal ini masih wujud sekiranya ia mempunyai ‘illahathman ( store value ). [9]

Melalui persidangan dan mesyuarat Majlis Fiqh Antarabangsa, para ulama dengan bantuan pakar ekonomi dan kewangan kontemporari berijtihad secara jama'aie dalam menentukan kedudukan wang kertas fiat ini.

Adakah ia sama hukumnya seperti emas dan perak walaupun ia tidak punyai nilai fizikal tersendiri (intrinsic value) atau ia bagaimana?

Setelah diskusi panjang lagi teliti dan terperinci pada tahun 1986, lalu petikan keputusan mereka adalah [ nombor 31 ( 3/9) ] :-

بخصوص أحكام العملات الورقية : أنها نقود اعتبارية فيها صفة الثمنية كاملة ولها الأحكام الشرعية المقررة للذهب والفضة من حيث أحكام الربا والزكاة والسلم وسائر أحكامها
Ertinya : Berkenaan hukum wang kertas fiat : Ia adalah matawang pada hukumnya disebabkan padanya terdapat sifat nilai harga yang lengkap, dan oleh itu semua hukum hakam yang ada pada emas dan perak adalah jatuh kepada wang kertas fiat seperti hukum berkaitan riba, kewajiban zakat, jual beli secara salam, dan seluruh hukum emas dan perak. (qararat wa tawsiat, Majma Al-Fiqh Al-Islami, hlm 40 )

Keputusan untuk mengaplikasikan hukum emas dan perak ke atas wang kertas fiat ini adalah bertepatan dengan pandangan Umar al-Khattab. Khalifah Umar pernah berhasrat menjadikan kulit kerbau sebagai matawang, tetapi ia membatalkannya kerana bimbang akan ada yang pinjam meminjam kerbau maka jatuh kepada riba. [10] Ini beerti Umar melihat apa sahaja yang dijadikan matawang walaupun selain emas dan perak, hukum riba masih tetap ada padanya. [11]

Demikian juga apa yang disebut oleh Imam Malik bin Anas :-

لو أن الناس أجازوا بينهم الجلود حتى تكون سكة وعين لكرهتها أن تباع بالذهب والورق نظرة
Ertinya : "Sekiranya orang ramai membenarkan sesama mereka untukmenjadikan kulit sebagai dibentuk menjadi wang, nescaya akan aku larang ianya dijual dengan emas dan perak secara tangguh" [12]

Ia jelas menunjukkan pendirian Imam Malik bin Anas, dan boleh kita adaptasikan pandangannya dengan wang kertas fiat hari ini.

Jika kita kembali merujuk dan melihat kepada cara penciptaan matawang fiat (yang telah disebutkan di atas) ini sudah tentu hukum penggunaannya adalah HARAM disebabkan cara penciptaannya.

Namun setelah para ulama melihat kepada faktor cengkaman ekonomi dunia kontemporari di tangan bukan Islam dan keperluan mendesak untuk penggunaan matawang fiat disebabkan ketiadaan alternatif di hadapan mata sepeti matawang dinar emas dan sebagainya. Majlis Fiqh antarabangsa yang dianggotai ulama fiqh terhebat dari seluruh dunia secara sepakat membenarkan penggunaannya namun dengan syarat ia mestilah mengikuti displin dan syarat yang sama dengan hukum atas emas dan perak. Ini kerana ia tetap berfungsi sebagai medium of exchange dan masih boleh menjalankan fungsi-fungsi duit di zaman moden ini walalupun tidak sesempurna emas dan perak fizikal.

Fahamilah, fatwa mestilah bersifat praktikal atau ‘jejak di atas muka bumi dan tidak terawang di angkasa'. Memang boleh bagi para ulama untuk menfatwakannya sebagai haram, namun apakah alternatif yang ada di hadapan mata di ketika ini. Kita juga mengetahui bahawa fatwa para ulama bukannya dinilai begitu berat oleh pemimpin politik negara-negara umat Islam sehingga dengan segera mereka akan memperkenalkan dinar emas. Justeru itu, atas dalil hajiat, umat Islam diberikan keringanan untuk bermuamalat dengan wang kertas fiat ini namun MESTILAH MENGIKUT DISPLIN emas dan perak.

PEMAIN FOREX TRADING MELALUI INTERNET YANG PELIK

Sebelum itu, anda boleh membaca ulasan saya berkenaan forex trading melalui pelbagai platform di internet di sini.

a) Hukum Melabur & Forex Trading

b) Isu leverage Dalam Forex Trading

Kerana itulah, ingin saya tegaskan, individu yang sibuk meraih untung melalui perniagaan matawang atau forex trading sebenarnya adalah penyumbang-penyumbang kepada inflasi dan menambah lagi masalah money supply yang telah saya sebutkan kesan akibat darinya.

Sudahlah FATWA keharusan penggunaan fiat money hanya berlandaskan ‘hajiat tunnazzal manzilat ad-dharurat',(IAITU KEPERLUAN YANG TINGGI YANG HAMPIR TERGOLONG DALAM KATEGORI TERDESAK)

Tiba-tiba MUNCUL individu yang mendakwa diri Islam menyalahkangunakan fatwa ini untuk memuaskan ketamakan diri dengan melibatkan diri dalam forex trading melalui platform pelik-pelik di internet. Ia bukan sahaja ditegah oleh undang-undang Malaysia malah juga hukum Syara'.

Lebih bermasalah apabila kumpulan pemain ini berhujjah kononnya financial leverage yang mereka sertai adalah halal tanpa sebarang masalah. Padahal masalah HUKUM sudah muncul di awal-awal lagi, iaitu pada matawang kertas fiat yang lahir dengan cara riba, juga tidak bersandarkan kepada emas dan perak.

Inikah hasil pendapatan yang ingin dibanggakan? mengambil untung atas perbezaan nilai satu matawang fiat sebuah negara dengan matawang negara yang lain. Bertenggek atas matawang kertas fiat untuk memberi anak dan isteri makan? Fikirkan...

Keadaan ini berbeza dengan kita orang biasa yang menggunakan matawang kertas fiat ini untuk jualbeli seharian kita. Ia termasuk dalam fatwa keringanan ‘rukhsoh' dan hajiat yang dimaksudkan oleh fatwa para ulama sedunia tadi.

Tidak saya nafikan ada ‘ustaz' yang terlebih tegas lalu berkeras mengatakan wang kertas fiat hari ini tetap haram. Memang benar hukumnya haram dan tahniah atas ketegasan namun saya bimbang mereka terlupa di dalam poket mereka adalah wang jenis ini juga. Maka atas dasar keyakinan tegas mereka, setiap kali mereka menggunakan wang kertas fiat, setiap kali itu jugalah mereka tenggelam dalam dosa. Mereka berdosa kerana mereka seolah menolak fatwa yang memberikan keringanan menggunakannya di waktu ketiadaan wang yang memenuhi kehendak Islam.

Sabda Nabi s.a.w :

إن هذا الدين يسر، ولن يشاد الدين أحد إلا غلبه

Ertinya : "Agama ini adalah banyak memudahkan, dan tidaklah seorang yang terlalu berkeras (atau melampau) dalam urusan agama kecuali mereka akan tewas ( dengan kekerasan ) mereka" ( Al-Bukhari, Bab Iman )

KESIMPULAN

Fahami sekali lagi tulisan ini dan apakah alternatifnya?. Tidak lah begitu mudah untuk saya menuliskannya dalam artikel ringkas.

Malah tidak mudah juga ia dilaksanakan di zaman kuasa bukan Islam menguasai dunia, mereka menguasainya melalui sistem Kapitalisme, dipenuhi pula dengan individu kapitalis yang enggan tunduk kepada kebenaran kerana tenggelam dengan kerakusan. Sistem kapitalis hari ini sebenarnya boleh diubah suai bagi menepati Islam sebagai sistem demokrasi.

Untuk tujuan itu, ia perlu bermula dengan diri ANDA. ANDA PERLU MEMAHAMI BAGAIMANA WANG FIAT DICIPTA DALAM SISTEM EKONOMI BEBAS KAPITALISM, fahamikan juga kesannya kepada diri anda dan dunia.


Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

10 November 2008






--------------------------------------------------------------------------------

[1] Oxford Dictionary of Economics, John Black, hlm 40

[2] Page 57 of 'The FED today', a publication released by the United States Federal Reserve education website designed to educate people on the history and purpose of the United States Federal Reserve system. http://www.federalreserveeducation.org/fed101/fedtoday/FedTodayAll.pdf

[3] http://www.investopedia.com/terms/f/fractionalreservebanking.asp

[4] http://www.investopedia.com/terms/f/fiatmoney.asp

[5] Disebut oleh Ibn Khaldun di dalam Al-Muqaddimah, hlm 482

[6] Usul Ilmi Al-Iqtisad, Dr Muhd Saleh, hlm 310

[7] An-Nuqud, Al-Maqrizi, hlm 65-66 ; An-Nuqud wal Makayil, Al-Munawi, hlm 123-127

[8] Buhuth al-Iqtisad al-Islami, Dar Al-Basyair al-Islamiyyah, hlm 33

[9] Al-Umm, 3/98 ; Al-Majmu', An-Nawawi, 9/393

[10] Futuh al-Buldan, Ahmad Al-Balazari, hlm 406

[11] Al-Jami' fi Usul Al-Riba, Dr Rafiq Al-Masri, hlm 114

[12] Al-Mudawwanah, 3/90

Punca Gawat & Matawang Emas Akan Gagal Jika

Tidak dinafikan sistem kewangan Islam yang wujud hari ini masih banyak kelemahan dan kekurangannya. Dari pelbagai jenis sudut, sama ada dari sudut rangka kewangan dunia yang mengcengkam, system perundangan yang banyak kalanya tidak bersedia dan tidak menepati, pemegang saham perbankan Islam yang ‘tidak' ihsan serta terlalu mengejar keuntungan, sistem perkomputeran dan pengiraan yang masih lagi ‘terpaksa' mengikut rentak majoriti yang konvensional, produk perbankan Islam yang masih terbawa-bawa kehendak pelanggan berminda konvensional, pelanggan yang terlalu ‘demand' kesempurnaan pada praktis perbankan Islam tetapi diri sendiri terlalu jahil tentang Fiqh Muamalat dan kewangan moden hingga akhirnya menjadi racun kepada umat Islam, sistem matawang fiat yang direka, dicipta dan diatur tidak dengan cara yang betul dan panjang lagi senarainya jika ingin saya kongsikan di sini.

Dari senarai panjang tersebut, hanya satu yang ingin dikongsikan bersama dalam tulisan ringkas padat ini. Iaitu topik berkaitan sistem pengendalian matawang yang menyukarkan perubahan untuk melahirkan system kewangan Islam yang terbaik. Kesalahan pengendalian dan regulasi matawang hari ini telah diakui oleh begitu ramai pakar dari kalangan Muslim dan bukan Islam sebagai salah satu punca berlakunya kegawatan demi kegawatan.

Di dalam Forum Kewangan Dunia di Geneva 2010, baru-baru ini, Pengerusi Majlis Syariah Kesatuan Kewangan Islam Sedunia (AAOIFI) yang juga Naib Presiden Darul Uloom, Karachi, Syeikh Mufti Taqi UThamni telah berusaha berkongsi pandangan sebagai mewakili majoriti besar ulama dan ahli ekonomi Islam berkenaan system matawang.

Beliau cuba membawa menyedarkan pemimpin-pemimpin Negara maju untuk membuat satu perubahan radikal jika benar-benar ingin mengelakkan berulangnya ‘serangan' kejatuhan ekonomi di masa akan datang. Sesuai dengan tema program tersebut yang cuba mencari punca dan penyelesaian bagi kegawatan ekonomi baru-baru ini.

Benar, di waktu dan ketika ini, yang praktikal adalah dengan cuba meyakinkan pemimpin Negara maju ini untuk berubah, itu adalah salah satu cara terbaik untuk mempengaruhi system besar kewangan dunia untuk berubah dan dibaikpulih sedikit demi sedikit. Memang kita boleh menunjuk ‘lagak' untuk mempertikai itu dan ini dan mengkritik system kewangan Islam dengan pelbagai tuduhan keras selagi menumpang di atas system kewangan konvensional dan menggunapakai matawang fiat kertas.

Namun pandangan ideal semata-mata yang tidak menjejak di bumi pasti akan gagal menyakinkan pemimpin Negara maju untuk berubah, lalu ia akan kekal menjadi mimpi dan idaman sahaja.

Atas dasar itu, kita bersyukur dan berterima kasih atas usaha Syeikh Taqi Uthmani yang amat cemerlang. Beliau mengusulkan idea perubahan praktikal yang mesti dilakukan oleh dunia bagi menghasilkan sesebuah system kewangan yang lebih dinamik dan selamat di masa akan datang.

Salah satu cadangannya patut difahami sebaiknya oleh kita semua, selaku umat Islam sendiri. Kerana bagaimanakah boleh kita mengharapkan perubahan hanya dari minda dan tangan pemimpin barat sedang kita sendiri tidak faham apa yang sepatut dan yang tidak. Justeru, di kesempatan ini saya ingin menegaskan satu perkara sahaja.

Tanpa niat untuk mengulas secara mendalam perihal matawang emas dan praktikalitinya di dunia moden, sebenarnya ada satu isu yang lebih basic dari isu tersebut, yang tanpa memahaminya, matawang dinar emas ( jika mampu dilaksana) juga akan tetap gagal dalam membentuk sebuah system ekonomi yang Islamik dan stabil. Ia adalah isu kemestian untuk mengembalikan fungsi matawang dalam Islam.

KEMBALIKAN FUNGSI ASAL MATAWANG

Imam Abu Hamid Al-Ghazali sejak 900 tahun dahulu telah menegaskan fungsi asal dan asas bagi matawang menurut perspektif Islam. Beliau berkata

"Penciptaaan dirham dan dinar ( matawang emas dan perak) adalah benar-benar satu rahmat dari Allah ta'ala, kedua-duanya pada hakikatnya tiada nilai tersendiri yang boleh dimanfaatkan oleh manusia ( seperti untuk makan dan minum), tetapi akhirnya semua manusia memerlukannya disebabkan semua manusia memerlukan nilai suatu komoditi (barang) untuk ditukarkan bagi mendapatkan keperluan asasi makanan dan pakaiannya. Atas sebab itu, transaksi yang melibatkan pertukaran barangan antara satu sama lain tidak dapat dielakkan, Namun masalahnya, bagaimana untuk diukur nilai sesebuah barang dan ditetapkan harganya? Justeru keperluan itu, semua barangan keperluan ini memerlukan satu barang perantaraan yang boleh menjadi ukur rujuk bagi nilai. Maka itulah gunanya dinar dan dirham ini (wang emas dan perak), kedua-dua logam berharga itu akan menjadi ukuran nilai sesuatu barangan lain kerana KEDUANYA TIDAK MENJADI OBJEKTIF jual beli, ia hanya menjadi perantaraan, jika kedua menjadi OBJEKTIF seluruh system ekwangan akan ROSAK DAN TERGANGGU. Kerana itulah Allah menciptankannya, melalui perantaraannya, pertukaran barangn kepelruan yang menjadi sasaran dan oibjektif jual beli akan terjamin keadilannya."



Dari penerangan Imam Al-Ghazzali ini, jelas pendirian ekonomi Islam berkenaan matawang tidak kira ia dari jenis emas, perak atau kertas fiat adalah:-



a) Matawang mestilah hanya sebagai perantara bagi tranksaksi jualbeli komoditi sebenar sahaja dan ia sendiri BUKAN komoditi.



b) Matawang mesti menjadi panduan ukuran nilai sesuatu barang keperluan.



Kedua-dua syarat di atas saling berkait, tanpa salah satu, ia akan gagal menjadi matawang yang dikehendaki oleh Islam.



Ini juga konsep yang telah diakui tepat oleh para ahli ekonomi seluruh dunia, khususnya Muslim economist. Malangnya, di ketika ahli cerdik pandai ini menyarankan dan mengakuinya, pemimpin politik dan taikon kewangan dan regulator badan utama kewangan dunia tidak mahu menrima pakai cadangan dan pandangan tersebut, ia tidak lain adalah akibat ketamakan melampau puak korporat dan politik ini.



Kesannya, hari ini matawang selain dijadikan sandaran nilai dan medium perantara jualbeli, ia sendiri telah dijadikan sebagai KOMODITI yang juga barang yang dijual dan dibeli.



Dalam bahasa mudahnya, emas dan matawang sendiri dijadikan sebagai objektif dalam sesuatu transaksi jualbeli, ia sepatutnya hanya menjadi perantara namun kini, fungsinya telah disalahgunakan sehingga menjadi barang jualan dan akhirnya menyebabkan nilainya tidak lagi stabil (fluctuate). Ini mencacatkan fungsinya yang sepatutnya dijadikan sandaran atau ukuran bagi nilai komoditi lain.



Matwang yang dijadikan sandaran nilai sepatutnya mempunyai nilai yang hampir tetap, tidak terlalu banyak berubah dan bergerak. Hanya dengan itu, inflasi dapat dikawal dan jualbeli menjadi stabil dan keadilan tersebar.



Namun apabila matawang hari ini di jadikan komoditi, nilai sendiri tidak terkawal. Selain melihat nilai matawang kertas, cuba lihat juga nilai emas hari ini, bukankah ia juga turun naik dengan agak kerap..itu tanda emas yang wujud hari ini diperlakukan secara salah oleh manusia.



Atas sebab itu, hatta jika hari ini kita sibuk menginginkan emas untuk dijadikan matawang, namun dengan sikap dan attitude yang menggangap matawang sebagai komoditi, emas dan perak itu sendri pun akan gagal berfungsi sebagai matawang yang diinginkan oleh Islam.



Sebab itulah, perlu difahami, kejayaan menjadikan emas sebagai matawang belum boleh dianggap satu kejayaan mengislamkan ekonomi sama sekali, malah masih amat jauh. Malah, apa yang lebih perlu diperbetulkan adalah sikap, kefahaman dan system regulasi kewangan dunia hari ini.



Sistem matawang emas dan perak ini pun bukanlah diperkenalkan oleh Rasulullah, malah ia telah wujud sebelum dari kebangkitan Rasulullah. Islam menerima pakai dua logam berharga itu sebagai matawang dan hanya mampu di "ISLAMKAN' apabila syarat-syarat urusniaga matawang yang digariskan oleh baginda Nabi DIPENUHI. Justeru, hanya memperjuangkan matawang emas bukan segala-galanya bagi sebuah ekonomi dan kewangan Islam.



Justeru, janganlah ada yang menyangka bahawa system kewangan Islam akan hanya menjadi benar-benar Islam apabila menggunakan emas dan perak sebagai matawang. Tidak semudah itu. Malah dengan fiat money ini juga system kewangan Islam mampu dicapai jika regulasi dan pengurusan matawang berjaya direfomasikan kepada cara yang betul, sama ada cara ia dikeluarkan, edaran, kawalan dan penggunaannya.



MENYEDIHKAN BILA EMAS DIJADIKAN ALAT PELABURAN



Lebih menyedihkan, di ketika laungan dan desakan untuk mengembalikan emas dan perak sebagai matawang dipukul canang oleh sebahagian umat Islam, individu yang sama juga kelihatan sibuk memperdagangkan emas dan menjadikannya sebagai sebagai bahan pelaburan. Mereka sibuk membeli emas dalam bentuk jongkong yang dijual oleh Public Bank, Maybank melalui akaun pelaburan emasnya, atau melalui syarikat-syarikat lain untuk disimpan dan kemudian dijual bagi memperolehi untung atas perbezaaan hari ini dan masa hadapan. Kemudian mereka menggembar-gemburkan kononnya melabur dalam emas adalah Islamik dan menepati Islam.



Hakikatnya itu adalah dakwaan terseleweng mereka, ia tersasar dari falsafah matawang yang digariskan oleh Imam Al-Ghazzali, dan majority ilmuan Islam.



Memang benar, walaupun secara kontraknya jual beli mereka adalah sah apabila menepati syarat serah terima pada satu masa dan sama timbangannya (Yadan bi Yadin mithlan bi mihtlin), tetapi hakikatnya tindakan itu tersasar dari Maqasid al-Shariah kepada penciptaan emas dan perak itu sendiri.

Malah jika benar-benar satu hari kelak emas dijadikan matawang, individu sebegini yang akan merosakkan system kewangan Islam di ketika itu. Mengapa? Kerana mereka terlibat dalam mengubah fungsi emas dan perak yang sepatutnya menjadi matawang kepada komoditi dan objektif untuk membuat untung atas perubahan nilai. Selagi mereka melaksanakan kerja itu, selagi itulah emas juga TIDAK SESUAI dijadikan matawang. Kelak nanti syiling-syiling matawang emas semuanya disimpan dan disorokkan dari gunapakai, kerana ingin menunggu nilainya menaik. Tatkala itu ia akan tergolong dalam erti ihtikar yang diharamkan.!



Perlu difahami, emas yang sudah dibentuk menjadi perhiasan seperti gelang, rantai, cincin dan sepertinya tidak dilarang untuk dijadikan komoditi atas sifatnya yang telah bercampur dengan skill pembuatan dan ditokok tambah pula dengan batu permata dan sebagainya. Tatkala itu, barulah boleh diambil untung atas jualannya.



BAGAIMANA KONTEKS HARI INI MATWANG KERTAS?



Disebabkan matawang emas masih tidak wujud di ketika ini, maka bagi memastikan system kewangan lebih stabil dan selamat pada pandangan Islam, maka apa sahaja yang menjadi galang ganti kepada matawang emas dan perak juga TURUT WAJIB DIKENDALI SESUAI SEBAGAI MATAWANG BUKAN KOMODITI.



Kesatuan Fiqh Islam sedunia, akur kepada system kewangan dunia yang dipegang oleh bukan Islam, mereka mengatur dan menjadikan kertas sebagai matawang. Maka atas dasar hajiat, ulama sedunia bersama pakar ekonomi Islam membuat keputusan keharusan untuk mengunnapakai matawang kertas namun mestilah diuruskan menepati cara urusan emas dan perak.Iaitu dari sudut hukumnya dan juga cara pengendaliannya sebagai matawang, iaitu tidak harus dijadikan komoditi.



Atas sebab itu, forex trading walaupun dibuat spot tetapi untuk mengabil untung atas perbezaan nilai matawang, adalah juga HARAM di dalam Islam kerana ia lebih kepada spekulasi dan perjudian. Di samping isu-isu lain seperti gharar dan keterlibatan riba dalam leverage. Apapun, yang pasti perniagaan forex trading wang kertas pelbagai Negara adalah untuk menraih untung atas perbezaaan nilai matwang adalah HARAM kerana ia adalah judi dan penyebab mudarat kepada system ekonomi dunia dan penyumbang kepada inflasi serta ketidakstabilan nilai matawang.



Bank-bank Islam di seluruh dunia juga dikawal selia oleh Majlis Syariah masing-masing agar tiada unsur spekulasi dalam setiap forex trading mereka. Hanya forex untuk tujuan lindung nilai ( hedging) sahaja dibenarkan. Itulah juga keputusan Majlis Shariah Bank Negara Malaysia. Forex trading untuk raih untung atas perbezaan nilai matwang tidak dibenarkan OLEH MAJORITI Majlis Syariah bank-bank Islam walaupun ia dibuat secara spot.



Hasilnya, kita perlu faham, matawang kertas (fiat money) yang wujud hari ini juga mestilah TIDAK dijadikan komoditi, sama seperti emas dan perak. Itulah yang diwarwarkan oleh Syeikh Taqi Uthmani semasa Forum Kewangan Dunia. Bagi mengurangkan masalah di dalam system ekonomi semasa. Sebagai jalan pertama untuk mewujudkan system ekonomi adil dan menepati Islam.



Malangnya dicelah-celah ketamakan manusia hari ini, matawang kertas fiat hari ini turut menjadi bahan sasaran dan objektif keuntungan. Bukan sahaja bank-bank terlibat, malah ramai individu juga rambang mata berniaga FOREX melalui platform internet, Walau ia ditegah oleh kerajaan, semuanya tidak diendah lagi.



Mereka membeli matawang sesebuah Negara (Euro sebagai contoh) untuk disimpan sebagai pelaburan bagi menunggu nilainya menaik untuk dijual kembali di pasaran. Inilah punca dan penyebab kelam kabut ekonomi dunia. Sama ada ia dilakukan oleh industri perbankan atau individu. Kesemuanya BERDOSA. Imam Al-Ghazzali berkata :



"Jadinya, barangsiapa yang memulakan berjualbeli matawang (untuk mendapat keuntungan perbezaan nilai), tindakannya sendiri telah BERCANGGAH dengan objktif asal penciptaan matawang,... jika dibenarkan mereka berbuat demikian, kelak matawang itu sendiri akan menjadi tumpuan dan objektif lalu akan bermulalah perbuatan ihtikar (hoarding) = simpan untuk tunggu naik harga dan jual" [1]



Falsafah larangan dan objktif ini dijelaskan oleh Syeikh Taqi uthmani dapat dilihat dengan jelas dari pengharaman riba dan penghalalan jual beli sebagai ganti kaedah untuk mendapat untung.



PENYELESAIAN TEPAT DAN TIDAK PELIK



Sebenarnya cadangan ini tidaklah ganjil dan pelik, malah ia juga telah dicadang oleh ramai pakar ekonomi termasuk yang bukan beragama Islam. Contohnya selepas berlakunya kegawatan pada tahun 1930 an, ‘Economic Crisis Committee' telah dibentuk oleh Southampton Chamber of Commerce, selepas perbincangan dan diskusi mendalam mereka menyatakan:



"In order to ensure that money performs its true function of operating as a means of exchange and distribution, it is desirable that it should cease to be traded as a commodity."[2]



Malah suatu percubaan praktikal telah dicuba dan didedahkan oleh seorang ahli ekonomi bernama Margrit Kennedy di dalam bukunya bertajuk "Interest and Inflation Free Money." Beliau memaklumkan hasil percubaan pelaksanaan interest free model DAN MATAWANG TIDAK DIJADIKAN KOMODITI yang dilakukan di pekan kecil Austria pada tahun 1932- 1933, dia menyatakan :



"When over 300 communities in Austria began to be interested in adopting this model, the Austrian National Bank saw its own monopoly endangered. It intervened against the Town Council."[3]



Beliau juga bersama beberapa pakar ekonomi di USA telah berusaha bagi mencadangkan system alternative ini kepada kerajaan USA pada tahun 1933, tetapi semua cadangan mereka ditolak.



Syeikh Taqi menegaskan :



"In order to save the world from such evil consequences, trading in money itself should be stopped. Exchange of different currencies is, of course, inevitable for the purpose of international trade, for which one currency has to be sold for another currency, and a margin of profit for the seller may be inbuilt in the exchange rate. So far as these exchange transactions are carried out for the genuine purpose of cross border trade of real commodities, it cannot pose a problem. The problem arises when exchange of currencies is meant for speculative transactions in money itself. Unfortunately, majority of currency transactions carried out in the market are purely speculative. " [4]



Ertinya : "Bagi menyelamatkan dunia dari kesan buruk, penjualbelian matawang MESTI dihentikan, Namun begitu, pertukaran matawang berbeza adakalanya tidak dapat dielakkan bagi keperluan perdagangan antarabangsa, yang mana memerlukan pertukaran dan jualbeli matawang berbeza...dan margin keuntungan penjual mungkin telah dimasukkan dalam nilai tukaran. Biasanya pertukaran dari jenis ini yang didasari oleh tujuan-tujuan asas perdagangan komoditi sebenar, ia tidak banyak mengancam ekonomi. Masalah sebenar hanya berbangkit apabila pertukaran matawang dibuat bagi tujuan spekulasi dalam nilai matawang itu sendiri. Amat malang apabila didapati majority transaksi pertukaran matawang dibuat adalah atas dasar spekulasi tulen (judi).



Bayangkan, dengan jumlah global international trade pada tahun 2008 sekitar US$ 32 trillion, [5] iaitu purata US$88 billion setiap hari, mankala ‘daily turnover' bagi global foreign exchange markets pula dianggarkan pada nilai USD $ 3.98 trillion, [6] iaitu, 45 kali ganda lebih besar dari jumlah international trade. Ini bermakna hanya 2% daripada pertukaran matawang benar-benar didasari oleh permintaan sebenar oleh kerajaan dan peniga. Baki 98 % adalah dilakukan atas dasar spekulasi yang akhirnya menyebabkan inflasi di seluruh dunia dan menjadi salah satu punca ketidakstabilan ekonomi dunia dan kegawatan.



KESIMPULAN



1) Wajib mengembalikan fungsi matawang kepada asal iaitu penentu nilai barangan (komoditi) dan perantara kepada proses jualbeli komditi.
2) Tidak menjadikan matawang samada wang fiat atau emas dan perak sebagai komoditi kerana ia hanya akan merosakkan system nilai dan ekonomi serta menambah inflasi.
3) Haram hukumnya menyertai FOREX Trading melalui internet di peringkat individu kerana bercanggah dengan undang-undang negara dan banyak syubhatnya di sisi undang-undang Islam.
4) Setiap penasihat Syariah bank-bank Islam wajib menyemak kembali fatwa mereka (jika ada yang membenarkan) yang membenarkan bank seliaan mereka berniaga FOREX Trading walau mematuhi syarat serah terima sertamerta.
5) Kerajaan Malaysia amat patut mengenengahkan idea ini kedalam perbincangan ekonomi dengan Negara-negara maju di seluruh dunia. Saya yakin mereka sedar, hasil membenaRKAN matawang sebagai KOMODITI inilah yang menjadikan Malaysia sasaran George Soros pada tahun 1997. Tanyalah Dr Mahathir tentang hal ini.
6) PAS dan Pakatan Rakyat juga patut menjuarai isu ini di pentas nasional dan global. Jangan biarkan Syeikh Mufti Taqi Uthmani keseorangan dalam lontaran ideanya.
7) Kepada penyokong-penyokong matawang emas dinar, jangan anda terlibat dalam perdagangan emas jongkong sebagai komoditi kerana anda adalah punca kegagalan system itu diyakini oleh barat kerana nilainya juga turut akan menjadi fluctuate kerana anda.
8) forex YANG DIBENARKAN hanyalah a) Untuk lindung nilai (hedging) b) untuk tukar duit kerana urusan luar negara ( yang biasanya tukar di money exchange)c) forex tukaran matawang yang diperlukan kerana perdangangan komoditi di peringkat antarabangsa yang memerlukan penggunaan matawang berbeza.
9) FOREX trading untuk raih keuntungan yang dilakukan oleh individu sebenarnya kecil sekali berbanding FOREX yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia dan bank-bank Komersial. Kerajaan Malaysia sepatutnya MENIMBANG KEMBALI DASAR FOREX yang besar ini terlebih dahulu. Bukankah dahulu BNM pernah rugi berbillion ringgit akibatnya. Kesimpulannya kedua-dua Forex dari institusi dan perseorangan sama sekali tidak menepati Maqasid Shariah dan merosak fungsi matawang.
10) Sekadar menyimpan emas untuk diri sendiri di kemudian hari, tiada masalah di sisi Islam dan Maqasid Shariah. Apa yang saya sifatkan sebagai bermasalah dalam tulisan ini adalah yang simpan emas sekejap, kemudian jual, kemudian simpan balik, kemudian jual semula. Iaitu mereka yang menjadikan emas untuk trading secara kerap kerana meraih untung perbezaaan nilainya. Jadi, jangan salah faham tulisan ini sebagai in total melarang simpanan emas.

Terima kasih kepada sesiapa yang mampu membaca sehingga tamat artikel ini dan khusunya bagi mereka yang mampu memahami tulisan ini. Sampaikanlah ia kepada sesiapa yang mampu memgambil manfaat darinya.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman

Menyelamat Pesalah Dengan Hujjah ?

Baru-baru ini saya menerima sebuah soalan berkaitan kerjaya peguam. Ringkasan soalannya menyebut :

Saya seorang pelajar undang sivil dan syariah uia. Baru-baru ni saya ikuti satu talk mengenai ' "can a muslim lawyer defend a guilty person" dan saya begitu terperanjat penceramah mengatakan bahawa muslim boleh membela semua jenis client yang datang kepada mereka, walaupun mereka mengaku diatas kesalahan mereka, di antara hujahnya:

1) kerana tiada istilah bersalah terhadap seseorang selagi mana dia tidak disabitkan bersalah oleh hakim.

2) si peguam hanya mendengar pengakuan daripada satu pihak sahaja (client) bukan dari kedua-kedua belah pihak.

3) kita tetap tidak akan disoal di akhirat kerana kita menjalankan tugas kita, iaitu menegakkan kebenaran (terhadap klien)

Adakah betul kita boleh membela semua klien yang datang kepada kita walaupun dia membunuh, atau merogol atau sebagainya, terutamanya bagi mereka yang mengaku (kerana penceramah tetap menghalalkannya atas dasar setiap insan ada defence, hujah diatas perbuatan). Jika itu tugasan yang dilakukan, bagaimana pula pendapatannya?.

Bagi saya soalan ini adalah amat baik dan realistik. Menarik untuk dikaji dan dihurai lebih mendalam. Cuma di ruangan ini saya hanya mampu memberikan pandangan ringkas.

Memang benar, ada jenis kesalahan yang perlukan lebih dari pengakuan seseorang, sebagai contoh Nabi s.a.w menolak pengakuan Maiz bin Malik yang mengaku berzina sehingga pengakuan dibuat sebanyak empat kali, barulah baginda memutuskan hukuman ke atasnya.

Begitulah, mungkin benar, pengakuan seseorang masih belum mencukupi untuk kita menyakini dia bersalah dan tidak layak dibantu. Memang benar juga, selepas segala pengakuan beserta bukti-bukti yang terpampang di hadapan kita, semuanya akan menjadi saksi. Di ketika itu seorang peguam mungkin masih boleh membantu dengan mempertahannya di mahkamah selaku klien. Itu benar dan sememangnya tugas menjatuhkan hukuman akan tertanggung di atas bahu hakim.

Namun begitu, di dalam Islam peguam tersebut tidak boleh sama sekali terlibat dalam menyembunyi beberapa fakta dan bukti yang telah kita perolehi ketika bersama klien kita. Fakta dan bukti ini sebahagiannya jika diperolehi oleh pihak pendakwa bakal membawa kepada sabit kesalahan ke atas klien kita.

Jika ia disembunyikan, ia jelas termasuk di dalam perkara yang haram. Manakala pendapatan hasil pembelaan tersebut juga menjadi haram disebabkan ia termasuk di dalam bantu membantu dalam perkara dosa, maksiat dan permusuhan serta mengagalkan keadilan dari ditemui dan ditegakkan. Sebagaimana Allah mengharamkan seorang saksi enggan menjadi saksi dalam pembelaan keadilan.

وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا

Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282)

Maka tatkala peguam bela tersebut menjadi saksi kepada pengakuan kliennya walau di luar mahkamah, peguam tersebut sepatutnya menjadi saksi bagi menegakkan keadilan dalam kes terbabit.

Memang benar, keputusan akan dibuat oleh hakim, tapi cuba peguam bela memaklumkan dengan jelas dan terang kepada hakim dan mahkamah, bagaimana pengakuan kliennya di sebalik tabir beserta bukti-bukti yang mungkin peguam tersebut sendiri jumpai. Tatkala itu, seorang peguam yang bertanggungjawab akan sendiri faham dan mengetahui apakah hukuman yang bakal dijatuhkan oleh hakim.

Namun malangnya, selaku PEGUAM BELA yang mewakili pelanggannya, penyembunyian fakta dan data kerap berlaku, ia dibuat bagi mengelakkan pelanggannya didapati bersalah. Jika itu berlaku, jelaslah tugas dan gajinya dalam kes terbabit akan sama ada jatuh syubhat atau lebih jelas lagi menjadi haram.

Bukankah Nabi pernah menjelaskan, sekiranya seseorang peguam itu bijak berbicara sedangkan ia mengetahui kliennya bersalah tetapi tetap menjalankan ‘tugasnya' membela dengan segala jenis kepintarannnya berhujjah, sehingga akhirnya hakim menyakini kepetahan hujjahnya sehingga menjatuhkan hukuman yang salah, apakah yang akan menimpanya ? Bacalah erti hadis di bawah:-

إنما أنا بشر , وإنكم تختصمون إلىّ , ولعلّ بعضكم أن يكون ألحن بحجته من بعض , فأقضي بنحو ما أسمع , فمن قضيت له من حق أخيه شيئاَ فلا يأخذه , فإنما أقطع له قطعة من النار

Ertinya : Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk di selesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kami lebih cekap berhujjah dari sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Barangsiapa yang telah ku jatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujjah), maka janganlah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka" (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan lain-lain ; Rujuk Naylul Awtar, 8/632, no 3920 )

Amat jelas dari hadis ini, tindakan seorang peguam berhujjah membantu si pesalah adalah salah di sisi Islam dan dikira melayakkan dirinya untuk dibakar oleh sepotong api neraka. Jika itu keadaanya, nescaya pendapatan darinya juga pasti haram.

Walaupun hadis kelihatan menyebut perihal mereka yang terlibat di hadapan hakim sahaja (dalam konteks moden iaitu peguam), namun hadis ini membawakan satu prinsip yang jelas buat semua umat Islam, iaitu kita tidak sama sekali boleh menyebelahi mereka yang salah walau atas nama profesion, kaum, satu parti, keluarga dan sebagainya.

Firman Allah :

يا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُونُواْ قَوَّامِينَ لِلّهِ شُهَدَاء بِالْقِسْطِ وَلاَ يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلاَّ تَعْدِلُواْ اعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. ( Al-Maidah : 8).

Rasulullah menegaskan prinsip keadilan tanpa mengira bangsa, kaum dan keluarga apabila baginda menyebutkan dalam sebuah hadis yang cukup popular iaitu :-

إِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ، وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الْحَدّ. وَايْمُ اللَّهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا
Ertinya : Sesungguhnya kaum sebelum kamu menjadi hancur disebabkan apabila mereka yang berkedudukan mencuri, mereka melepaskannya, tetapi jika orang biasa (lemah kedudukan) mencuri dijatuhkan hukuman ke atasnya, Demi Allah (dalam Islam), sekiranya Fatimah Binti Muhammad mencuri, nescaya akan ku potong tangannya ( jatuh hukum sebagaimana yang lain). ( Riwayat Al-Bukhari.

Kesimpulannya, saya TIDAK BERSETUJU dengan jawapan penceramah peguam seperti yang ditanyakan di atas.

Sekian
Zaharuddin Abd Rahman

Malaysia antara 10 tertinggi ambil arak di dunia

Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar).

Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini, beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

"Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.

Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.

Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal.

Beliau sewaktu mengemukakan satu kajian, 19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan.

"Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak.

"Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India.

Arak juga jelasnya, dibuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial, namun kos rawatan penyakit disebabkan arak juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.

"Negara kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islama adalah agama Persekutuan, apakah menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati.

"Tapi minuman keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan rakyat begitu meluas sekali," soalnya lagi.

Trend di Asia, katanya menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun berbanding trend di negara Eropah yang semakin menunjukkan penurunan akibat kempen mereka yang agresif.

Peningkatan di negara ini juga, jelasnya akibat undang-undang terlalu longgar seperti Akta Aksais Seksyen 32 (1)(a) dan (b) mengecualikan penjualan todi dan beer dalam tin dan botol.

"Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah.

"Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3.

Alasan Membubarkan Perkahwinan Melalui Fasakh

Raihanah Haji Abdullah.
Abstract.- There are various forms of dissolution of marriages under The
Islamic Family Law. Most of the forms are initiated by a husband or by mutual
consent (talaq, zihar, ila', li'an and khul'). The only way a wife can obtain a
dissolution of marriage without the husband's consent is through the court
termination which is called Fasakh. This form particularly at the instances of
the wife can only be granted on a very limited grounds which is considerably
differed among the mazhab. However the grounds for the dissolution of
marriages at the wife's initiative has developed and expanded into numbers of
grounds since reforms in Islamic Family Law began in the 19th century.
Therefore, this article attempts to discuss the development particularly when
Fasakh is used to solve the problems of husband's cruelty, desertion and maltreatment.
Latar belakang
Pada asasnya suami mempunyai kuasa eksklusif untuk menceraikan isterinya
melalui cara Talaq. Ini bermakna seorang suami akan hanya menyatakan "saya
cerai/talaq kamu", maka perceraian antara suami isteri akan sabit. Di dalam
perbincangan Fiqh,

sebab-sebab untuk membolehkan seorang suami menjatuhkan talaqnya tidak
dinyatakan. Ini bermakna seorang suami boleh menceraikan isterinya samaada
bersebab atau tanpa sebab. Bukan setakat itu sahaja, perceraian tersebut tidak
memerlukan kepada campurtangan hakim dan juga persetujuan isteri.1
Bagaimanapun Islam juga telah memberi hak kepada isteri untuk
membubarkan perkahwinannya melalui beberapa cara iaitu khul', ta'liq dan fasakh.2
Ini bermakna kedua-dua suami isteri diberi hak untuk membubarkan perkahwinan
mereka melalui berbagai cara. Bagaimanapun hak yang diberikan kepada seorang
isteri untuk membuat tuntutan pembubaran, memerlukan sebab-sebab tertentu
serta elemen-elemen sampingan yang lain seperti bayaran tebus atau pembubaran
tersebut. Umpamanya khul', yang mana persetujuan dari suami adalah perlu dan
isteri dikehendaki membayar kepada suaminya suatu bayaran bagi tuntutan
tersebut. Manakala bagi- taaliq pula, pembubaran adalah berdasarkan pelanggaran
suami terhadap syarat-syarat yang telah dilafazkan. Fasakh pula, ialah apabila ada
sebab-sebab tertentu yang telah ditetapkan oleh Syarak. Yang demikian ternyata
bahawa seorang isteri adalah sukar untuk membubarkan perkahwinan mereka jika
dibandingkan dengan talaq. Bagaimanapun pembaharuan yang berlaku terhadap
undang-undang keluarga Islam sejak kurun ke 19 Masehi telah memberi peluang
kepada isteri untuk membubarkan perkahwinan melalui fasakh atas berbagai-bagai
alasan. Oleh itu untuk tujuan penulisan ini, perbincangan akan dibuat terhadap
alasan-alasan untuk membubarkan perkahwinan melalui fasakh sebagaimana yang
diperuntukan dalam undang-undang keluarga Islam.
Fasakh dalam Perundangan Islam
Ibn Manzur dalam Lisan,al-Arab menyatakan. Bahawa fasakh bererti batal
(naqada) atau bubar (faraqqa).3 Apabila perkataan fasakh disandarkan kepada
nikah maka ia akan membawa maksud membatal atau membubar pernikahan oleh
sebab-sebab tertentu yang menghalang kekaInya perkahwinan tersebut.4
Perceraian secara fasakh tidak dinyatakan secara terang di dalam al-Qur'an.
Tetapi prinsipnya boleh dilihat dalam Surah al-Baqarah ayat 231 dan al-Nisa' ayat
35. la berbeza sekali dengan cara-cara pembubaran yang lain seperti talaq (Surah
al-Baqarah ayat 229), khul'(Surah al-Baqarah ayat 229), zihar(Surah al-Mujadalah
ayat 1-4),ila' (Surah aI-Baqarah ayat 226) dan li'an, (Surah al-Nur ayat 6-9) yang telah disebut di dalam al-Qur’an dengan jelasnya. Walau bagaimanapun, fasakh
diterima sebagai salah satu cara untuk membubarkan perkahwinan berasaskan
kepada prinsip yang terkandung dalam hadis Nabi s.a.w. yang berbunyi: (La darar
wa la dirar).
Pembubaran perkahwinan melalui fasakh memerlukan campurtangan kadi
(hakim) atas sebab-sebab yang biasanya diketengahkan oleh seseorang isteri.
Kerana itu sebagai contohnya Abu Zahrah menggunakan istilah al-Talaq bi al-
Hukm al-Qadi,5 manakala al-Zuhayli pula menyebutnya sebagai al-Tafriq al-Qada'I
6 apabila mereka membincangkan tentang fasakh. Namun ada juga yang
membincangkan soal ini di bawah tajuk al_Khiyar.7
Walaupun suami juga boleh menuntut fasakh namun suami mempunyai hak
eksklusifnya iaitu talaq. Fasakh yang dituntut oleh isteri ini adalah tetakluk kepada
beberapa sebab yang telah ditetapkan oleh para Fuqaha. Fasakh dan talaq ini
adalah berbeza terutamanya dan efek pembubaran itu dimana fasakh tidak terhad
kepada halangan tertentu, berbanding dengan talaq yang terhad kepada dua (talaq
raj’i). Dengan kata lain suami isteri yang terbubar pekahwinannya melalui metod
fasakh boleh kembali kepada isteri dan suami yang sama untuk sekian kalinya
dengan membuat akad dan mas kahwin yang baru. Bagaimanapun fasakh yang
jatuh dalam kategori selama-lamanya seperti fasakh perkahwinan adik beradik
kandung atau sesusuan dan juga murtad tidak boleh kembali semula.8 Fasakh
kerana sebab-sebab ini tidak perlu kepada campurtangan Hakim.9
Di dalam Perundangan Islam, perkara-perkara yang mengharuskan untuk
fasakh bagi suami isteri adalah berbeza antara satu mazhab dengan mazhab yang
lain. Dalam Mazhab Hanafi, seorang isteri boleh memohon untuk membubarkan
perkahwinan melalui cara fasakh hanya apabila suami yang dikahwininya itu
mengalami kecacatan dan keaiban. Marghinani dalam al-Hidayah menyatakan
bahawa hanya tiga penyakit sahaja iaitu mati pucuk, terpotong zakar dan terputus
dua biji pelir.10 Ini bermakna dalam Mazhab Hanafi seorang isteri itu tidak boleh
memohon fasakh atas sebab-sebab yang lain dari yang disebutkan itu sekalipun
suami itu terkena penyakit sopak dan kusta. Begitu juga, seorang isteri yang telah
dikahwinkan oleh wali mujbirnya sewaktu umurnya belum baligh, berhak memohon
fasakh perkahwinannya apabila sampai umur baligh. Fasakh seperti ini dikenali
sebagai khiyar al-bulugh. Bagaimanapun fasakh kerana sebab khiyar al-bulugh
tidak dibolehkan oleh mazhab Syafi'i dan Maliki.11 Pengertian suami berpenyakit
mengikut mazhab Maliki, Syafi'i dan Hanbali mungkin agak luas sedikit, kerana ia
termasuk segala penyakit seperti sopak dan kusta. Prinsip mereka dalam soal ini
ialah sekiranya segala keaiban atau penyakit yang dialami oleh suami boleh
menjejaskan perhubungan jenis antara mereka atau boleh berjangkit kepada isteri
dan juga janin, maka isteri boleh memohon fasakh.12
Selain dari alasan di atas, ketidak mampuan suami untuk membayar nafkah,
hilang atau dipenjarakan juga diterima oleh Maliki, Syafi'i dan juga Hanbali sebagai
alasan untuk menuntut fasakh. Bagaimanapun Mazhab Maliki dan Hanbali telah
menambah satu lagi alasan iaitu berlaku kemudharatan dalam rumahtangga sebagai
sebab untak memohon fasakh. Kemudaratan yang dimaksudkan di sini adalah
kemudaratan kepada lima perkara iaitu, agama, diri, keturunan, harta, aqal
(maruah).14 Keadaan ini akan berlaku, apabila pertelingkahan dalam rumahtangga
wujud. Kerana itu Mustafa al-Siba'i menyebut pembubaran kerana sebab-sebab
wujud unsur-unsur pertelingkahan sebagai al-tafriq li al-syiqaq.15 Ini bermakna
sekiranya berlaku penderaan dan penganiayaan kepada isteri, maka keadaan ini
boleh dijadikan alasan bagi isteri membubarkan pekahwinannya melalui fasakh.
Nampaknya dengan adanya peruntukan dari prinsip Mazhab Maliki ini maka
masalah penderaan yang berlaku dalam masyarakat hari ini dapat diselesaikan.
Reformasi Undang-undang Keluarga
Prinsip-prinsip dari Mazhab Hanafi terutamanya dalam masalah pembubaran
perkahwinan ini nampaknya telah mendominasi dan menjadi pandangan yang
autoriti dalam Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Kekecualian prinsip Mazhab Hanafi ini,
bagaimanapun hanya akan berlaku kepada mereka yang bukan dari Mazhab Hanafi.
Umpamanya prinsip Mazhab Syafi'i akan digunakan kepada litigan Syafi'i atau
mereka akan menyelesaikannya sendiri tanpa di bawa ke Mahkamah secara rasmi.
16 Jika demikian, maka seseorang isteri yang bermazhab Hanafi tidak boleh
memohon Fasakh selain dari alasan kecacatan suami. Ini bermakna jika isteri
tersebut didera oleh suaminya maka ia, tidak mempunyai ruang untak keluar dari
rumahtangganya. Oleh itu terdapat beberapa tulisan seperti Anderson, Carroll dan
Ahmad Ibrahim yang menyatakan tentang prinsip Hanafi dalam majalah ini sebagai
“…rigid and retrogressive than those of any other schools”, “...Hanafi Law is the most restrictive...” dan “The Hanafis are more rigid than even the dominant Syafi'i opinion.Oleh kerana itu pada tahun 1915, Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah
memulakan langkah pertama melakukan reformasi, Undang-undang Keluarga
Antara perkara yang diambil perhatian ialah memperuntukkan hak pembubaran
perkahwinan melalui fasakh sekiranya berlaku kemudaratan dalam rumahtangga
berasaskan prinsip Mazhab Maliki yang berpegang kepada kaedah takhayyur.
SusuIan dari itu beberapa perundangan telah digubal dengan memasukkan alasan
kemudaratan dalam tuntutan isteri untuk fasakh perkahwinannya. Ini boleh dilihat
dalam Undang-undang Keluarga Mesir (Seksyen 6-11, No.29/1929),Tunisia (S.32,
No.7/1981), Morocco (S.56), Jordan (S.132) dan Kuwait (S.126-135).15 Peruntukan
yang sama juga terdapat di negeri-negeri di benua Indo-Pakistan. Umpamanya
dalam Seksyen 2, Akta Pembubaran Perkahwinan Islam 1939 telah menyenaraikan
9 alasan yang boleh digunakan oleh seseorang isteri bagi membubarkan
perkahwinannya. Ini bermakna bagi isteri di India, Pakistan dan Bangladesh, Akta ini
sebagai suatu relif kepada mereka. Hodkinson menyebut “The Act represents a
radical enhancement of her rights of dissolution...”.19 Pengubalan Akta 1939 di India
yang telah mengambil pnnsip dari Mazhab Maliki telah mendapat sokongan dari
para ulama. Ini adalah kerana sebelum penggubalan Akta 1939 ini, isteri-isteri yang
terperangkap dalam rumahtangga yang tidak aman dan damai akan mengambil
keputusan murtad sebagai jalan keluar dari rumahtangga mereka.20 Manakala di
Pakistan dan Bangladesh yang mana Akta 1939 ini dipinda dengan Ordinan
Undang-undang - Keluarga Islam 1961 telah menambah alasan sebagaimana dalam
Seksyen 13(a) Ordinan 1961 iaitu apabila suami berpoligami dan didapati menyalahi
Ordinan 1961 iaitu kebenaran daripada "Arbitration Council" tidak diperolehi.
Peruntukan Fasakh di Malaysia
Peruntukan tentang fasakh, bukanlah perkara baru. Ini adalah kerana dalam
Fasal 27, Hukum Kanun Melaka alasan untuk membubarkan perkahwinan melalui
fasakh telah diperuntukkan iaitu:
"Fasal yang kedua puluh tujuh pada menyatakan hukum khiyar itu mau pada
perempuan, mau pada laki-laki itu atas lima perkara 'aibnya itu, pertama-tama
'aib gila (dan) judham, kedua baras, ya'ni sopak atau kedal, ketiga 'aib ratak,
keempat 'aib karan, ya'ni tumbuh tulang pada perjinya, 'aib kebiri (dan) orang
yang lemah zakarnya iaitu seperti orang ratak hukumnya, dan judham pun
demikian juga, tiada sah nikahnya kahwin dengan orang yang demikian itu.
Adapun jikalau dikahwinkan orang suatu laki-laki maka tiada diberinya akan
hal ada perempuan itu berpenyakit yang demikian itu.Telah kemudian, maka
baharu diketahuinya, nescaya-terurailah kahwinnya itu yakni “fasakh”,
tiadalah laki-laki itu menanggung isi kahwin perempuan. Dan demikian lagi,
jikalau ada 'aib laki-laki yang berpenyakit seperti yang tersebut itu, maka
itupun “fasakh” jua, jikalau tiada kabul perempuan itu, diberitahunya kepada
Hakim, niscaya cerai jua.
Jika lemah zakarnya laki-laki itu, maka disuruh oleh Hakim berubat kepada
tabib yang tahu, maka dinantikan setahun lamanya. Jikalau tiada sembuh di
dalam setahun, maka “fasakh” nikahnya itu.
Adapun akan orang yang baras dan judham dan gila itu jikalau reda
perempuan itu akan laki-laki itu, atau reda laki-laki itu akan perempuan itu,
tiadalah ia “difasakhkan” oleh Hakim akan mereka itu, kerana sama reda
keduanya, ya'ni ia suka keduanya, tiada lagi khiyar daripada yang demikian,
itu kaul yang sah.
Adapun jikalau diperoleh 'aib tatkala di dalam laki-laki, difasakhkannya dirinya
perempuan itu atas isi kahwinnya akan laki-laki itu. Demikian lagi jikalau ada
“aib laki-laki itu di dalam perempuan itu, itupun difasakhkan dirinya daripada
perempuan itu. Demikian lagi atas barang yang diperoleh 'aib di dalam sudah
kahwin, itu pun fasakh jua. Itulah hukum khiyar atas tiap-tiap kahwin.
Demikianlah hukumnya itu.”
Nampaknya alasan untuk membubarkan perkahwinan melalui fasakh telah
dinyatakan dalam Hukum Kanun Melaka. Alasan tersebut ialah berhubung dengan kecacatan yang ada pada suami atau isteri. Ini sesuailah dengan prinsip yang
terdapat dalam Mazhab Syafi'i.21 Dengan adanya peruntukan tentang fasakh dalam
Hukum Kanun Malaka, maka bolehlah dikatakan bahawa masyarakat Melayu pada
ketika itu sudah ada yang membubarkan perkahwinan melalui fasakh mengikut
Mazhab Syafi'i. Ini adalah kerana bagi Ismail Hamid, Hukum Kanun Melaka
merupakan suatu peraturan yang menggambarkan corak dan perkembangan yang
dialami oleh masyarakat Melayu lama.22
Bahkan ini diakui oleh Alwi Syekh al-Hadi, yang menyebut secara sepintas
lalu tentang fasakh apabila beliau membincangkan tentang perkahwinan seorang
janda dalam adat orang-orang Melayu.23 Walau apa pun, bagi Wilkinson, Undangundang
Melaka itu hanyalah suatu digest Melayu lama dan bukannya kod undangundang
yang mempunyai kesan kepada sesiapa yang melanggarnya.24
Manakala dalam Mohammedan Marriage Ordinance 1880,25 fasakh tidak
diperuntukkan secara langsung begitu juga dengan alasan-alasannya tetapi ia
menyebut dalam S.10, Ordinan 1880 “...... if the entry by a divorce, other than the
kind known of Khul...”. Maka fasakh bolehlah dimaksudkan di sini. Bagaimanapun
dalam pindaan tahun 1908, Seksyen 19(l), perkataan fasakh telah dinyatakan
dengan terangnya tetapi masih tiada alasan-alasan pembubaran tersebut.
“A kathi shall have power to receive from a married woman who has either
been resident for at least four months in the district within which he is
appointed or for whose nationality or sect he is specially appointed, an
application for the divorce known in Muhammadan Law as fasakh”.
Sekalipun tiada alasan yang diperuntukkan bagi memohon fasakh, namun
bagi E.n. Taylor, kebanyakan Muslim di Tanah Melayu adalah bermazhab Shafie,
maka dengan sendirinya prinsip dalam mazhab Syafi'i bagi masalah ini akan
terpakai.26
Keadaan yang serupa juga berlaku dalam Enakmen Pentadbiran Islam tiaptiap
Negeri. Sebagai contohnya Seksyen 123, Enakmen Pentadbiran Islam Kedah
1962, hanya memperuntukkan perkara-perkara tentang pendaftaran dan
pentabirannya tatkala isteri memohon fasakh.Alasan-alasan untuk membubarkan perkahwinan melalui fasakh nampaknya
telah semakin berkembang dan tersusun. Ini berlaku apabila Malaysia juga tidak
ketinggalan dalam membuat reformasi atas Undang-undang. Keluarga
sebagaimana negara-negara Islam yang lain. Bahkan penggubalan dan
penguatkuasaannya mendapat desakan daripada beberapa perkumpulan Wanita
Islam yang mahukan kedudukan wanita disisi undang-undang berkaitan tentang
undang-undang keluarga diperbaiki.27
Semua Undang-undang Keluarga yang digubal sejak tahun 1983 mengiktiraf
bahawa seorang isteri dibenarkan memohon fasakh di Mahkamah atas satu atau
beberapa alasan yang telah disenaraikan dan diperuntukan dalam Undang-undang
Keluarga Islam di tiap-tiap negeri. Di Negeri Perak, alasan yang disenaraikan
sebagaimana yang diperuntukkan,dalam Seksyen 49, Enakmen Undang-undang
Keluarga Islam Perak, Bil 13, Tahun 1984,
a) Bahawa suami telah mati pucuk dan masih lagi sedemikian
keadaannya dalam masa setahun setelah dibuat pengaduan,
b) Bahawa suami telah gila atau sedang mengidap penyakit kusta atau
vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh
berjangkit selama tidak ada kenyataan yang terang menunjukkan
relanya dengan penyakit tersebut.
c) Bahawa izin isteri terhadap perkahwinan itu telah diberi secara tidak
sah samada oleh sebab paksaan, kesilapan ketidak sempurnaan akal
atau pun lain-lain sebab mengikut Hukum Syarak,
d) Bahawa pada masa perkahwinan itu, suami adalah seorang yang sakit
otak (samada berterusan atau berselangan) dalam erti Ordinan sakit
0tak 1952 dari jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk
berkahwin;
e) Atas apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan
perkahwinan atau bagi fasakh menurut Hukum Syarak”.Akuan Membubarkan Perkahwinan Melalui Fasakh Manakala dalam enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kelantan No. 1,
tahun 1983, Seksyen 38 selain dari memperuntukkan sebagaimana Undang-undang
Bil.13/1984 (Perak), ia juga ada memperuntukkan alasan bahawa isteri yang telah
dikahwinkan oleh bapanya atau datuknya sebelum ia cukup umur mengikut Hukum
Syarak yang mana ia boleh menolak perkahwinan tersebut setelah mencapai umur
18 tahun. Penambahan kepada 3 alasan yang lain sebagaimana yang diperuntukkan
dalam Seksyen 44 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kedah, Bil. 1/1984
iaitu :
a) Bahawa suaminya, kerana kepapaan tidak mampu menyarainya
b) Bahawa isterinya mempunyai kecacatan yang menghalang
persetubuhan dilakukan,
c) Bahawa suaminya mempunyai kemaluan yang luar biasa.
Bagaimanapun bagi negeri-negeri Terengganu, Pulau Pinang, Wilayah
Persekutuan, Negeri Sembilan dan Selangor 28 telah memperuntukkan alasanalasannya
dengan agak luas sebagaimana:
a) Tempat di mana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh
lebih daripada satu tahun.
b) Bahawa suami telah cuai atau tidak mengadakan peruntukan
nafkahnya selama tempoh tiga tahun.
c) Bahawa suami telah dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih
d) Bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah,
kewajipan perkahwinan (nafkah batin) selama tempoh satu tahun
e) Bahawa suami menganiayainya, iaitu antara lain:
i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita
disebabkan oleh kelakuan aniya, atau
ii) berkawan dengan perempuan-perempuan jahat atau hidup
berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak, atau
iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah, atau
iv) melupuskan harta isteri atau melarang isteri itu dari
menggunakan hak-haknya di sisi-undang-undang terhadap
harta itu, atau
v) menghalang isteri dari menunai atau menjalankan kewajipan
atau amalan agamanya, atau
vi) jika ia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak
melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendakkehendak
Hukum Syarak
f) Bahawa walaupun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum
disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan menyetubuhinya.
g) Apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan
perkahwinan atau fasakh di bawah Hukum Syarak.
Dengan tersenarainya alasan-alasan tersebut, maka mudahlah bagi
seseorang isteri untuk memohon fasakh terutamanya apabila terdapat peruntukkan,
apa-apa alasan lain..." yang dianggap sah dan munasabah.
Fasakh Kerana Keganasan yang Berlaku dalam Rumahtangga
Masalah penderaan dan penganiayaan yang dilakukan suami kepada isteri
bukanlah suatu fenomena baru di Malaysia. Statistik menunjukkan bahawa kes-kes
tersebut meningkat dari tahun ke tahun. Bahkan kalau dilihat dari sudut
pembahagian kumpulan etnik yang terlibat dengan kes sebegini, maka bangsa
Melayu menduduki tangga yang teratas diikuti oleh bangsa Cina, India dan lain.29
Dan antara punca terbesar berlaku keganasan itu adalah kerana tiada
persefahaman dalam rumahtangga. Dengan kata lain bibit-bibit pertelingkahan
memang telah wujud dalam rumahtangga tersebut.
Walter, telah memberi takrif keganasan sebagai sebarang bentuk perlakuan
yang mendatangkan bahaya, bukan sahaja dalam bentuk fizikal tetapi juga melalui
apa cara atau teknik yang boleh menyebabkan gangguan mental dan emosi kepada
mangsa yang terlibat.30 Melalui takrif ini, apa-apa sahaja perlakuan yang boleh
mendatangkan bahaya kepada mangsa adalah suatu keganasan. Bukan setakat itu
sahaja, mana-mana perbuatan yang menyekat dan menafikan hak dan kebebasan
seseorang itu juga dianggap sebagai keganasan.31 Ini bermakna jika seseorang itu
dengan sengaja tidak memberi nafkah dan seumpamanya, maka perbuatan ini juga
dianggap sebagai. Yang demikian, keganasan telah berlaku apabila hak-hak individu
dalam satu-satu rumahtangga telah dicabuli, diderai dan disakiti samada ia
berbentuk fizikal, emosi dan seksual.
Di Malaysia, terdapat kes-kes serius yang telah dilaporkan berlaku seperti
ditikam sehingga terkeluar tali perut, ditendang hingga keguguran, ditumbuk, disiram
air panas, ditetak dengan senjata tajam dan sebagainya. Dalam keadaan sebegini,
isteri mempunyai hak untuk membubarkan perkahwinannya melalui fasakh
sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 52, Akta Undang-Undang
Keluarga Islam 1984. Dalam kes Hairun bt. Mohd Shariff lawan Omar Mohd Noor 32,
Mahkamah Kadi Kelang telah menolak permohonan fasakh kerana Yang Ariff Hakim
berpendapat bahawa tindakan memukul yang dilakukan suami sebanyak dua kali
belum lagi diertikan sebagai “lazim menyakiti” di bawah Enakmen Undang-undang
Keluarga Islam Selangor. Bagaimanapun rayuan telah dibuat, dan Jawatankuasa
Rayuan berpendapat bahawa Yang Ariff Hakim telah tersilap membuat tafsiran
terhadap maksud “lazim menyakiti”. Mereka juga berpendapat “jika sesuatu
perkahwinan itu ternyata telah gagal dan tujuan suci serta matlamat murninya tidak
tercapai, sebaliknya ianya menimbulkan mudarat, kesusahan, penderitaan,
pertengkaran, pukul memukul, maki hamun dan perkelahian yang berpanjangan,
maka ada baiknya berpisah dengan cara yang baik dan bertimbangrasa, sebagai
jalan penyelesaian terakhir”. Oleh itu Jawatankuasa Rayuan berpendapat bahawa
serangan fizikal yang dilakukan suami adalah penganiayaan mengikut Enakmen
Keluarga Selangor dan akhirnya permohonan isteri untuk fasakh perkahwinan
dibenarkan.
Begitu juga dalam kes Rosilah Abu Kassim lawan Abdul Rahman Ibrahim
33 di mana perayu (isteri) telah memohon Fasakh kerana suami tidak memberi
nafkah dan pernah menggugut akan membunuh atau mencederakan isteri jika ia
membuat aduan kepada Pejabat Kadi, Setelah mendengar hujah, mahkamah telah
memerintahkan membentuk satu Jawatankuasa Pendamai. Dalam laporan
Jawatankuasa tersebut menyatakan bahawa mereka gagal untuk berdamai dan.
mencadangkan supaya diputuskan samaada dengan cerai biasa atau tebus talaq.
Yang Ariff Hakim telah menolak permohonan isteri kerana isteri gagal untuk
membuktikan salah satu peruntukan yang terdapat di dalam Seksyen 52, Enakmen
Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan 1983. Bagaimanapun
Jawatankuasa Ulangbicara telah memutuskan bahawa “ternyata adanya sebab yang
kuat untuk menggunakan Seksyen 52(h)(i) yang berbunyi..Iazim menyakiti atau
menjadikan kehidupannya menderita di sebabkan oleh kelakuan aniaya... dan
ceraian 1 yang berbunyi... apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi
membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syarak”. Oleh itu
Jawatankuasa Ulangbicara memutuskan supaya dilakukan perceraian biasa
mengikut prosedur dalam Seksyen 47(1) Enakmen 1983.
Dalam dua kes yang berlaku di India, Umar bibi lawan Mohammad Din dan
Sayeeda lawan Muhamntad sami 35, Mahkamah Tinggi Lahore telah menolak
keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rendah. Dalam kedua-dua kes ini, isteri
telah memohon untuk membubarkan perkahwinan melalui Seksyen 2(ix) Akta
pembubaran Perkahwinan Islam 1939 kerana perkahwinan mereka sudah tidak ada
persefahaman dan keserasian. Begitu juga dalam kes kedua isteri tidak dapat
membuktikan bahawa dia telah didera oleh suaminya. Oleh kerana itu Hakim Daerah
telah menolak permohonan isteri untuk membubarkan perkahwinan tersebut.
Melihat kepada kedua-dua kes ini, carroll berpendapat bahawa walaupun undangundang
telah memperuntukkan satu senarai alasan-alasan bagi isteri membubarkan
perkahwinannya namun dari segi realitinya, Mahkamah sukar untuk membenarkan
permohonan isteri.36 Keadaan ini boleh dilihat dalam kes Mohamed Habibullah bin
Mahmood lawan Faridah binti Dato' Talib 37, yang mana isteri mendakwa telah
diserang dan serang sentuh oleh suaminya. Dengan itu isteri memohon pembubaran
perkahwinan melalui Mahkamah. Oleh kerana kes ini membincangkan bidangkuasa
Mahkamah dalam membicarakan kes ini dan isteri masih terus lagi diserang sentuh,
menyebabkan dia mengambil keputusan untuk keluar dari Islam (murtad).
Keputusannya ini hanyalah untuk mengelakkan dari diserang berterusan dan
membubarkan perkahwinan apabila Mahkamah tidak dapat memutuskan tentang
kes tersebut.
Kesimpulan:
Dengan adanya peruntukan yang diambil dari prinsip mazhab Maliki ini, maka
isteri-isteri yang berumahtangganya tidak bahagia terutamanya disebabkan oleh
penganiayaan akan dapat diselesaikan. Bagaimanapun kalau dilihat dari takrif yang
di nyatakan sebelum ini berhubung dengan konsep keganasan maka ini bermakna
mana-mana peruntukan yang boleh menggambarkan wujud penderaan dan
penganiayaan akan membawa maksud sebagai “penderaan". Tidak kiralah samada
suami tidak membayar nafkah, suami hilang, suami menjatuhkan maruah atau
sebagainya maka ini sudah boleh dimaksudkan sebagai suatu penganiyaan dan
penderaan. Dengan kata lain perkara-perkara tersebut boleh mendatangkan
kemudaratan rumahtangga terutama sekiranya isteri yang menjadi mangsa.Seksyen
2 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984
memperuntukkan bahawa yang dimaksudkan dengan "darar syarie " itu ialah bahaya
yang menyentuh isteri mengenai agama, nyawa, tubuh badan, akal fikiran atau harta
benda mengikut kebiasaan yang diakui oleh Hukum Syarak. Perkara-perkara ini
boleh dilihat umpamanya dalam Seksyen 52 Akta Undang-undang Keluarga Islam
1984 telah menyenaraikan alasan-alasan yang boleh membubarkan perkahwinan
melalui fasakh. Alasan-alasan tersebut bolehlah kita rangkumkan didalamnya empat
aspek utama iaitu : Kerana keaiban dan kecacatan suami, kerana suami hilang atau
dipenjarakan, kerana berlaku dharar kepada isteri dan kerana suami tidak
membayar nafkah. Keempat-empat aspek ini adalah yang dikatakan termasuk di
dalam definasi al-Shatibiy dan Walter sebagai keganasan iaitu menyentuh fizikal,
mental dan emosi. Tetapi malangnya walaupun undang-undang telah
memperuntukkan fasakh namun kes-kes yang diputuskan melalui fasakh untuk
tahun 1995 hanyalah 3 kes sahaja jika dibandingkan dengan khlu'. Ini berlaku
kerana mengikut Prof. Madya Redzuan Awang, proses fasakh di Mahkamah
mengambil masa jika dibandingkan dengan ta'liq dan khul'.38 Bagaimanapun
Sulaiman Endut menyatakan “kejahilan mengenai hak sebagai seorang wanita
menyebabkan ramai wanita ditindas, ditipu, ditinggal dan digantung tidak bertali oleh
suami”.39 Oleh itu, apakah ini bermakna isteri-isteri memang tidak tahu fungsi fasakh
bagi membubarkan perkahwinan mereka atau kerana memang benar prosesnya
merumitkan!
NOTA HUJUNG
1. Ali al-Khafif, Furaqal-Ziwajfi al-Madhahib al-Islamiyyah, 1957, m.s. 10 Abu Zuhrah, al-Al-
Ahwal al-Syakhsiyyah, 1957, Dar al-Arabiy, m.s. 277 juga al-Zuhayli, Wahbah, al-Fiqh al-
Islamiy wa Adillatuhu, 1989, Juz:7, Dar al-Fikr, hal. 347
2. Syekh Muhammad bin Umar ‘Utayni, Huquq al Mar’ah fi al-ziwaj, t.t.,Dar I’tisam, hal 303
3. Ibn MAnzur, Lisan al-Arab, 1994, juz:3, Dar al-Fikr, hal. 45
4. Khallaf, Abdul Wahab, Ahkam al-Ahwal al-Syaksiyyah fi al-Shariati al-Islamiyyah, 1990, Dar
al-Qalam:Kuwait, hal. 160.
5. Abu Zqhrah, op.cit, hal 347.
6. al-Zuhayli, opcit, hal 509.
7. Lihat sebagai contohnya dalam al-Nawawi, Minhaj al-Talibin, al-Haramain, t.t. hal.85 dan juga
Abu Shuja’, al-Iqna, juz;2 hal. 129.
8. Ibid
9. Khallaf, Abdul Wahab, op.cit, hal 167
10. al-Marghinani, al-Hidayah, t.t. juz:1, hal 26
11. Ali Khafif, op.cit, hal. 319.
12. Contohnya keterangan lihat dalam Ibn Qudamah, al-Mughni, hal. 585, juz:7, juga lihat dalam
Taj, Abdul Rahman.
13. Taj, Abdul Rahman, al-Syariah al-Islamiyyah fi al-Ahwal al-Shakhsiyyah, 1952, Dar al-Ta’lif,
hal. 367-378; Abdul Kadir Muhammad, “fasakh kerana ketidak mampuan memberi nafkah
dan kecacatan suami” dalam Monograf Syariah, 2, Mei 1994, hal 107.
14. Abu Ishaq al-Syatibi, al-Muafaqat fi Usul al-Shariah, juz. 4 hal. 28-30.
15. Dr. Mustafa al-Sibai’e, al-Mar’ah baina al-Fiqh wa al-Qanun, 1962, al-Maktabah al-Islamiy:
Damsyik, hal.144.
16. Lihat Anderson, “Recent Developments in Shariah Law V” dalam The Muslim World, Vol:XLI,
hal. 271.
17. J.N.D. Anderson, ““Recent Developments in Shariah Law V” dalam The Muslim World,
Vol:XLI, hal. 271 Lucy Carroll, “Qur’an 2:229, A Charter granted to the wife, judicial Khulu’ in
Pakistan” dalam Islamic Law and Society, vol:3, No.1, 1996, hal 91 dan Ahmad Ibrahim.
“Fasakh for failure to maintain” dalam Journal of Malaysian and Comparative Law, 1970, hal.
329.
18. Untuk keterangan lanjut dan peruntukan tambahan bagi seksyen-seksyen tersebut lihat J.J.
Nasir, The Islamic Law of Personal Status, 1990, London & Trotman, hal-hal. 125-141.
19. Hodkinson, K., Muslim Family Law, A Sourcebook, 1984, Croom Helm: London, hal 224.
20. Lucy Carroll, “Muslim Women and Judicial Divorce:An Apparently Misunderstood Aspect of
Muslim Law” dalam Islamic & Comparative Law Quarterly, 1988, vol:5, hal. 226.
21. G.W.J.Drewes, On a recent Edition of the Undang-undang Melaka” dalam JMBRAS, vol:LIII,
Part 1, 1980, hal. 40.
22. Ismail Hamid, Masyarakat dan Budaya Melayu, 1991 DBP:KL.
23. Alwi Sheikh al-Hady, Malay Customs and Traditions, 1962, Eastern Universities Press,
Singapore, hal. 49.
24. R.J. Wilkinson, “Law, Introduction Sketch” dalam Papers on Malay Subject, 1922, hal. 3.
25. Suatu Ordinan yang memperuntukkan tentang pendaftaran, penceraian dan kesannya
terhadap harta dan juga pelantikan kadhi. Ordinan ini terpakai untuk-untuk orang Islam yang
menetap di negeri-negeri Selat.
26. Lihat dalam E.N. Taylor, “Mohammedan Divorce by Khulu” dalam JMBRAS, vol. Xxi, Pt.2, hal.
6, lihat juga dalam kes Rokiah lwn Abu Bakar dalam Ibid, hal. 10.
27. Lihat Ahilemah Joned, “Keupayaan dan Hak Wanita untuk Berkahwin:Indah Khabar Dari
Rupa” dalam Makalah Undang-undang Menghormati Ahmad Ibrahim, DBP:KL, 1988, hal. 2.
28. Sek. 49 Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam Terengganu, 1985; Sek. 52
Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Pulau Pinang, Bil 2/1985;Sek. 52, Akta Undang-
Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, 1984; Sek.52, Enakmen Undang-Undang
Keluarga Islam Negeri Sembilan, 1983 dan Sek.52 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
Selangor, 1984.
29. Utusan Malaysia, 19.8.1996, hal. 21.
30. Lihat dalam Freeman, M.D.A. Violence in the Family, Saxon House: England, (1979), hal. 1.
31. Wallace, H, Family Violence, Legal, Medical and Social Perspective, 1996, Allyn Bacon:
U.S.A., hal.2.
32. Kanun, Jurnal Undang-Undang Malaysia, (1993), hal. 163.
33. (1991) 8 JH 249
34. ILR (25, Lahore) 1944, 542
35. PLD, 1952, Lahore, 113
36. Lucy Carroll, “Quran 2;229: A Charter granted to the wife? Judicial Khulu’ in Pakistan” dalam
Islamic Law and Society, 1996, vol:3, No.1. hal. 90.
37. Lihat dalam Kanun:Jurnal Undang-Undang Malaysia, 1993, (1) hal. 79.
38. Lihat Dakwah 1996, Bil 226, hal-hal. 14-15.
39. Utusan Malaysia, 9.9.1996.