Monday, March 29, 2010

Fatwa 1/1994- (MENULIS QUR’AN DENGAN HURUF RUMI)

Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam.

Fatwa Pilihan
MENULIS Al-QUR'AN DENGAN HURUF RUMI
Fatwa siri : 1/1994
Soalan:
Terdapat sebuah naskhah al-Qur'an al-Karim: Terjemahan dan Tafsir al-
Qur'annya dengan menggunakan huruf Arab dan Latin. Penyusun: Bakhtiar
Surin. Penerbit: Fa Sumatra J/.R.D Sartika 33 Bandung yang diminta
pandangan mengenainya.
Cara penulisan dan penyusunan naskhah ini ialah: Mula-mula ayat ditulis
dengan huruf Arab iaitu tulisan sebenar al-Qur'an, dan kemudian di bawahnya
ditulis dengan rumi (dirumikan), seperti contoh di bawah ini:

Bismil - lahir - rahmanir – rahim

Alhamdul lil-laahi rab-bil ‘aalamin

Ar-rahmaanir-rahiim
Maaliki yaumid-diin
Dan seterusnya sampai 30 juz ditulis seperti itu berserta terjemahan dalam
bahasa Indonesia (Melayu).
Apakah hukum menulis dan membaca al-Qur’an dengan huruf rumi seumpama
ini?
Jawapan:
Sayugia diingat bahawa Allah Subhânahu wa Ta’âlâ menurunkan al-Qur’an itu
dengan lisan bahasa Arab. Ini tersebut dalam banyak ayat, firman Allah
Subhânahu wa Ta’âlâ:
Tafsirnya: Sebuah kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu, iaitu al-
Qur’an yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang
mengambil tahu dan memahami kandungannya.
(Surah Fushshilat: 3)
FirmanNya lagi:
Tafsirnya: Sesungguhnya kami menurunkan kitab itu sebagai al-Qur’an yang
dibaca dengan bahasa Arab.
(Surah Yusuf: 2)
Dan agama telah memerintahkan supaya al-Qur’an itu dibaca menurut
kaifiyyah lafaznya, sebagaimana firman Allah Subhânahu wa Ta’âlâ :
Tafsirnya: Dan bacalah al-Qur’an itu dengan tartîl (dengan bacaan yang
terang jelas dan betul segala hurufnya menurut ilmu tajwid).
(Surah al-Muzzammil: 4)
Berkata ulama, bahawa Allah Subhânahu wa Ta’âlâ telah menzahirkan al-
Qur’an itu dalam Lauh Mahfûzh dengan bahasa Arab, dan telah dibacakan oleh
malaikat dengan bahasa Arab, dan diterima oleh Rasulullah Shallâllahu ‘alaihi
wasallam dengan bahasa Arab sementara umat Islam pula telah ijmâ‘ dan
sekata yakni tiada khilaf (tiada bertelingkah) antara mereka bahawa wajib
ditulis dan dibaca al-Qur’an itu dengan lisan bahasa Arab.
Pendapat Mazhab-Mazhab
Telah sekata ulama mazhab-mazhab pada menegah dari membaca dan menulis
al-Qur’an dengan bacaan dan tulisan yang lain dari bacaan dengan lisan Arab
dan tulisan al-Qur’an. Di bawah ini ialah pendapat-pendapat mereka itu:
1. Berkata Syeikh al-Islam Abu al-Hasan al-Marghinani al-Hanafi yang
bermazhab Hanafi: Ditegah membaca dan menulis al-Qur’an dengan bahasa
dan tulisan Farsi dengan ijmâ‘ umat Islam, kerana membaca dan menulis
dengan lisan dan tulisan lain dari lisan dan tulisan al-Qur’an itu boleh
membawa rosak makna dan lafaznya…
2. Al-Imam Ibnu Hajar asy-Syafi‘e dalam Syarh al-‘Ubab pula berkata:
Bahawa menulis al-Qur’an al-‘Azhim dengan huruf Arab itu menyebabkan
orang dapat menentang dan melawan lafaz al-Qur’an, yakni huruf yang bukan
huruf Arab itu boleh membawa tiada i‘jaz (tiada dapat melawan penentangpenentang
al-Qur’an), bahkan membawa pada pelat dan kacukan, serta rosak
susunan nazham (aturan) al-Qur’an.
3. Menurut Mazhab al-Imam as- Syafi‘e: Tidak harus (haram membaca al-
Qur'an dengan bacaan lisan yang lain dari lisan Arab di dalam sembahyang
sama ada dia dapat membaca dengan bahasa Arab atau tidak dapat membaca
dengan bahasa Arab. Begitu juga haram membaca al-Qur'an dengan lisan
‘ajam (lain dari lisan Arab) di luar sembahyang sepertimana kata al-Imam Ibnu
Hajar dalam fatwanya.
4. Mazhab Hanbali pula menggariskan: Bahawa sembahyang jadi rosak dengan
membaca al-Qur'an dengan lisan ‘ajam, sama ada orang itu lemah dari
membaca dengan bahasa Arab atau tiada lemah. Mazhab ini memberi erti
bahawa adalah ditegah sama sekali (haram) menulis dan membaca al-Qur'an
dengan bahasa lain dari bahasa Arab.
5. Dan Mazhab Maliki: Adalah t idak harus sama sekali (haram) membaca al-
Qur'an dan menulis al-Qur'an dengan lisan dan tulisan lain dari lisan dan
tulisan Arab.
Demikian menurut al-'Allamah asy-Syeikh Muhammad Hasanain Makhluf dalam
kitabnya Manhaj al-Yaqin fi Bayan ‘an al-Waqfa al-Ahliyya min ad-Din. Asy-
Syeikh Muhammad Hasanain ialah seorang ulama besar yang terkenal di al-
Azhar, Mesir.
Pendapat ini merupakan sokongan kuat kepada pendapat al-Imam an-Nawawi
seorang tokoh dan jaguh ulama Syafi‘eyyah dalam Syarh al-Muhadzdzab,
katanya: Tiada harus membaca al-Qur’an dengan bahasa lain dari bahasa Arab
sama ada dia boleh membaca Arab atau tiada boleh membaca Arab, sama ada
dalam sembahyang atau di luar sembahyang.
Menulis Hadits Dengan Huruf Rumi
Demikian juga menulis hadits dengan huruf rumi sama hukumnya dengan
menulis al-Quran dengan rumi itu, kerana huruf-huruf rumi itu tiada lengkap
dan boleh mengubah dan meminda bunyi lafaz Rasulullah Shallâllahu ‘alaihi
wasallam, dan membawa salah serta bertukar erti dan tujuannya. Sedangkan
memperkatakan sesuatu yang tiada datang daripada Rasulullah Shallâllahu
‘alaihi wasallam itu adalah suatu bohong dan dusta ke atas Baginda Rasulullah
Shallâllahu ‘alaihi wasallam, dan membuat bohong dan dusta ke atas Rasulullah
Shallâllahu ‘alaihi wasallam itu adalah menempah dosa dan azab api neraka,
sebagaimana hadits riwayat al-Bukhari dan Muslim:
Ertinya: Barangsiapa berbuat dusta ke atasku dengan senghaja, maka
hendaklah dia sediakan tempatnya dalam neraka jahanam.
Berkata al-Imam al-Ubbiyyu : Misal berbuat dusta itu ialah menuturkan
hadits-hadits Rasulullah Shallâllahu ‘alaihi wasallam dengan salah dan lahan
(salah baris, huruf dan perkataan).
Jadi berdasarkan al-Qur'an sendiri, hadits dan ijmâ‘ umat Islam seperti yang
disebutkan di atas, maka nyatalah menulis al-Qur'an dengan tu l i s a n lain
dari lisan Arab, seperti menulis dengan rumi yang tiada mempunyai hurufhuruf:
غ , ع , ظ , ط , ض , ص , ش , ذ , خ , ح , ث dan ق pada hal lisan Arab
mempunyai semua huruf tersebut itu. Cubalah bayangkan jika surah aIFatihah
sahaja d i tul i s dengan huruf rumi itu, sudah pasti, tidak boleh tidak,
ayat al-Qur'an ini akan cedera dan berubah, dan mengubah huruf al-Quran
pada bacaan dan lafaznya itu adalah haram berdasarkan perintah Allah
Subhânahu wa Ta’âlâ :
Adapun menulis dan membaca al-Qur'an itu dengan lain dari tulisan dan bacaan
lisan Arab, pasti pada suatu masa kelak akan melemahkan pengetahuan al-
Qur'an, khasnya pengetahuan praktis di bidang p e n u l i s a n dan pembacaannya
sebagaimana yang diperintahkan oleh syara‘. Lama kelamaan orang mungkin
tidak akan berminat lagi dan bahkan tidak mahu mengaji dan belajar jawi,
belajar tul i san dan bahasa al-Qur'an, cukup dengan bergantung semata-mata
kepada tulisan dan bacaan yang lain dari lisan Arab, seperti tulisan rumi atau
Iain- Iain, sebagaimana hal ini sudahpun berlaku di Turki pada masa Mustafa
Kamal Atartuk, siapa yang bertanggungjawab menghapuskan pemerintahan
beraja atau bersultan di Turki, dan sekaligus membawa malap cahaya Islam di
sana, iai tu suatu jenayah dan dosa yang amat besar. Barang dijauhkan kita
oleh Allah Subhânahu wa Ta’âlâ dari pekerjaan-pekerjaan dan perbuatanperbuatan
yang merosakkan agama Islam dan umat Islam itu .
[YANG DIMULIAKAN LAGI DIHORMATI PEHIN DATU SERI MAHARAJA
DATO PADUKA SERI SETIA USTAZ HAJI AWANG ABDUL AZIZ BIN JUNED]
Mufti Kerajaan
Negara Brunei Darussalam.

ISU-ISU PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM

ISU-ISU PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA ORANG ISLAM DALAM
KONTEKS PERUNDANGAN MALAYSIA.
Oleh: Tuan Haji Wan Abdul Halim bin Wan Harun
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak

1. PENDAHULUAN
Pembahagian harta pusaka orang Islam di negara ini sebenarnya dibuat
berlandaskan kepada hukum syarak, iaitu Hukum Faraid walaupun undangundang
utama yang diguna pakai ialah undang-undang sivil. Ini kerana undangundang
yang ada hanyalah untuk urusan pentadbiran semata-mata seperti
tatacara momohon pembahagian, memproses permohonan, pembahagian
bidangkuasa dan sebagainya. Pada peringkat penentuan waris, kadar bahagian
masing-masing dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pembahagian,
semuanya tertakluk kepada hukum syarak. Contohnya peruntukan yang
terdapat dalam Akta Pusaka Kecil (Pembahagian ) 1955 (Akta 98). Seksyen
12(7) Akta 98 memperuntukkan bahawa pembahagian harta pusaka si mati
hendaklah mengikut undang-undang terpakai kepadanya. Ini bermakna bagi
orang Islam, pembahagian hartanya hendaklah mengikut Hukum Faraid.
Seksyen 12(7):
“Pemungut hendaklah menentukan, dalam apa cara yang paling
sesuai, undang-undang yang terpakai kepada penurunan harta
pusaka si mati, dan hendaklah memutuskan siapa mengikut
undang-undang itu adalah benefisiari-benefisiari dan kadar syer
dan kepentingan masing-masing”.
Di samping itu, sekiranya terdapat apa-apa persoalan berkaitan dengan
hukum syarak, termasuk Hukum Faraid atau apa-apa perkara yang berkaitan
dengannya seperti penentuan nasab, sah taraf anak, pengesahan wasiat, hibah
dan sebagainya, pegawai yang membicarakan harta pusaka tersebut bolehlah
merujuk kepada pihak berkuasa agama di negeri masing-masing seperti
diperuntukkan dalam seksyen 19(1) (a) Akta:
“Jika soalan itu berkaitan dengan undang-undang Islam atau adat
Melayu atau undang-undang anak watan atau adat Sabah atau
Sarawak, merujuk perkara itu untuk mendapat keputusannya
kepada pihak berkuasa negeri (Ruler of the state) di mana
daerahnya terletak atau kepada mana-mana orang lain atau
kumpulan orang sebagaimana yang diarahkan oleh Raja itu”

2. BIDANGKUASA PENTADBIRAN HARTA PUSAKA
Bidangkuasa pentadbiran harta pusaka diletakkan di bawah Jadual Kesembilan,
Senarai 1, Senarai Persekutuan di bawah Perkara 4 (e) (i) yang menyebut “…..
pewarisan harta berwasiat dan tidak berwasiat, probet dan surat kuasa
mentadbir pusaka…. “. Ini bermakna proses pembahagian dan pentadbiran
harta pusaka terletak di bawah bidangkuasa agensi Persekutuan seperti Amanah
Raya Berhad, Seksyen Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah
Dan Galian dan Mahkamah Tinggi. Dalam hubungan ini, terdapat satu kes
berkaitan pusaka orang Islam yang menyatakan hal di atas, iaitu kes rayuan
Jumaaton & Raja Delila v. Raja Hizaruddin. Pengerusi Panel Hakim Mahkamah
Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan, telah mengatakan bahawa Mahkamah
Syariah tidak berbidang kuasa mengenai probet dan pentadbiran pusaka kerana
ia terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil. (1998) 6 MLJ 556. Oleh yang
demikian, Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa menguruskan keskes
pembahagian dan pentadbiran harta pusaka. Tetapi Mahkamah Syariah
mempunyai bidangkuasa dalam menentukan siapa yang berhak mewarisi dan
bahagian masing-masing yang dikeluarkan dalam bentuk ‘Sijil Faraid’.

3. INSTITUSI YANG MENGENDALIKAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA
DAN UNDANG-UNDANG BERKAITAN
Urusan pembahagian harta pusaka di kendalikan oleh empat institusi yang telah
ditetapkan bidang kuasa masing-masing.
3.1. AMANAH RAYA BERHAD (pusaka ringkas)
Mengendalikan harta si mati yang hanya meninggalkan harta alih sahaja
dan nilainya tidak melebihi RM 600,000 berpandukan kepada Akta
Perbadanan Amanah Raya Berhad (Akta 532).
Contohnya: sekiranya si mati hanya meninggalkan wang simpanan di
institusi kewangan (BSN, ASB, Tabung Haji, KWSP), kenderaan (kereta,
motosikal), saham, dividen dan sebagainya.
3.2. SEKSYEN PEMBAHAGIAN PUSAKA/ PEJABAT TANAH (pusaka kecil)
Di peringkat negeri atau daerah dikenali sebagai Unit Pembahagian
Pusaka, mengendalikan harta si mati yang meninggalkan harta tak alih
(tanah) sahaja atau harta tak alih beserta dengan harta alih seperti duit
simpanan di bank dan sebagainya dan nilainya tidak melebihi RM 600,000
dan tidak berwasiat mengikut Akta Wasiat 1959. Undang-undang
berkuatkuasa ialah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta
98). (Pindaan nilaian pusaka kecil kepada RM2,000,000 akan
dikuatkuasakan tidak lama lagi).
Contohnya: si mati meninggalkan 2 bidang tanah sahaja atau
meninggalkan 2 bidang tanah dan duit simpanan di Lembaga Tabung
Haji.
3.3. MAHKAMAH TINGGI (pusaka besar)
Mengendalikan harta si mati yang meninggalkan sama ada harta tak alih
(tanah) atau harta alih yang nilainya melebihi RM 600,000 atau harta
berwasiat (bagi bukan Islam) walaupun nilainya kurang daripada RM
600,000. Mahkamah Tinggi juga mengendalikan kes-kes rayuan di bawah
Seksyen 29, Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955. Undangundang
yang dipakai ialah Akta Probet Dan Pentadbiran 1959 (Akta 97).
3.4 MAHKAMAH SYARIAH
Mengendalikan kes-kes penentuan waris dan bahagian setiap orang waris
yang dikeluarkan dalam “Sijil Faraid“. Ini berdasarkan kepada Enakmen
Pentadbiran Agama Islam Negeri-negeri atau Akta Pentadbiran Undangundang
Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 (Akta505). Disamping
itu Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa dalam hal berkaitan
wasiat, hibah, wakaf, sah taraf anak, perkahwinan, harta sepencarian dan
nasab yang mana semua ini mempunyai kaitan rapat bahkan keputusan
Mahkamah Syariah berkaitan perkara-perkara di atas mempengaruhi
pembahagian harta pusaka.
Sebenarnya urusan pembahagian harta pusaka tidaklah tertumpu kepada
satu atau dua undang-undang sahaja tetapi mencakupi semua undang-undang
dan hukum yang berkaitan dengannya. Misalnya bagi kes harta pusaka kecil,
undang-undang utama ialah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta
98) dan Peraturan-peraturan iaitu berkaitan dengan pentadbiran pusaka kecil
seperti tatacara memohon, memproses, mengendalikan perbicaraan dan
mengeluarkan perintah pembahagian termasuk lantikan pentadbir. Dalam
siasatan untuk menentukan waris dan bahagian masing-masing, kemahiran
dalam Hukum Faraid diperlukan termasuk mengendalikan kes-kes munasakhat
(kematian berlapis) dan takharuj (menyerahkan hak kepada orang lain). Oleh
kerana pusaka kecil wujud berasaskan kepada harta tak alih, semua undangundang
berkaitan dengan tanah mesti difahami oleh setiap Pegawai
Pembahagian Pusaka selaku Pentadbir Tanah yang mengendalikan kes
pembahagian pusaka, antaranya:
1. Kanun Tanah Negara 1965
2. Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960.
3. Akta Hakmilik Strata.
4. Enakmen Rizab Melayu Negeri-negeri.
5. Akta Pengambilan Tanah 1960.
Di samping itu undang-undang sivil yang berkaitan juga menjadi rujukan
antaranya:
1. Akta Keterangan, 1950 (disemak 1971)
2. Akta Tafsiran 1948 & 1967
3. Age of Majority Act 1971 (Act 21)
4. Guardianship of Infants Act 1961 (Act 351)
5. Akta Kontrek 1950
6. Trustee Act 1949 (Act 208)
7. Power of Attorney Ordinance 1949
8. Akta Surat Kuasa Wakil 1949 (Akta 424)
Manakala hukum syarak yang berkaitan pula antaranya:
1. Hukum faraid.
2. Hukum wasiat.
3. Hukum hibah.
4. Harta sepencarian.
5. Sah taraf anak/anak angkat.
Berdasarkan kepada undang-undang yang berkaitan dengan urusan
pembahagian harta pusaka orang Islam seperti tersenarai di atas, dapatlah
disimpulkan bahawa urusan pembahagian harta pusaka adalah kombinasi
daripada undang-undang sivil dan undang-undang / hukum syarak.
Pembahagian harta pusaka orang Islam sebenarnya merupakan perkongsian
bidangkuasa antara Pentadbir Tanah dan Mahkamah Sivil di satu pihak dan
Mahkamah Syariah di satu pihak lagi.

4. BAGAIMANA HARTA PUSAKA ORANG ISLAM DIBAHAGIKAN DI BAWAH
AKTA HARTA PUSAKA KECIL (PEMBAHAGIAN) 1955 (AKTA 98).
4.1. Penentuan waris dan bahagian
Amalan yang ada sekarang, setiap permohonan untuk membahagikan harta
pusaka tidak menghendakki disertakan dengan Sijil Faraid. Ini kerana Akta
tersebut tidak memperuntukkan demikian. Seksyen 12(7) Akta hanya
menyatakan “Pentadbir Tanah hendaklah menentukan, dalam cara yang paling
sesuai, undang-undang yang terpakai kepada penurunan harta pusaka si mati,
dan hendaklah memutuskan siapa mengikut undang-undang itu adalah
benefisiari-benefisiari dan kadar syer dan kepentingan masing-masing”. Oleh
yang demikian penentuan waris dan bahagian masing-masing diputuskan oleh
Pentadbir Tanah (Pegawai Pembahagian Pusaka) dalam siasatan waris ketika
perbicaraan berdasarkan kepada Hukum Faraid.
Keadaan sebegini perlu diteruskan memandangkan tiada kesukaran
dalam menentukan siapakah waris yang berhak dan dalam menentukan
bahagian masing-masing. Contohnya ketika si mati meninggalkan hanya anakanak,
atau meninggalkan isteri dan anak-anak atau ibu bapa, isteri atau suami
dan anak-anak. Sekiranya Sijil Faraid diperlukan setiap kali permohonan
dikemukakan, bermakna setiap permohonan untuk membahagikan harta pusaka
orang Islam di Unit Pembahagian Pusaka akan menempoh dua kali perbicaraan,
pertama, perbicaraan untuk mendapatkan Sijil Faraid dan kedua, perbicaraan
untuk membahagikan harta pusaka.
Walau bagaimana pun, sekiranya terdapat kesukaran, kekeliruan,
bantahan atau untuk memuaskan hati pihak-pihak, waris akan diminta
mendapatkan Sijil Faraid daripada Mahkamah Syariah. Contohnya sepertimana
dalam kes berikut:
Si mati Kasim bin Selamat mati pada 1.2.2008.
Waris: 1. Seorang isteri (Sabariah)
2. Seorang anak perempuan (Siti)
3. Seorang saudara seibu sebapa perempuan (Suraya)
4. Dua orang saudara sebapa lelaki (Osman dan Zailani)
Pentadbir Tanah memutuskan waris yang berhak dan bahagian masingmasing
mengikut Hukum Faraid adalah seperti berikut:
8
Sabariah Isteri 1/8 1
Siti Anak perempuan 1/2 4
Suraya SIBP Asabah 3
Osman SBL Gugur 0
Zailani SBL Gugur 0
Sekiranya Osman dan Zailani tidak berpuas hati kerana pada anggapan
mereka mengatakan bahawa waris lelaki lebih berhak daripada perempuan,
mereka bolehlah merujuk kepada Mahkamah Syariah untuk mendapatkan Sijil
Faraid. Sekiranya tiada apa-apa bantahan daripada mana-mana pihak,
pembahagian harta pusaka Kasim diteruskan.
4.2 . Penentuan status pemilikan harta si mati / sepencarian
Sebelum pembahagian, setiap harta si mati akan ditentukan statusnya sebagai
harta pusaka. Contohnya, sekiranya ada pihak yang menuntut bahagian harta
sepencarian, harta si mati tidak akan dibahagikan sehinggalah keputusan
mengenai tuntutan harta sepencarian diperolehi. Ini adalah bagi menentukan
takat mana harta si mati yang boleh difaraidkan. Sekiranya bahagian harta
sepencarian diluluskan sebanyak 1/3 bahagian, bermakna harta si mati yang
akan difaraidkan hanya sebanyak 2/3 bahagian sahaja.
Demikian juga sekiranya terdapat tuntutan lain seperti jual beli, hibah dan
sebagainya, akan diputuskan terlebih dahulu kerana sekiranya tuntutan yang
dibuat oleh pembeli dibenarkan, harta tersebut menjadi milik pembeli dan tidak
boleh difaraidkan.
Sekiranya timbul keraguan dalam menentukan mana-mana harta atau
mana-mana waris si mati, Akta ini memperuntukkan pegawai yang
menyelesaikan kes ini supaya menyelesaikan pertikaian berkaitan harta atau
waris tersebut terlebih dahulu sebagaimana di peruntukan dalam seksyen 14
Akta:
“(1) Jika dalam perjalanan perbicaraan adalah diperakui oleh Pemungut
adalah perlu atau dikehendaki bagi kepentingan keadilan bahawa apa-apa
pertikaian kolateral diputuskan sebelum suatu perintah pembahagian
dibuat, Pemungut boleh menangguhkan membuat apa-apa perintah
pembahagian berkenaan dengan harta pusaka atau bahagian harta
pusaka yang pada pendapatnya adalah atau mungkin terjejas secara
langsung atau tidak langsung oleh penentuan pertikaian dan hendaklah
sesudah itu menyebabkan pertikaian ditentukan mengikut seksyen ini.
(2) Bagi maksud seksyen ini suatu pertikaian kolateral ertinya suatu
pertikaian samada-
(a) mana-mana harta alih atau tak alih atau apa-apa hak atau
kepentingan dalam mana-mana harta sedemikian membentuk
bahagian harta pusaka si mati.
(b) mana-mana orang yang berhak menerima faedah kepada
mana-mana harta alih atau tak alih atau apa-apa hak atau
kepentingan dalam apa-apa harta sedemikian yang si mati pada
masa kematiannya memegang atau berhak untuk memegang
sebagai seorang pemegang amanah dan tidak menerima faedah; “.
4.3 . Peruntukan belanja pengebumian jenazah
Belanja kematian adalah hak si mati yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
Sebelum pembahagian akan diperuntukkan sebahagian daripada harta si mati
untuk belanja pengebumian sekiranya ada tuntutan daripada mana-mana pihak.
Sekiranya tidak berbangkit, tiada harta si mati yang diambil untuk belanja
pengebumian.
4.4. Penyelesaian hutang
Hutang si mati wajib dijelaskan samada hutang kepada Allah atau hutang
kepada manusia. Misalnya sekiranya si mati masih belum menunaikan fardu haji,
hutangnya kepada Allah mesti ditunaikan sekiranya beliau termasuk dalam
golongan orang-orang yang berkuasa menunaikannya semasa hayatnya.
Demikian juga wajib ke atas waris-waris menunaikan hutang si mati kepada
manusia.
Seksyen 13 (1) Akta memperuntukkan:
“Di akhir perbicaraan Pemungut hendaklah melalui perintahnya
membuat peruntukkan bagi pembayaran daripada harta pusaka
bagi duti estet, jika ada, dan perbelanjaan pengebumian dan
hutang-hutang si mati sekiranya berbangkit ...“
4.5. Pelaksanaan wasiat
Sekiranya si mati meninggalkan wasiat, akan ditunaikan terlebih dahulu
sekiranya wasiat tersebut sah mengikut hukum syarak iaitu antaranya tidak
diwasiatkan kepada waris yang berhak menerima pusaka dan harta yang
diwasiatkan itu tidak lebih 1/3 daripada keseluruhan harta si mati. Sekiranya
wasiat tersebut tidak menepati kehendak syarak, ianya boleh dilaksanakan juga
setelah mendapat persetujuan daripada kesemua waris yang berhak mewarisi.
Sekiranya semua waris menyetujui wasiat si mati, pembahagian diteruskan.
4.6. Pembahagian
Di akhir perbicaraan, setelah bahagian waris-waris diketahui dan dilaksanakan
hak-hak si mati, harta pusaka tersebut dibahagikan kepada waris-waris
berpandukan kepada Hukum Faraid.
Untuk merealisasikan konsep takharuj, pembahagian mengikut pakatan /
persetujuan waris-waris, tolak ansur dan sebagainya, akta ini telah
memperuntukkan bahawa pegawai yang mengendalikan kes pusaka ini boleh
membenarkan pembahagian dibuat secara pakatan sekiranya dipersetujui oleh
semua waris. Bahkan pegawai tersebut digalakkan supaya mengambil perhatian
atau mengingatkan waris-waris supaya tidak memilikki sesuatu hartanah itu
dengan cara berkongsi. Dengan kata lain, konsep takharuj adalah digalakkan
samada penyerahan hak seseorang itu dibuat secara sukarela tanpa balasan
atau dengan bayaran yang dipersetujui oleh pihak-pihak berkenaan. Ini
diperuntukkan dalam Akta di bawah seksyen 15 yang antara lain menyatakan:
“(1) Jika Pemungut berpuas hati bahawa semua benefisiari harta pusaka
yang telah cukup umur dan berkeupayaan telah bersetuju antara mereka
kepada cara di mana harta pusaka patut dibahagikan, Pemungut boleh,
selepas merekodkan dalam perintah pembahagian terma-terma
persetujuan; dan persetujuan pihak-pihaknya, membahagikan harta
pusaka dalam cara yang diperuntukan oleh persetujuan melainkan ia
adalah jelas kepada Pemungut adalah tidak adil dan tidak saksama untuk
berbuat demikian.”
(2) ...
(3) Jika dua atau lebih benefisiari berhak kepada bahagian dalam manamana
tanah yang terkandung dalam harta pusaka Pemungut boleh, atas
budibicaranya, mengambil perhatian kepada kepentingan orang yang
berkenaan dan kepentingan pembangunan tanah dengan baik-
(a) menguntukkan lot-lot berasingan kepada benefisiari-benefisiari
individu;
(b) ...
Bagi mengelakkan pemecahan tanah kepada pemilikan yang kecil atau
dengan jumlah pemilik yang ramai ke atas sebidang tanah, Akta Pusaka Kecil
seterusnya memperuntukkan pegawai yang membicarakan kes pusaka tersebut,
boleh dengan budibicaranya mencadangkan tanah tersebut dijual atau ditender
di kalangan waris-waris atau sebagainya. Duit hasil jualan tanah tersebut
dibahagikan kepada waris-waris berdasarkan bahagian yang diperolehi mengikut
Hukum Faraid.
Seksyen 15 (c) dan (d) memperuntukkan:
“(c) boleh memerintahkan tanah itu atau mana-mana bahagiannya
dijual dengan apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan; atau
(d) boleh memerintahkan tanah itu atau mana-mana bahagiannya
dijual dengan cara tender di antara benefisiari-benefisiari dengan
apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan, tetapi tertakluk
kepada harga rizab yang ditentukan oleh pemungut yang tidak
boleh kurang daripada nilai pasaran tanah itu, atau bahagian tanah
itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada tarikh tender itu“.

5. ISU DAN MASALAH
Dalam melaksanakan pembahagian harta pusaka di kalangan orang Islam,
terdapat beberapa persoalan berkaitan bidangkuasa, ketiadaan statut, ketidak
seragaman undang-undang dan tatacara yang perlu dibincang dan difikirkan
bersama untuk kebaikan masyarakat Islam umumnya. Semoga jalan
penyelesaiannya dapat dimanfaatkan oleh seluruh umat Islam.
5.1. MASALAH BIDANGKUASA
Apabila berlaku kematian, ada kalangan waris menjadi keliru, di mana harta
pusaka boleh diselesaikan. Persoalan yang selalu diajukan ialah samada ke
Amanah Raya, Unit Pembahagian Pusaka / Pejabat Tanah, Mahkamah Syariah
atau Mahkamah Tinggi. Ini kerana keempat-empat institusi tersebut mempunyai
hubungkait dengan urusan pembahagian harta pusaka dan mereka tidak dapat
memahami tentang bidangkuasa setiap institusi tersebut sehinggalah diberi
penerangan yang sewajarnya. Institusi yang berlainan yang menguruskan
pembahagian harta pusaka ini menimbulkan kecelaruan dan kesukaran kepada
waris-waris. Ini terbukti dalam sungutan waris-waris ketika berurusan di kaunter
Unit-unit Pembahagian Pusaka seluruh negara.
Pusaka kecil hanya berupaya menyelesaikan harta pusaka yang bernilai
tidak lebih daripada RM600,000. Apabila sesuatu permohonan dibuat di Unit
Pembahagian Pusaka, semua harta si mati akan dinilai dan sekiranya nilaian
keseluruhan harta tersebut melebihi RM600,000 permohonan itu akan
dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Sivil. Waris-waris sekali lagi dikehendakki
membuat permohonan baru mengikut kaedah mahkamah.
Sekiranya si mati meninggalkan harta alih seperti kenderaan atau wang
simpanan di mana-mana institusi kewangan dan harta tak alih seperti rumah
atau tanah pertanian, sepatutnya urusan pembahagian harta tersebut dibuat di
Unit Pembahagian Pusaka atau Pejabat Tanah. Bagaimana pun kadangkala
sebahagian daripada waris telah memohon untuk membahagikan harta alih di
Amanah Raya Berhad dan kemudiannya memohon untuk membahagikan harta
tak alih di Pejabat Tanah mengikut bidangkuasa yang ada. Waris akan
menghadapi kesukaran kerana terpaksa membuat dua kali permohonan di
tempat yang berlainan.
Mengikut amalan yang ada sekarang, apabila permohonan dibuat di
Amanah Raya Berhad atau Mahkamah Tinggi dan sebahagian Pejabat Tanah
atau Unit Pembahagian Pusaka, bagi kes kematian orang Islam, Sijil Faraid
diperlukan untuk dilampirkan bersama. Untuk mendapatkan Sijil Faraid, wariswaris
dikehendakki membuat permohonan di Mahkamah Syariah. Permohonan
tersebut didengar dalam satu perbicaraan bagi menentukan waris-waris yang
berhak mewarisi dan bahagian masing-masing. Keputusan Mahkamah Syariah
dikeluarkan dalam bentuk ’Sijil Faraid’. Amanah Raya, Unit Pembahagian
Pusaka atau Mahkamah Tinggi setelah memproses permohonan tersebut, akan
memanggil semua waris-waris untuk pembahagian samada mengikut faraid,
pakatan atau takharuj dengan mengambil kira perkara lain yang bersangkutan
seperti tuntutan jual beli, gadaian, sekatan kepentingan tanah dan sebagainya.
Ini bermakna, bagi orang Islam terpaksa menghadiri dua perbicaraan bagi
menyelesaikan pusaka berbanding pusaka bukan Islam.
Bagi kes-kes yang melibatkan tuntutan wasiat, hibah atau harta
sepencarian, sekiranya dalam perbicaraan di Unit Pembahagian Pusaka tidak
mendapat persetujuan daripada semua waris atau jika terdapat pertikaian,
pembahagian ditangguhkan dan pihak yang menuntut diminta supaya membawa
tuntutan wasiat, hibah atau tuntutan harta sepencarian ke Mahkamah Syariah.
Mahkamah Syariah yang mempunyai bidangkuasa mendengar tuntutan-tuntutan
itu pula menjalankan perbicaraan untuk diputuskan. Perintah yang dikeluarkan
oleh Mahkamah Syariah hendaklah dikemukakan kepada Unit Pembahagian
Pusaka dan perintah pembahagian dikeluarkan setelah waris-waris menghadiri
satu lagi perbicaraan.
Contoh perjalanan kes pembahagian pusaka melibatkan tuntutan wasiat
ditunjukkan seperti di bawah:
Fakta kes:
Si mati Kasim bin Selamat mati pada 1.2.2008.
Waris: 1. Seorang isteri (Sabariah)
2. Seorang anak perempuan (Siti)
3. Seorang saudara seibu sebapa perempuan (Suraya)
4. Dua orang saudara sebapa lelaki (Osman dan Zailani)
Harta: sebidang tanah kebun kelapa sawit seluas 10 ekar bernilai RM200,000.
Kasim ada membuat surat wasiat yang mengatakan sekiranya beliau meninggal
dunia, ½ daripada tanah tersebut diberikan kepada anak perempuannya dan ½
lagi diberikan kepada dua orang saudara lelakinya iaitu Osman dan Zailani.
Kes pembahagian pusaka berwasiat bagi harta orang Islam adalah di
bawah bidang kuasa Unit Pembahagian Pusaka. Perbicaraan dijalankan untuk
mendapat maklumat tentang waris si mati. Penentuan waris dan bahagian
masing-masing mengikut Hukum Faraid adalah seperti berikut:
8 10 ekar
Sabariah Isteri 1/8 1 1.25 ekar
Siti Anak perempuan 1/2 4 5 ekar
Suraya SIBP Asabah 3 3.75 ekar
Osman SBL Gugur 0 0
Zailani SBL Gugur 0 0
Sekiranya tuntutan wasiat dibuat oleh Osman dan Zailani, iaitu ke atas ½
bahagian daripada harta si mati iaitu tanah seluas 5 ekar, ketiga-tiga orang waris
yang berhak menerima pusaka akan diminta memberi persetujuan. Sekiranya
mereka bersetuju, pembahagian diputuskan seperti berikut:
4 16 10 ekar
Sabariah Isteri 1 0.625 ekar
Siti Anak perempuan 1/2 2 4 2.5 ekar
Suraya SIBP 3 1.875
ekar
Osman SBL 1/2 1 4 2.5 ekar
Zailani SBL 1 4 2.5 ekar
Sekiranya waris-waris tidak bersetuju dengan wasiat tersebut, wasiat yang
diluluskan kepada Osman dan Zailani setakat 1/3 daripada harta mengikut
hukum syarak iaitu sebanyak seluas 3.33 ekar sahaja. Sekiranya kedua-dua
mereka bersetuju, pembahagian diputuskan seperti berikut:
3 12 10 ekar
Sabariah Isteri 1 0.83 ekar
Siti Anak perempuan 2/3 2 4 3.33 ekar
Suraya SIBP 3 2.50 ekar
Osman SBL 1/3 1 2 1.67 ekar
Zailani SBL 2 1.67 ekar
Sekiranya Osman dan Zailani tidak berpuas hati dengan kadar 1/3
bahagian, atau ada pihak yang membantah wasiat tersebut, pembahagian di Unit
Pembahagian Pusaka ditangguhkan dan pihak yang menuntut diminta
mendapatkan pengesahan wasiat di Mahkamah Syariah. Perbicaraan di Unit
Pembahagian Pusaka disambong semula setelah waris-waris mengemukakan
perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.
Kesimpulannya, penyelesaian harta pusaka orang Islam menjadi sukar kerana
terpaksa berurusan dengan lebih daripada satu institusi.
5.2. KEKANGAN STATUT
5.2.1. Hukum Faraid
Undang-undang utama yang boleh dijadikan panduan untuk membahagikan
harta pusaka orang Islam ialah Hukum Faraid. Malangnya sehinga kini belum
ada satu statut khusus berkaitan pusaka orang Islam di Malaysia. Pegawai
Pembahagian Pusaka dalam menguruskan pembahagian harta pusaka orang
Islam, hanya merujuk kepada kitab kitab faraid, disamping menghadiri kursus
asas dan pembelajaran secara tidak formal. Hanya pengalaman dalam jawatan
tertutup (close service) membolehkan tumpuan yang lebih diberikan kepada
memahami Hukum Faraid lebih mendalam. Manakala hakim-hakim Mahkamah
Syariah pula ketika mengeluarkan Sijil Faraid akan menghadapi situasi
perbezaan pendapat di kalangan mazhab dalam beberapa isu pewarisan seperti
pewarisan mengikut kaedah ’Rad’, pewarisan oleh waris ’Dhawi al-Arham’,
kaedah pembahagian ’Muqasamah’ dan sebagainya.
Amalan yang ada sekarang ini, lebih menjurus kepada pendapat Zaid bin
Thabit r.a., yang diterima pakai oleh Imam Syafie iaitu sekiranya si mati hanya
meninggalkan seorang anak perempuan tanpa waris lain, harta tersebut akan
diwarisi oleh anak perempuan tersebut setakat ½ bahagian sahaja manakala ½
bahagian lagi dipulangkan kepada Baitulmal. Bagaimana pun persoalan timbul
bolehkah jika hakim yang mengeluarkan Sijil Faraid atau Pegawai Pembahagian
Pusaka selaku Pentadbir Tanah berpendapat kaedah Rad digunakan mengikut
pendapat ulama mutaakkhirin dalam mazhab Syafie atau mengikut pendapat
Mazhab Hanafi dan Hanbali.1 Mengikut hukum Rad, ½ bahagian diberikan
kepada seorang anak perempuan sebagai bahagian fardu yang wajib
diterimanya manakala bakinya ½ bahagian lagi diberikan kepada anak
perempuan tersebut secara Rad. Ini bermakna anak perempuan akan mendapat
kesemua harta pusaka tersebut dan tiada bahagian untuk Baitulmal. Sekiranya
keadaan ini berlaku, pembahagian harta pusaka orang Islam akan menjadi rumit
dan bercelaru.
Dalam kes pewarisan datuk bersama saudara si mati, terdapat tiga
pendapat yang berlainan iaitu:
Pertama: Pendapat Sayidina Abu Bakar r.a. dan Mazhab Hanafi, datuk
menduduki tempat bapa dan mendindingkan saudara si mati. Sekiranya si mati
meninggalkan datuk dan adik beradik si mati, datuk mendapat asabah dan adik
beradik terdinding.
Kedua: Pendapat Sayidina Ali dan Ibnu Mas’ud, datuk tidak mendindingkan
saudara seibu sebapa dan saudara sebapa. Mereka tertakluk kepada kaedah
pembahagian Muqasamah. Tetapi dalam kes Muadah, saudara sebapa tidak
mengurangkan bahagian datuk.
Ketiga: Pendapat Zaid bin Thabit r.a. dan jumhur ulama termasuk Mazhab
Syafi’e, seperti pendapat kedua, tetapi dalam kes Muadah saudara sebapa
mengurangkan bahagian datuk. Contoh pembahagian ketiga-tiga pendapat di
atas ditunjukkan seperti di bawah:
Pendapat pertama:
Datuk Asabah (semua)
Saudara seibu sebapa lelaki Terdinding
Saudara sebapa lelaki Terdinding
Pendapat kedua:
Datuk 1/2
Saudara seibu sebapa lelaki 1/2
Saudara sebapa lelaki Terdinding
Pendapat ketiga:
Datuk 1/3
Saudara seibu sebapa lelaki 2/3
Saudara sebapa lelaki Terdinding
Pada pandangan saya, amalan hari ini pendapat ketiga diterima pakai
seperti mana terdapat di dalam sistem faraid berkoputer yang dibangunkan oleh
Universiti Sains Malaysia (USM) dan e-Syariah. Persoalannya, bagaimana
sekiranya ada di kalangan pegawai di Unit Pembahagian Pusaka dan Hakim
Mahkamah Syariah yang mengeluarkan perintah mengikut pendapat pertama
atau kedua? Apakah ada undang-undang yang akan menghalang mereka
daripada berbuat demikian?. Tanpa undang-undang khusus tentang Hukum
Faraid akan menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam dalam menentukan
waris yang berhak mewarisi.
5.2.2. Hukum Hibah
Dalam keghairahan masyarakat masa kini yang cuba untuk mencari kaedah
alternatif agihan harta melalui hukum hibah telah menyebabkan timbul kekeliruan
dalam pembahagian harta pusaka bagi orang Islam. Mungkin juga kerana
ketiadaan satu undang-undang berkaitan hibah yang boleh dijadikan panduan
oleh waris-waris yang beragama Islam. Maka timbullah apa yang dikatakan
dokumen ’Perisytiharan hibah’ dan ’Amanah Hibah’. Bahkan ada yang membuat
hibah bersyarat seperti ’Umra’ dan ’Ruqba’ sedangkan di dalam Mazhab Syafie
dan pendapat jumhur fuqaha’, hibah tersebut sah tetapi syaratnya tidak terpakai.
Bagaimana pun mereka mungkin berpegang kepada pendapat Imam Malik dan
mazhab Maliki bahawa Umra dan syaratnya adalah harus manakala mengikut
az-Zuhri dan Imam Malik, Ruqba adalah sah sebagai wasiat bukan sebagai
hibah.2 Oleh kerana bentuk hibah yang dilakukan ini tidak disertai dengan urusan
pindah milik atau pertukaran nama di dalam hakmilik, apabila berlaku kematian,
sebelum harta pusaka difaraidkan, persoalan mengenai hibah perlu diselesaikan
terlebih dahulu. Tiada undang-undang yang dapat dijadikan panduan dalam
masalah ini. Oleh itu bagi menyelesaikannya, perbicaraan harta pusaka
ditangguhkan dan waris-waris diminta mendapatkan pengesahan hibah daripada
Mahkamah Syariah. Setelah keputusan mengenai hibah tersebut diperolehi,
waris-waris sekali lagi akan datang ke Unit Pembahagian Pusaka untuk
mendapatkan perintah pembahagian seterusnya. Walaupun Mahkamah Syariah
mempunyai bidangkuasa memutuskan persoalan tersebut mengikut hukun
syarak, pendapat siapa yang perlu diikuti adalah menjadi persoalan.
5.2.3. Kaedah Tuntutan Harta Sepencarian
Sebelum harta pusaka dibahagikan di Unit Pembahagian Pusaka, masalah
harta sepencarian mesti diselesaikan terlebih dahulu jika ada tuntutan. Iaitu bagi
menentukan bahagian pasangan yang membuat tuntutan tersebut. Sehingga kini
masih belum ada garis panduan yang boleh dijadikan asas untuk menerima atau
menolak tuntutan sepencarian ketika perbicaraan harta pusaka dijalankan.
Selalunya apabila tuntutan sepencarian dibangkitkan dalam perbicaraan harta
pusaka di Unit Pembahagian Pusaka, waris-waris akan diminta persetujuan
dengan tuntutan tersebut. Sekirannya bersetuju, pembahagian pusaka
diteruskan. Sekiranya tidak bersetuju, perbicaraan pusaka ditangguhkan dan
pihak yang menuntut diminta membawa tuntutan ke Mahkamah Syariah. Setelah
keputusan mengenai harta sepencarian diperolehi, sekali lagi waris-waris akan
datang ke Unit Pembahagian Pusaka untuk pembahagian.
Adalah mendukacitakan apabila pihak yang menuntut harta sepencarian
mengemukakan perintah membenarkan tuntutan harta sepencarian yang
dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah sedangkan harta pusaka tersebut telah pun
selesai dibahagikan kepada waris-waris di Unit Pembahagian Pusaka . Dalam
keadaan ini, waris diminta memohon satu perintah daripada Mahkamah Tinggi
Sivil membatalkan perintah yang dibuat oleh Pentadbir Tanah untuk dibicarakan
semula. Setelah Mahkamah Tinggi membenarkan, Pentadbir Tanah akan
membicarakan kes tersebut buat kali kedua dengan mengambil kira perintah
harta sepencarian yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah. Apa yang ingin
saya kemukakan disini, dalam kes seperti ini nampaknya tiga agensi yang akan
terlibat dalam satu kes pusaka.
5.3. TIADA PELARASAN PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG
5.3.1. WASIAT
Enakmen wasiat telah digubal bagi membolihkan rujukan dibuat berkaitan hukum
berwasiat. Bagaimana pun hanya tiga buah negeri sahaja yang menggubal
enakmen tersebut iaitu negeri Selangor (Enakmen Wasiat Orang Islam
(Selangor) 1999 – Eankmen No. 4 tahun 1999), negeri Melaka (Enakmen Wasiat
Orang Islam (Melaka) 2005 – Enakmen 4 tahun 2005) dan Negeri Sembilan
(Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan) 2004 – Enakmen 5 tahun
2004.
Masalah berbangkit daripada pemakaian enakmen tersebut ialah
beberapa peruntukan yang ada di dalamnya tidak terdapat di dalam hukum
wasiat mengikut Mazhab Syafie yang diamalkan di negeri-negeri yang tidak
mempunyai enakmen tersebut. Akibatnya sijil faraid yang dikeluarkan oleh negeri
yang mempunyai enakmen wasiat tidak boleh dilaksanakan dinegeri yang tidak
mempunyai enakmen tersebut.
5.3.1.1 SEKSYEN 27
Seksyen 27 Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 memberi
peruntukan kepada ’Wasiat Wajibah’ seperti berikut:
27. (1) Jika seseorang mati tanpa membuat apa-apa wasiat kepada
cucunya daripada anak lelakinya yang telah mati terlebih dahulu
daripadanya atau mati serentak dengannya, maka cucunya itu hendaklah
berhak terhadap satu pertiga wasiat dan, sekiranya cucu itu diberi dengan
kadar yang kurang dari satu pertiga, haknya hendaklah disempurnakan
mengikut kadar wasiat wajibah yang diperuntukkan di bawah seksyen ini.
(2) Kadar wasiat wajibah untuk kanak-kanak yang disebut dalam
subseksyen (1) hendaklah setakat kadar di mana ayahnya berhak
daripada harta pusaka datuknya sekiranya diandaikan ayahnya itu mati
selepas kematian datuknya:
Dengan syarat wasiat itu tidak melebihi satu pertiga daripada harta
pusaka si mati.
Contohnya, jika seorang mati meninggalkan dua anak lelaki dan seorang
anak perempuan yang masih hidup dan ada seorang anak lelaki yang mati
dahulu. Anak yang mati dahulu ada meninggalkan dua orang anak lelaki. Sijil
Faraid yang dikeluarkan mengikut Wasiat Wajibah seperti berikut:
Anak lelaki 1 2/7
Anak lelaki 2 2/7
Anak perempuan 1/7
Cucu lelaki 1 1/7
Cucu lelaki 2 1/7
Kedua-dua cucu lelaki daripada anak lelaki yang mati dahulu mendapat
pusaka seperti mana diperuntukkan di bawah seksyen 27 (2) Enakmen tersebut.
Kekeliruan di kalangan masyarakat akan berlaku apabila Sijil Faraid tersebut
dibawa untuk penyelesaian pusaka ke negeri yang tidak mempunyai enakmen
tersebut kerana Hukum Faraid mengikut mazhab Syafie yang diamalkan di
negara ini mengikut kitab-kitab fikah adalah seperti berikut:
Anak lelaki 1 2/5
Anak lelaki 2 2/5
Anak perempuan 1/5
Cucu lelaki 1 0
Cucu lelaki 2 0
Cucu lelaki tidak mendapat apa-apa kerana terdinding oleh anak lelaki.
Akibatnya menampakkan seolah-olah pembahagian ke atas harta pusaka orang
Islam tidak selaras dan masyarakat akan menjadi keliru.
5.3.1.2. SEKSYEN 26 (2)
Seksyen 26 (2) pula memperuntukkan seperti berikut:
(1) Jika sesuatu wasiat dibuat kepada seseorang yang bukan waris
atas kadar yang tidak melebihi satu pertiga daripada harta pusaka
pewasiat selepas diselesaikan segala hutangnya, wasiat tersebut
hendaklah berkuat kuasa tanpa perlu mendapat apa-apa
persetujuan wairs-warisnya.
(2) Sesuatu wasiat yang dibuat kepada seseorang waris atas kadar
yang melebihi satu pertiga, hendaklah tidak berkuat kuasa
sehingga diberi persetujuan oleh waris-warisnya selepas kematian
pewasiat.
Apa yang dapat ditafsirkan daripada peruntukan seksyen 26 (2) di atas
ialah boleh berwasiat kepada waris yang berhak menerima pusaka tidak melebihi
1/3 daripada harta, dan sekiranya lebih daripada 1/3 hendaklah mendapat
persetujuan daripada semua waris-waris.
Peruntukan ini saya kira agak bertentangan dengan hukum wasiat yang
diamalkan mengikut kitab-kitab fikah mazhab Syafie yang berpandukan kepada
sebuah hadis yang berbunyi:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada setiap
orang yang berhak itu hak masing-masing, kerana itu tiada wasiat
kepada waris yang berhak.3
Kemungkinan berlaku kesilapan atau ketinggalan dua perkataan ketika
enakmen tersebut disediakan iaitu mungkin ayat yang sebenarnya seperti
berikut:
(2) Sesuatu wasiat yang dibuat kepada seseorang yang bukan waris
atas kadar yang melebihi satu pertiga, hendaklah tidak berkuat kuasa
sehingga diberi persetujuan oleh waris-warisnya selepas kematian
pewasiat.
Jika benar berlaku kesilapan, maka ayat tersebut perlu dibaiki segara dan
sesuailah dengan hukum wasiat yang diamalkan mengikut mazhab Syafie.
Sekiranya tidak berlaku kesilapan dan sememangnya diperuntukkan begitu, akan
timbullah konflik dalam melaksanakan wasiat yang dibuat oleh seseorang antara
negeri yang mempunyai enakmen wasiat dengan negeri-negeri lain atau antara
tuan guru yang mengajar hukum wasiat di masjid dan sebagainya dengan
amalan mengikut undang-undang yang diguna pakai di Mahkamah Syariah.
5.3.2. ANGGAPAN KEMATIAN
Setiap permohonan untuk membahagikan harta pusaka hendaklah disertakan
dengan bukti kematian. Bukti bagi kematian hakiki ialah sijil kematian manakala
bukti kematian bagi seseorang yang hilang (Mafqud) ialah satu perintah yang
dikeluarkan oleh mahkamah menganggap seseorang yang hilang itu telah mati
dan dikenali sebagai ‘Perintah Anggapan Kematian’.
Unit Pembahagian Pusaka dalam menyelesaikan harta orang Islam yang
hilang akan hanya menerima anggapan kematian yang dikeluarkan oleh
Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 108 Akta Keterangan 1950 (disemak
1971). Akta ini memperuntukkan bahawa seseorang itu boleh dianggap sebagai
mati setelah tidak didengar berita tentang diri orang yang hilang itu selama tujuh
tahun oleh orang yang sepatutnya mendengar khabar beritanya sekiranya dia
masih hidup.
Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri juga ada memperuntukkan
tentang anggapan kematian seperti Seksyen 53, Akta Undang-Undang Keluarga
Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan Kaedah-Kaedah 1987, Seksyen 50,
Enakmen Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam Terengganu 1985, dan
Seksyen 41, Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan 1983.
Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan memperuntukkan
tempoh minimum seseorang itu boleh memohon anggapan kematian hanya
setelah 4 tahun kehilangannya sementara negeri Terengganu dan Kelantan
memberi tempoh minimum 7 tahun.
Apa yang menjadi persoalan, anggapan kematian yang dikeluarkan oleh
hakim Mahkamah Syariah di bawah Undang-undang Keluarga Islam adalah bagi
maksud membolehkan isteri orang yang hilang itu berkahwin lain. Bahkan
Undang-Undang Keluarga Islam ini memasukkan peruntukan mengetepikan
perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Sivil. Dengan kata lain hanya
anggapan kematian yang dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Syariah sahaja
yang diterima pakai oleh kadi untuk membolehkan isteri orang hilang berkahwin
lain tetapi tidak bagi maksud pembahagian pusaka.
Sebagai contoh, Seksyen 53, Akta Undang-undang Keluarga Islam
(Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan:
53. (1) Jika suami seseorang perempuan telah mati, dipercayai
telah mati, atau telah tidak didapati apa-apa perkhabaran
mengenainya selama tempoh empat tahun atau lebih, dan hal
keadaan adalah sebegitu hingga dia patut, bagi maksud
membolehkan perempuan itu berkahwin semula, dianggap
mengikut hukum syarak sebagai telah mati, tetapi perakuan
kematian di bawah Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan
Kematian 1957 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, atau
Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian bagi Wilayah
Persekutuan Labuan, tidak dapat diperoleh, Mahkamah boleh,
atas permohonan perempuan itu dan selepas apa-apa
penyiasatan yang wajar, mengeluarkan, dalam borang yang
ditetapkan, suatu perakuan menganggap suami itu telah mati,
dan kemudian daripada itu perempuan itu adalah bebas
berkahwin semula mengikut Akta ini.
(2)
(3) Dalam hal keadaan yang disebut dalam subseksyen (1),
seseorang perempuan adalah tidak berhak berkahwin semula
tanpa suatu perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen
(1) walaupun Mahkamah Tinggi mungkin telah memberi
kebenaran menganggap suami itu telah mati.4
Soalnya apakah anggapan kematian yang dikeluarkan oleh Mahkamah
Syariah tidak boleh digunakan sebagai bukti kematian bagi maksud
pembahagian harta pusaka seorang Islam dan anggapan kematian yang
dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Sivil tidak boleh digunakan bagi maksud
perkahwinan. Jika tidak boleh digunakan bermakna bagi seorang yang hilang itu
perlu mendapat dua anggapan kematian. Satu, anggapan kematian yang
dipohon oleh isteri orang yang hilang kepada Mahkamah Syariah bagi
membolehkannya berkahwin lagi. Dua, anggapan kematian yang dipohon oleh
isteri atau waris-waris orang yang hilang itu kepada Mahkamah Tinggi Sivil bagi
membolehkan mereka membahagikan harta pusaka orang yang hilang itu.
Apa pun peruntukan dalam undang-undang, apabila seseorang itu
dihukumkan telah mati (dianggap mati), ia sepatutnya merangkumi kedua-dua
aspek perkahwinan dan pusaka, kerana apabila seseorang itu meninggal dunia,
secara automatik terputuslah hubungan perkahwinannya dan serentak dengan
itu hartanya terus menjadi harta pusaka. 5
5.3. SEKATAN PEMILIKAN KE ATAS TANAH OLEH UNDANG-UNDANG
Di bawah Perkara 76(4) Perlembagaan Persekutuan, Parlimen telah meluluskan
satu akta yang dinamakan Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok)
Tahun 1960, Akta no. 13 Tahun 1960 (GSA). Tanah yang terlibat dengan akta ini
ialah tanah-tanah Rancangan FELDA, FELCRA dan Rancangan Tanah Pinggir.
Masalah yang berbangkit daripada akta ini ialah peruntukan Seksyen 14, Akta
Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) Tahun 1960 (Pindaan) 2002 yang
tidak membenarkan tanah-tanah tersebut dimiliki oleh lebih daripada dua orang
pemilik.
Mengikut Hukum Faraid, setiap harta seseorang yang mati adalah
menjadi harta pusaka. Demikian juga harta seorang peneroka FELDA yang
meninggal dunia. Walaupun hak waris-waris tidak dinafikan untuk mewarisi tanah
rancangan tersebut, undang-undang GSA menegah daripada nama-nama waris
didaftarkan di dalam hakmilik tanah kecuali dua nama sahaja. Apa yang berlaku
dalam pembahagian tanah GSA ketika ini, sekiranya si mati meninggalkan
seorang isteri dan 5 orang anak, dua lelaki dan satu perempuan dan mereka
menuntut bahagian masing-masing mengikut Hukum Faraid, pegawai Unit
Pembahagian Pusaka selaku Pentadbir Tanah akan melantik sekurangkurangnya
seorang ‘pentadbir’ untuk didaftarkan di dalam geran tanah. Tugas
pentadbir ialah menguruskan ladang dan membahagikan hasilnya kepada wariswaris
mengikut faraid atau sebagaimana dipersetujui oleh waris-waris. Mengikut
Hukum Faraid bahagian waris-waris seperti berikut:
8 40 RM5,000
Isteri 1/8 1 5 RM 625
Anak lelaki 1 14 RM1,750
Anak lelaki 2 Asabah 7 14 RM1,750
Anak perempuan 7 RM 875
Sekiranya diandaikan hasil yang diperolehi daripada penjualan buah
kelapa sawit sebanyak RM5,000 sebulan, masing-masing akan memperolehi
bahagian seperti pengiraan di atas.
Masa berlalu dan berlaku kematian kepada anak lelaki pertama yang
meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak, 3 lelaki dan 2 perempuan.
Generasi ketiga ini juga berhak mewarisi harta bapa mereka. Sekiranya dikira
mengikut kaedah Munasakhat, waris-waris yang berhak ke atas tanah FELDA ini
seperti berikut:
96 7
40 3840 RM5,000
Isteri 5 Ibu 32 480+224 RM916.67
Anak lelaki 1 Mati 0 0 0
Anak lelaki 2 14 1344 RM1,750
Anak perempuan 7 672 RM 875
14
192
Isteri 24 168 RM218.75
AL 34 238 RM309.89
AL 34 238 RM309.89
AL 34 238 RM309.89
AP 17 119 RM154.95
AP 17 119 RM154.95
Mengikut pengiraan di atas cucu perempuan peneroka asal berhak
menerima sebanyak RM154.95 setiap orang dan bahagian mereka mesti
diberikan.
Persoalan yang perlu difikirkan bersama sampai bila pentadbir mengurus
dan membahagikan hasil ini kepada waris-waris yang berhak. Bagaimana
sekiranya pentadbir tidak menjalankan tugasnya dengan amanah? Bagaimana
sekiranya waris mati lepas seorang seorang? Dan bagaimana kesudahannya
generasi yang berikutnya.

6. CADANGAN
6.1. Melihat kepada empat institusi yang mempunyai bidangkuasa yang
berkaitan dengan pembahagian harta pusaka telah menyebabkan kekeliruan di
kalangan masyarakat, adalah dicadangkan supaya bidangkuasa empat institusi
ini disatukan dan pengurusan harta pusaka diletakkan di bawah satu bumbung.
Keadaan di mana waris terpaksa berulang alik ke Unit Pembahagian
Pusaka, kemudian ke Mahkamah Syariah dan kemudian kembali semula ke Unit
Pembahagian Pusaka atau adakalanya terpaksa berurusan pula dengan
Mahkamah Tinggi Sivil sepatutnya dapat dielakkan dengan meletakkan
pengurusan harta pusaka di bawah satu pengurusan yang di satukan.
Memandangkan pengurusan harta pusaka orang Islam adalah merupakan
kombinasi dua undang-undang utama iaitu undang-undang tanah dan Hukum
Faraid di samping undang-undang dan hukum syarak sampingan yang lain
seperti Akta Kontrek, Akta Pemegang Amanah , hukum wasiat dan hibah,
sewajarnya satu bentuk institusi yang unik perlu diwujudkan yang mana mampu
menguruskan kesemua permasalahan yang berbangkit berkaitan pembahagian
harta pusaka. Institusi yang dicadangkan ialah sebuah MAHKAMAH PUSAKA.
Mahkamah ini bukan sahaja menyelesaikan harta pusaka orang Islam bahkan
juga pusaka orang bukan Islam. Iaitu satu institusi kehakiman yang
berkemampuan menyelesaikan kes-kes berkaitan undang-undang sivil dan
hukum syarak. Ia merupakan sebuah institusi unik yang melambangkan
perkongsian kuasa antara hakim sivil dan hakim syar’ie.
6.2 Undang-undang utama untuk membahagikan harta pusaka ialah Hukum
Faraid. Tanpa satu statut yang khusus mengenainya boleh membawa kepada
kecelaruan dalam mengguna pakai kaedah pembahagian. Oleh itu dicadangkan
satu Akta Faraid diwujudkan segera untuk panduan semua pihak yang terlibat
dalam urusan pembahagian harta pusaka dan yang pentingnya untuk
mewujudkan keseragaman dalam tindakan.
6.3 Oleh kerana hukum hibah memberi kesan langsung kepada pembahagian
harta pusaka, agar masyarakat tidak terkeliru dan sebagai usaha
menyeragamkan tindakan, samada sesuatu hibah yang dibuat itu sah atau tidak,
adalah dicadangkan satu Akta Hibah digubal segera.
6.4 Harta sepencarian juga mempengaruhi pembahagian pusaka. Bagi
memudahkan urusan tuntutan harta sepencarian, dicadangkan perlu ada satu
peraturan khusus untuk dijadikan panduan oleh semua pihak yang terlibat.
6.4 Wasiat juga mempengaruhi pembahagian pusaka kerana sesuatu harta
pusaka tidak boleh difaraidkan kecuali setelah wasiat si mati dilaksanakan.
Adalah menjadi kesukaran kepada institusi yang terlibat dengan urusan
pembahagian pusaka terutamanya Unit Pembahagian Pusaka dan Mahkamah
Syariah untuk memutuskan hukum wasiat kerana pemakaian Enakmen Wasiat
hanya di tiga buah negeri sahaja. Untuk melambangkan keseragaman tindakan
oleh seluruh umat Islam Akta Wasiat perlu diperkenalkan dan bagi negeri-negeri
pula seharusnya menerima pakai atau mencontohi akta tersebut untuk digubal di
dalam enakmen wasiat masing-masing.
6.5 Wasiat Wajibah tidak popular di kalangan masyarakat Islam di Malaysia
dan mekanisma pelaksanaannya tidak boleh dirujuk di dalam kitab-kitab fikah
mazhab Syafie. Sekiranya dilaksanakan, masyarakat sepatutnya diberi
penjelasan yang sewajarnya dan dibincangkan di mana-mana kerana
pelaksanaannya akan memberi kesan kepada kaedah pembahagian bahkan
berlainan dengan kaedah yang dipelajari selama ini di dalam kitab-kitab faraid.
Saya mencadangkan peruntukan berkaitan wasiat wajibah dikaji semula.
6.6 Seksyen 26 (2), Enakmen Wasiat perlu disemak semula. Jika
digandingkan dengan Seksyen 26 (1), saya percaya terdapat ketinggalan dua
perkataan di dalam ayat tersebut ketika enakmen dicetak.
6.7 Pelarasan perlu dibuat ke atas perintah anggapan kematian yang
dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah dengan memperuntukkan bahawa
anggapan kematian tersebut adalah bagi maksud berkahwin lain dan menuntut
harta pusaka. Dengan peruntukan tersebut membolehkan Unit Pembahagian
Pusaka menerima pakai perintah itu sebagai bukti kematian. Di samping itu
tempoh seseorang itu hilang juga perlu diseragamkan untuk mengelakkan
berlaku kekeliruan ketika melaksanakan hukum syarak.
6.8 Senario pewarisan oleh generasi kedua, ketiga dan seterusnya tanah
peneroka FELDA perlu dibuat kajian. Apakah memadai dengan lantikan
pentadbir atau Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) Tahun 1960
dikaji semula.
1 Al-Zuhayli, Wahbah (Dr.), t.t. Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Juzuk 8, Dar al-Fikr, hlm. 358-359.
2 Mohd Ridzuan bin Awang, Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Harta Dalam Islam,
tajuk: Pengurusan Harta Orang Islam Di Malaysia: Isu Undang-undang Dan Penyelesaian, hlm.
437.
3 Al-Husaini, al-Imam Taqiuddin Abi Bakr bin Muhammad, t.t.Kifayah al-Akhyar. Juzuk 2,
Beirut : Dar al- Fikr, hlm. 17.
4 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan Kaedah-Kaedah 1987,
Seksyen 53.
5 Wan Abdul Halim bin Wan harun, Pengurusan Dan Pembahagian Harta Pusaka, 2006, Dewan
Bahasa Dan Pustaka, hlm. 32-34.

MAHAR ( MAS KAHWIN ) MENURUT PERSEPEKTIF ISLAM

1. Definisi Mahar
Mahar berasal daripada perkataan Arab. Di dalam al-Quran istilah mahar disebut
dengan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd.
Menurut istilah syara’ mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh
suami kepada isteri dengan sebab pernikahan.
Mengikut Tafsiran Akta Undang-Undang Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan )
1984 menyatakan “ mas kahwin “ bererti pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar
di bawah Hukum Syara’ oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan
diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai
hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang, menurut Hukum Syara’,
dapat dinilai dengan wang.
Terdapat banyak dalil yang mewajibkan mahar kepada isteri antaranya firman
Allah dalam surah al-Nisa’ ayat 4 :
“ Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan ( isteri ) akan mas kahwin mereka itu
sebagai pemberian ( yang wajib ). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu
sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah ( gunakanlah ) pemberian tersebut sebagai
nikmat yang baik lagi lazat “
Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Nisa ayat 24:
“ Mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya ( setelah dia
menjadi isteri kamu ) maka berikanlah mereka maharnya ( ajr ) sebagai satu ketetepan yang
difardhu ( diwajibkan oleh Allah Taala )”
Pemberian mahar suami sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri.
Selain itu ianya mencerminkan kasih sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri
serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumah tangga dan keluarga. Ia juga
merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri.
Walau bagaimanapun mahar tidaklah termasuk di antara rukun-rukun nikah atau
syarat sahnya sesuatu pernikahan. Sekiranya pasangan bersetuju bernikah tanpa
menentukan jumlah mahar, pernikahan tersebut tetap sah tetapi suami diwajibkan
membayar mahar misil ( yang sepadan ). Ini berdasarkan satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. di mana seorang perempuan telah berkahwin tanpa disebutkan
maharnya. Tidak lama kemudian suaminya meninggal dunia sebelum sempat bersama
dengannya ( melakukan persetubuhan ) lalu Rasulullah mengeluarkan hukum supaya
perempuan tersebut diberikan mahar misil untuknya.

2. Pemberian Mahar
Memberi mahar kepada isteri hukumnya wajib. Menurut Abu Hanifah, isteri
berhak mendapat mahar apabila akad nikahnya sah. Manakala dalam mazhab Syafi’e
pula diwajibkan mahar bukan disebabkan akad nikah yang sah sahaja tetapi juga
dengan persetubuhan. Sekiranya akad nikah tersebut fasid ( tidak sah ), suami tidak
wajib memberi mahar kepada isteri melainkan setelah berlakunya persetubuhan.

3. Mas Kahwin Dan Pemberian Menurut Peruntukan Undang-Undang Keluarga
Islam
Mengikut peruntukan seksyen 21 ( 1 ) dan ( 2 ) dalam Akta Undang-Undang
Keluarga Islam ( Wilayah Persekutuan ) 1984 ( Akta 303 ) berbunyi seperti berikut :
(1) Mas kahwin hendaklah biasanya dibayar oleh pihak lelaki atau wakilnya
kepada pihak perempuan atau wakilnya di hadapan orang yang mengakadnikahkan
perkahwinan itu dan sekurang-kurangnya dua orang saksi lain.
(2) Pendaftar hendaklah, mengenai tiap-tiap perkahwinan yang hendak
didaftarkan olehnya, menentu dan merekodkan :-
a) nilai dan butir-butir lain mas kahwin;
b) nilai dan butir-butir lain pemberian;
c) nilai dan butir-butir lain apa-apa bahagian mas kahwin atau pemberian
atau kedua-duanya yang telah dijanjikan tetapi tidak dijelaskan pada
masa akadnikah itu, dan tarikh yang dijanjikan untuk penjelasan; dan
d) butir-butir cagaran yang diberi bagi menjelaskan mas kahwin atau
pemberian.

4. Kadar Mahar
Islam tidak menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima dalam
menentukan mahar bagi seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan
semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian, Islam
menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu
tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Rasulullah s.a.w. menggalakkan kita agar
mempermudahkan mahar sebagaimana dalam sabdanya :
" اعظم النساء برآة أيسرهن مؤنة "
Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah ( rendah ) tentang
perbelanjaan ( mahar ).
( Riwayat Ahmad dan al-Hakim )
Walau bagaimanapun suami boleh memberikan mahar yang tinggi kepada isteri
berdasarkan kepada ayat al-Quran dalam surah al-Nisa’ ayat 20 :
“ Kamu telah memberikan kepada salah seorang daripada mereka harta yang banyak “
Di Malaysia pemberian mahar diberikan oleh suami kepada isteri dalam bentuk
wang ringgit yang kadarnya berbeza dari satu negeri dengan negeri yang lain.

5. Jenis Mahar
a. Mahar Musamma
Mahar yang disebut dengan jelas jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah
seperti yang diamalkan dalam perkahwinan masyarakat kita pada hari ini.
Ulama’ telah bersepakat bahawa mahar musamma wajib dibayar oleh suami
apabila berlaku salah satu daripada perkara-perkara berikut :-
1) Berlakunya persetubuhan di antara suami isteri.
2) Kematian salah seorang di antara mereka sama ada suami atau isteri.
b. Mahar Misil ( mahar yang sepadan )
Mahar yang tidak disebut jumlah dan jenisnya dalam suatu akad nikah.
Sekiranya berlaku keadaan ini, mahar tersebut hendaklah diqiaskan ( disamakan )
dengan mahar perempuan yang setaraf dengannya di kalangan keluarganya sendiri
seperti adik beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau ibu saudaranya.
Sekiranya tiada, maka diqiaskan pula dengan mahar perempuan-perempuan lain yang
setaraf dengannya dari segi kedudukan dalam masyarakat dan sekiranya tiada juga,
terpulang kepada suami berdasarkan kepada adat dan tradisi setempat.
Selain daripada itu terdapat perkara-perkara lain yang perlu diambil kira dalam
menentukan mahar misil iaitu dari sudut rupa paras, kekayaan, keadaan setempat,
keagamaan , ketakwaan, keilmuan, kecerdasan fikiran , keluhuran budi serta status
perempuan tersebut sama ada gadis atau janda dan perkara-perkara yang boleh
dijadikan penilaian. Ini kerana kadar mahar berbeza dengan berbezanya sifat-sifat
di atas.

6. Mendapat Separuh Mahar Atau Tidak Berhak Mendapat Langsung
Sebagaimana yang kita sedia maklumi , apabila berlakunya suatu akad nikah
yang sah, maka wajib bagi suami membayar mahar kepada isteri sama ada berupa
mahar musamma atau pun mahar misil kerana ia merupakan hak isteri.
Walau bagaimanapun terdapat keadaan yang menyebabkan isteri hanya berhak
mendapat separuh sahaja daripada mahar tersebut atau pun tidak mendapat apa -apa
mahar langsung daripada suami iaitu :-
a) Isteri hanya mendapat separuh sahaja daripada mahar apabila
berlakunya perceraian sebelum persetubuhan. Ini berdasarkan kepada firman Allah
Taala dalam surah al-Baqarah ayat 237 :
“ Dan jikalau kamu menceraikan mereka itu ( isteri-isteri ) sebelum kamu menyetubuhi
mereka walhal kamu telah menetapkan mahar kepada mereka, maka diwajibkan ( bayarannya )
separuh daripada yang kamu tetapkan kecuali jika mereka sendiri memaafkan atau orang yang
mempunyai kuasa perwalian memaafkannya “
Ayat di atas menyatakan bahawa sekiranya mahar isteri telah disebutkan ketika
akad nikah dan berlakunya penceraian sebelum persetubuhan, maka suami hanya wajib
membayar separuh sahaja daripada mahar tersebut. Tetapi sekiranya mahar tidak
disebut ketika akad nikah, suami wajib membayar mahar misil kepada isteri.
Menurut pendapat Imam Syafi’e dan Imam Malik sekiranya berlaku perceraian
sebelum persetubuhan, suami hanya wajib membayar separuh sahaja mahar kepada
isteri sama ada mahar tersebut disebut semasa akad nikah atau sebaliknya.
b) Isteri tidak berhak langsung untuk mendapat pemberian mahar daripada
suami apabila berlakunya perceraian disebabkan fasakh ( dari pihak isteri ) sebelum
berlakunya persetubuhan.

7. Kesimpulan
Mahar adalah hak isteri yang diberikan oleh suami dengan hati yang tulus ikhlas
tanpa mengharapkan balasan sebagai pernyataan kasih sayang dan tanggungjawab
suami atas kesejahteraan rumah tangga. Ianya bertujuan untuk menggembira dan
menyenangkan hati isteri agar isteri merasa dihargai dan bersedia untuk menjalani
kehidupan bersama suami. Mahar adalah menjadi hak milik isteri. Sekiranya ia tidak disebut sekalipun .Para mujtahidin telah sepakat mengatakan bahawa tidak kadar dan had yang
tertentu dalam meletakkan kadar mahar yang paling maksima. Terdapat satu peristiwa
yang berlaku yang berlaku di zaman Umar al Khattab (r.a) di mana beliau melarang
orang ramai dari meninggikan kadar mahar iaitu tidak boleh lebih daripada empat
dirham katanya, “ Janganlah kamu meninggikan mahar perempuan kerana jikalau
dia dimuliakan di dunia, atau mahu bertaqwa kepada Allah, maka yang lebih utama ialah contoh daripada Rasulullah yang tidak menetapkan mahar kepada isterinya mahu
pun bagi puteri-puterinya melebihi dua belas auqiah. Oleh sebab itu sesiapa yang
melebihi daripada 440 dirham walaupun lebihannya sedikit maka yang itu dimasukkan
ke dalam Baitulmal “. Lantas seorang perempuan Quraisy membantah sambil
berkata : “ Allah telah berfirman di dalam al-Quran :
Terjemahan : “ Apabila kamu telah memberikan kepada mereka itu ( isteri ) sepikul
mahar, maka jangan kamu ambil walupu sedikit daripada mahar itu “
( surah al Nisa : 20 )

FARAQ DALAM PERKAHWINAN

1.0 PENGERTIAN:
Faraq berasal daripada perkataan faraqa dan masdarnya ialah tafriq yang
bermaksud perkahwinan yang dipisahkan/dibubarkan. Pada sudut istilah faraq
yang digunakan di dalam kitab-kitab fiqh membawa maksud pemisahan atau
pembubaran bagi perkahwinan samada melalui talak atau selainnya. Namun di
dalam sistem perundangan Islam di Malaysia perkataan faraq/istilah faraq
digunakan bagi merujuk kepada sesuatu pembubaran perkahwinan bukan
melalui talak.

2.0 ASAS AMBILAN HUKUM
Faraq banyak disebut dalam kitab fiqh selalunya ia dikaitkan dengan kesan
daripada perkahwinan yang tidak sah. Faraq dibezakan dari talak raj’ie yang
biasa melihat kepada pembubaran perkahwinan melalui talak adalah disebabkan
oleh kerana tidak ada persefahaman dan sebagainya sedangkan faraq
disebabkan oleh rukun perkahwinan itu sendiri yang tidak sah. Dalam hal faraq
hanya mahkamah yang boleh menentukan kesahihan suatu perkahwinan.
Justeru perintah faraq juga hanya boleh dikeluarkan oleh mahkamah apabila
terbukti sesuatu perkahwinan itu tidak sah. Apa yang dimaksudkan dengan
akad nikah yang tidak sah ialah nikah yang tiada/hilang salah satu syarat atau
tiada kebanyakan daripada syarat sah nikah.

3.0 HUKUM-HUKUM PERKAHWINAN
Sebelum dibincang lanjut mengenai faraq perlu difahami terlebih dahulu hukumhukum
bagi suatu perkahwinan yang terbit daripada akad nikah yang lazim
dan tak lazim. Secara umumnya hukum bagi perkahwinan boleh dikategorikan
kepada dua iaitu samada perkahwinan yang sah atau tidak sah. Walaupun
begitu terdapat sesetengah ulamak seperi Ulamak Hanafi yang membezakan di
antara perkahwinan yang bathil dan yang fasid. Namun di dalam kertas ini
hanya membincangkan secara umum sahaja iaitu perkahwinan yang sah dan
tidak sah.
3.1 Perkahwinan yang sah
Perkahwinan yang sah adalah perkahwinan yang memenuhi segala rukun
dan syarat perkahwinan. Bagi perkahwinan yang sah ia mempunyai
2
kesan bagi semua perkara yang berkaitan dengan suami isteri seperti mas
kahwin (mahar), nafkah untuk isteri, nasb terhadap anak yang dilahirkan
juga mempunyai kesan terhadap pengharaman persemendaan
(pengharaman berkahwin disebabkan wujud kaitan perkahwinan).
3.2 Perkahwinan yang tidak sah/fasid (perkahwinan yang bathil pada
pandangan Abu hanifah)
3.2.1 Bagi perkahwinan fasid ini Imam Abu Hanifah, Imam Abu Yusuf
dan Imam Muhammad mengatakan bahawa perkahwinan yang bathil
tidak mempunyai kesan undang-undang sebagaimana yang berlaku ke
atas perkahwinan yang sah. Oleh itu tidak halal bagi suami melakukan
persetubuhan dengan perempuan yang dikahwininya. Dari segi yang lain
pula perempuan yang dikahwini tidak berhak mendapat nafkah dan
mahar juga tidak diwajibkan bereddah. Selain itu isteri tersebut juga tidak
terlibat dengan pegharaman musoharah (pengharaman berkahwin
disebabkan wujud kaitan perkahwinan) dengan mana-mana lelaki dari
kalangan keluarga suami. Sekiranya persetubuhan telah berlaku, qadi
hendaklah memfaraqkan mereka secara paksa. Perpisahan yang berlaku
bagi perkahwinan yang bathil tidak dikenakan eddah menurut Imam Abu
Hanifah.
3.2.2 Bagi Ulamak Maliki perkahwinan yang perlu difaraqkan adalah
tidak kira perkahwinan itu bathil atau fasid kerana Ulamak Maliki tidak
membezakan di antara perkahwinan yang fasid dengan yang batil.
Ulamak Maliki menyatakan beberapa hukum yang terbit daripada
perkahwinan yang fasid atau bathil antaranya ialah:
1. Haram dan diwajibkan faraq dengan serta merta. Tujuan faraq di
sini adalah untuk menghalang daripada berlanjutannya maksiat
yang mereka lakukan. Kedudukan faraq sebelum persetubuhan di
sini adalah berbeza dengan talak biasa sebelum persetubuhan yang
mana faraq sebelum berlaku persetubuhan adalah terlepas daripada
bayaran mahar.
2. Diwajibkan membayar mahar dengan berlakunya persetubuhan
3. Sekiranya akad itu dipertikaikan atau disepakati tentang fasadnya
maka anak yang dilahir hasil daripada aqad tersebut tetap
dinasabkan kepada bapanya. Persebuhan yang berlaku antara
3
mereka berdua tidak dianggap zina dengan syarat pihak suami
tidak menyedari bahawa persetubuhan itu adalah haram.
Sebaliknya jika suami menyedari tentang haramnya persetubuhan
tersebutmaka perbuatannya dianggap zina dan dikenakan
hukuman had. Anak yang dilahirkan hasil daripada persetubuhan
itu juga tidak dinasabkan kepada suami tersebut.
4. Bagi aqad fasid yang dipertikaikan ia masih memberi kesan
undang-undang yang berkaitan dengan hak warisan antara suami
isteri. Sekiranya salah seorang daripada mereka meninggal dunia
sebelum difaraqkan maka pasangan yang masih hidup berhak
mewarisi harta pasangannya tanpa mengambilkira persetubuhan
telah berlaku ataupun belum. Walau bagaimanapun bagi
perkahwinan yang telah disepakati fasidnya hak warisan tidak
wujud sama sekali.
5. Sabit pengharaman persemendaan bila berlaku persetubuhan atau
muqaddimah persetubuhan tanpa mengira perkahwinan itu
disepakati fasid atau dipertikaikan.
6. Perempuan yang difaraqkan dan telah disetubuhi oleh suaminya
diwajibkan bereddah sekiranya ingin berkahwin dengan lelaki lain
tetapi tidak jika dengan lelaki yang sama.

4.0 PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG
Melalui peruntukan seksyen 10 Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga
Islam Negeri terengganu 1985 memperuntukkan bahawa sesuatu perkahwinan
adalah tak sah melainkan jika cukup semua syarat yang perlu mengikut hukum
syarak untuk menjadikannya sah.
Sekiranya sesuatu pernikahan itu ternyata fasid atau batal seperti tersilap
wali, tidak menepati rukun nikah atau sebagainya maka sesuatu perkahwinan
itu boleh dimohon untuk dibubarkan dan pasangan suami isteri tersebut
difaraqkan.
Permohonan untuk memfaraqkan sesuatu perkahwinan yang tidak sah
boleh dibuat oleh pasangan tersebut iaitu sama ada isteri atau suami, ibu bapa
atau penjaga atau juga pejabat agama yang menyedari kesilapan atau kekhilafan
yang berlaku. Beberapa perkara yang perlu disertakan semasa permohonan
faraq sesuatu perkahwinan di Mahkamah Syariah ialah:
4
1. Permohonan
2. Afidavit sokongan
3. Salinan kad pengenalan
4. Sijil nikah
5. Surat pengesahan perkahwinan

5.0 KES-KES FARAQ
Kebiasaannya pembubaran perkahwinan secara faraq yang berlaku di
Malaysia adalah disebabkan oleh keraguan pada wali atau saksi.
Kebanyakan kes faraq nikah juga adalah disebabkan oleh perkahwinan
tanpa kebenaran wali/perkahwinan luar negara atau lebih tepat lagi
perkahwinan sindiket.
5.1 Contoh kes pertama
Satu kes faraq nikah yang berlaku di Terengganu, Kes Hashim Bin
Mohamad lwn Syed Yusof Bin Syed Mohamad dan Suryani Bt hashim
yang mana seorang bapa telah memohon daripada mahkamah untuk
memfaraqkan perkahwinan anak perempuannya yang dijalankan di
Thailand. Hakim bicara dalam kes tersebut telah memutuskan beberapa
perkara iaitu:
1. Sabit akad nikah perkahwinan antara lelaki dan perempuan sebagai
akad nikah bagi perkahwinan yang fasid kerana wali yang digunakan
dalam perkahwinan adalah wali am dan bukannya seseorang yang
diistikhlafkan sebagai wali hakim.
2. Mahkamah tidak dapat memberikan pengiktirafan undang-undang
terhadap akad nikah pasangan tersebut.
3. Sabit persetubuhan yang telah berlaku sebelum ini sebagai
persetubuhan syubhat
Oleh kerana pernikahan itu adalah fasid maka mahkamah mengarahkan
kedua-dua pasangan suami dan isteri itu difaraqkan.
5.2 Contoh kes kedua
Kes yang berlaku di Johor baru-baru ini adalah satu kes yang jarangjarang
berlaku di Malaysia. Dalam kes tersebut sepasang suami isteri,
Muhammad Nazirul Azman Nasaruddin dan Zanariah Abdullah telah
diarahkan berpisah setelah pejabat agama mengesahkan pernikahn
mereka tidak sah. Perkahwinan kedua-duanya tidak sah kerana
pernikahan yang didlangsungkan menggunakan wali hakim sedangkan
adik lelaki Zanariah, Mohd Shafiq yang ketika itu berusia 19 tahun layak
menjadi wali. Permohonan faraq nikah pasangan tersebut yang dibuat
oleh jabatan agama seterusnya diterima oleh mahkamah apabila
mahkamah memutuskan pasangan berpisah secara faraq dan boleh
bernikah semula pada bila-bila masa.
6. KEDUDUKAN EDDAH ISTERI YANG DIFARAQ
Kes faraq adalah berbeza dengan penceraian secara talak rajie. Bagi talak rajie,
perempuan yang diceraikan perlu menunggu sehingga habis eddah iaitu tiga
kali suci sebelum dibenarkan berkahwin dengan orang lain. Dalam perkahwinan
yang dibubarkan secara faraq pula, pasangan boleh melalui proses pernikahan
semula tanpa perlu menunggu tiga kali suci. Bagaimanapun jika pengantin
perempuan memilih untuk mengahwini orang lain, mereka perlu menunggu
hingga habis eddahnya. Tempoh yang diambil untuk berkahwin semula pula
bergantung kepada proses perkahwinan yang dilakukan.
7. PENUTUP
Perlu diingatkan bahawa hal-hal yang berkaitan dengan rukun nikah adalah
sesuatu yang tidak harus dipandang remeh dan ia juga bukanlah suatu perkara
yang boleh dimain-mainkan. Selain itu sah atau tidak sesuatu perkahwinan juga
memberi kesan kepada zuriat yang bakal dilahirkan. Justeru faraq adalah satu
jalan penyelesaian yang ditentukan syarak bagi perkahwinan yang meragukan
agar maksiat yang berlaku hasil perkahwinan yang meragukan tidak terus
berlanjutan.
Rujukan:
Abdul Karim Zaidan. 2000. Al Mufassol Fi Ahkam Al Mar’ah Wa Baitul Muslim.
Muassasah risalah: Beirut.
Utusan Malaysia. Selasa. 21 Februari 2006
Wahbah Al-Zuhaily. 2001. Fiqh dan Perundangan Islam, Jilid 7. Terjemahan
Ahmad Shahbari Salamon. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur

KEPENTINGAN AL-QURAN

Pentingnya al-quran bagi setiap juslim tidak dapat dinafikan, kerana alquran merupakan sumber utama bagi individu muslim untuk mebdapat keberkatan dan pengajaran tentang hukum-hukum allah, sama ada yang berkaitan dengan aqidah, syariat atau akhlak.

Sesungguhnya al-quran termasuk dalam rukun iman yang wajib dipercayai kebenarannya dan dipelajari isi kandungannya, akan tetapi akhir-akhir ini perhatian terhadap pengajaran al-quran di abaikan dan penglibatan orng islam terhadapnya merosot. Natijah dari ini maka banyaklah keluhan dan rungutan serta rintihan daripada masyarakat islam kerana kewujudan bilangan anak-anak muda yang tidak mampu membaca al-quran dan jauh sekali daripada memahami akan kandungan al-quran.

Membaca al-quran itu satu ibadah, disamping itu ada ibadat lain yang memerlukan bacaan al-quran iaitu solat. Jadi anak-anak yang diajar membaca al-quran bukanlah sia-sia, sebaliknya ia boleh membacanya semasa menunaikan solat setiap hari dan kadar yang paling minimum ialah membaca surah al-fatihah.

Kelebihan menguasai bacaan al-quran

Sebagai orang islam membaca dan mengkaji al-quran merupakan salah satu tanggungjawab dalam menjalani keidupan seharian untuk lebih sempurna keislaman dan keimanannya terhadap allah s.w.t. membaca al-quran yang sebenarnya ialah mengenal huruf dan boleh membaca dengan betul mengikut hukum tajwid, betuk dan fasih serta mengikut nada suara yang sesuai mengikut lagiu al-quran seterusnya emahami maknandan maksud ayat(terjamahan dan tafsiran ayat). Konsep belajar al-quran juga tidak terpisah daripada menghafaz ayat-ayat dan memahami makna dan maksud amalan dan wirid harian.

Kitab suci al-quran bukan sahaja mempunyai pelbagai keistimewaan sebagai petunjuk, rahmat dan penawar bagi segala penyakit bahkan membacanya juga adalah ibadah dan akan mendapat pahala daripada allah melalui sabda rasulullah s.a.w.yang bermaksud :

“ sesiapa membaca satu huruf daripada kitab allah (al-quran) maka dia akan mendapat pahala satu amal kebajikan dan pahala satu amal kebajikan digandakan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan bahawa alif lam mim itu satu huruf tetapi alif adalah satu huruf, lam adalah satu huruf, mim juga adalah satu huruf’’ (hadith riwayat tirmizi)

Selain daripada membaca, mendengar orang membaca al-quran juga satu ibadah dan beroleh pahala sebagaimana sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

‘’ barangsiapa yang mendengar satu ayat dari kitab allah maka dituliskan baginya satu kebajikan yang berlipat ganda dan barangsiapa yang membacanya baginya cahaya pada hari kiamat’’
(hadith riwayat ibnu hibban)

Daripada ka’ab bin malik r.a.meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud :

‘’ orang mukmin yang membca al-quran dan mengamalkan isinya ibarat buah limau manis, rasanya sedap dan berbau harum. Sedangkan orang mukmin yang tidak membaca al- quran tetapi mengamalkan isinya ibarat buah kurma, rasanya sedap dan manis tetapi tidak berbau. Perumpamaan orang munafik yang membaca al-quran ibarat minyak wangi yang berbau harum tetapi rasanya pahit. Manakala orangmunafik yang tidak membaca al-quran ibarat buah khanzalah yang rasanya pahit dan berbau busuk’’
(hadith riwayat al-bukhari, muslim, ahmad dan lain-lain)

Dan rumahtangga yang tidak membaca al-quran, rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :

‘’ perbanyakkan membaca al-quran di rumah-rumah kamu kerana sesungguhnya rumah didalamnya tidak dibaca al-quran itu sedikit kebaikannya, banyak kejelikannya dan menyempitkan atas yang mendiaminya’’
(hadith riwayat ad-daruquthni)

Minat untuk membaca al-quran mestilah dipupuk dari kecil atau sekolah renadah lagi. Peranan ibu bapa amat penting dalam memupuk sikap minat membaca al-quran ke atas diri anak-anak. Jika tiada galakan, maka anak-anak itu tidak akan wujud minat untuk mempelajari kemahiran membaca. Selain itu, contoh teladan yang baik perly ditunjukkan oleh keduaa ibu bapa untuk menarik minat membaca al-quran. Ibu bapa perlu mengamalkan membaca al-quran di rumah supaya menjadi tarikan dan contoh kepada anak-anak. Sebagai contohnya ibu bapa tidak sembahyang maka anak-anaknya pasti tidak sembahyang, sama juga dengan membaca al-quran. Jika minat membaca al-quran sudah ditanam di rumah, maka di sekolah pelajar tersebut tidak akan menghadapi masalah untuk belajar dan menguasai kemahiran membaca al-quran.

Menurut kajian salmah abol (2002) terhadap penguasaan bacaan al-quran di kalangan guru pelatih maktab peerguruan tuanku bainun, bukit mertajam, mendapati penguasaan guru pelatih dalam peringkat asas adalah sederhana dan baik. Walaubagaimanapun pada peringkat yang lebih tinggi adalah lemah.

SEJARAH AL-QURAN


1. Tulisan Arab

Nabi Muhammad s.a.w. telah diutuskan kepada satu umat yang kebanyakannya buta
huruf (tidak boleh membaca dan menulis), tidak boleh mengira bahkan hampir tidak boleh
mengenal sesuatu bentuk tulisan. Antara yang boleh menulis sebelum kebangkitan Nabi
Muhammad s.a.w. sebagai Rasul ialah Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Uthman binAffan, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, Abu Sufyan bin Harb, Mu'awiyah bin AbiSufian, Abban bin Said dan al-'Ala' bin al-Hadrami. Semuanya dari kalangan penduduk Mekahal-Mukarramah manakala dari kalangan penduduk Madinah pula ialah Amru bin Said, Ubai binKa' ab, Zaid bin Thabit dan al-Munzir bin Amru.
Setelah Rasululah s.a.w. berhijrah ke Madinah, Baginda telah menggalakkan penulisan
dan mendorong agar umat Islam belajar menulis sehingga mensyaratkan setiap orang tawanan.Perang Badar dari kalangan orang Quraisy Mekah yang ingin dibebaskan hendaklah terlebih dahulu mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam di Madinah. Melalui usaha ini, Baginda mengharapkan berlakunya pertambahan jumlah penulis di kalangan masyarakat Islam. Akhimya Rasulullah s.a.w. mempunyai lebih daripada 40 orang penulis (kebanyakannya penulis wahyu) sebelum al-Quran sempurna diturunkan kepada Baginda.

2. Tulisan dan Penulisan AI-Quran
Menurut Bahasa Arab, perkataan khat ( خط ) bererti garis memanjang pada sesuatu perkara
dan juga cara yang paling mudah untuk menulis, dengan menggunakan peralatan seperti pen,
qalam dan sebagainya. Terdapat perbezaan di antara khat atau tulisan dan rasm. Khat adalah berhubung dengan
pembentukan huruf manakala ras m adalah mengenai pembentukan perkataan menerusi hurufhuruf Hijaiyyah. Khat yang dipelajari oleh Harb bin Umayyah dan mengajarkannya kepada orang-orang
Quraisy ialah khat al-Anbari al-Hairi. Apabila khat ini diperkenalkan ke Hijaz, ia dinamakan
dengan khat al-Hijazi. Bentuk khat inilah yang telah digunakan oleh para penulis surat, syair dan lain-lainnya.
Sehinggalah kedatangan Islam, bentuk khat tersebut telah digunakan dalam penulisan wahyu
hinggalah ia digunakan pada Suhuf Abu Bakar al-Siddiq dan digunakan juga pada penulisan
Mushaf Uthmaniah. Apabila Islam telah tersebar di serata pelusuk dunia, maka terdapat
sekumpulan dari penulis-penulis Kufah yang telah mengelak dan mencantikkan lagi khat al-
Hijazi. Setelah berlaku proses tersebut, khat al-Hijazi itu dinamakan dengan khat al-Kufi.

3. Penulisan dan Pengumpulan AI-Quran pada Zaman Rasulullah s.a.w,

Menurut Ahli Sejarah, penulisan al-Quran bermula dari zaman Nabi Muhammad s.a.w. di
mana sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. menerima wahyu, Baginda mengarahkan penulis-penulis wahyu mencatatkan ayat-ayat al-Quran yang diterimanya.
Antara penulis wahyu Baginda Rasulullah s.a.w. ialah Khulafa' al-Rasyidin yang empat
iaitu Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq, Saiyidina Umar bin al-Khattab, Saiyidina Uthman bin Affan dan Saiyidina Ali bin Abi Talib r.a. serta sahabat Baginda yang lain seperti Saiyidina Zaid bin Thabit, Ubai bin Ka'ab, Thabit bin Qais r.a. dan lain-lain. Oleh kerana pada masa itu ketiadaan kertas, maka para penulis wahyu telah mencatatkan ayat-ayat al-Quran tersebut pada pelepahpelepah tamar, kepingan batu, tulang dan lain-lain bahan tulisan. Catatan tersebut disalin semula oleh sebahagian sahabat walaupun kebanyakan mereka lebih mengutamakan hafazan.

4. Penulisan AI-Quran pada Zaman Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a.
Selepas Rasulullah s.a.w. wafat, para sahabat telah melantik Saiyidina Abu Bakar al-
Siddiq r.a. menjadi khalifah yang pertama. Pada zamannya telah berlaku beberapa peperanganantaranya ialah peperangan al-Yamamah yang berlaku pada tahun 11 Hijrah. Dalam peperangantersebut ramai tentera Islam yang menghafaz al-Quran telah gugur syahid. Sejarah mencatatkansehingga 700 orang yang menghafaz al-Quran telah gugur syahid dalam peperangan tersebut."Peristiwa berkenaan telah mendorong Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. beberapa kalimencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. supaya diadakan usaha pengumpulanal-Quran kerana dibimbangi al-Quran akan terhapus dengan sebab ramai Qurra' yang gugur syahid. Akhirnya Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. bersetuju dengan cadangan tersebut dan mengarahkan Saiyidina Zaid bin Thabit r.a. menyalin al-Quran yang telah ditulis dan dihafaz pada zaman Rasulullah s.a.w. dengan dibantu oleh beberapa orang sahabat yang lain. Melalui usaha tersebut maka terkumpullah al-Quran yang pertama dalam bentuk lembaran suhuf.Setelah Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. wafat, suhuf tersebut telah disimpan di rumah Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. dan apabila Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. wafat, lembaran suhuf itu telah disimpan pula oleh Ummul Mukminin Saiyidatina Hafsah binti Umar al-Khattab r.a.

5. Penulisan Al-Quran pada Zaman Saiyidina Uthman bin Affan r.a,

Pada masa pemerintahan Khalifah Saiyidina Uthman bin Affan r.a. Islam telah
berkembang dengan luas meliputi Semenanjung Tanah Arab dan lain-lain wilayah termasuk
Armenia, Arzabeijan dan Khurasan. Umat Islam di wilayah-wilayah tersebut telah mempelajari dan membaca al-Quran menurut kaedah-kaedah bacaan Rasulullah s.a.w. melalui riwayat bacaan para sahabat yang masyhur antaranya:

i. Penduduk Mekah dan Madinah mengambil kaedah bacaan dari Ubai bin Ka'ab, Zaid
bin Thabit dan Saiyidina Umar bin al- Khattab r.a.
ii. Penduduk Syam mengambil kaedah bacaan daripada Saiyidina Uthman bin Affan dan
Abu Darda' r.a.
iii. Penduduk Basrah mengambil kaedah bacaan dari Saiyidina Umar bin al-Khattab, Ubai
bin Ka'ab, Zaid bin Thabit, Saiyidina Uthman bin Affan, Saiyidina Ali bin Abi Talib
dan Abu Musa al-Asha' ari r.a.
iv. Penduduk Kufah mengambil kaedah bacaan daripada Abdullah bin Mas'ud, Saiyidina
Ali bin Abi Talib, Saiyidina Uthman bin Affan, Ubai bin Ka'ab dan Zaid bin Thabit r.a.
Pada tahun 25 Hijrah, satu perbalahan yang hebat telah berlaku di kalangan muslimin
mengenai perbezaan kaedah bacaan dan seterusnya perselisihan dari segi riwayat pembacaan al- Quran.

Keadaan yang tidak begitu sihat ini telah disampaikan oleh seorang sahabat yang
bemama Huzaifah bin al- Yaman kepada Khalifah Saiyidina Uthman bin Affan. Huzaifah telahmencadangkan supaya Khalifah Saiyidina Uthman r.a. mencari jalan untuk menyatukan kaummuslimin dengan cara menyelaraskan mushaf agar tidak berlaku lagi perbalahan dan perselisihan tersebut. Khalifah Uthman bin Affan r.a. telah membentuk satu Jawatankuasa Penulisan Al- Quran yang diketuai oleh Zaid bin Thabit r.a. dan dibantu oleh beberapa orang anggota yang lain yang terdiri dari Abdullah bin Zubair, Said bin al-' As dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam r.a. Lembaran-lembaran suhuf al-Quran yang diambil dari simpanan Saiyidatina Hafsah binti Umar r.a. untuk dijadikan mushaf. Ketika ahli-ahli Jawatankuasa ini menjalankan tugas, Saiyidina Uthman bin Affan memberi nasihat dan meletakkan panduan bahawa asas rujukan di dalam penulisan al-Quran ini hendaklah berdasarkan bacaan para Qurra'. Jika terdapat perbezaan pada bacaan mereka, maka hendaklah ditulis mengikut bahasa orang-orang Quraisy kerana al- Quran itu diturunkan menurut bahasa Quraisy.
Menurut pendapat yang muktamad, Jawatankuasa tersebut telah menyusun dan menyalin
sebanyak enam mushaf al-Quran. Sebuah mushaf untuk kegunaan Saiyidina Uthman bin Affanr.a. sendiri yang dinamakan "Mushaf al-Imam" dan mushaf yang lain dikirimkan ke Mekah,Syam, Basrah, Kufah dan Madinah. Mushaf tersebut bukan sahaja dijadikan rujukan tunggal bagi penduduk di wilayahwilayahberkenaan, bahkan dihantar bersama-samanya seorang imam (qari) yang adil danmutqin" di dalam bacaan al-Quran untuk mengajar penduduk berkenaan. Mereka terdiri
daripada:
i. Abdullah bin al-Saaib r.a. ke Mekah. ii. AI-Mughirah bin Abi Syahab r.a. ke Syam. iii. Abdul Rahman Abdullah bin Habib al-Sulami r.a. ke Kufah. iv. Amru bin Qais r.a. ke Basrah. v. Zaid bin Thabit r.a. di Madinah.
Selepas itu, Saiyidina Uthman bin Affan r.a. memerintahkan supaya semua lembaran al-Quran yang ditulis sebelum ini dikumpulkan untuk dibakar atau dilupuskan. Walau bagaimanapun, perbezaan bacaan ( وججه القراءات ) yang ada hingga sekarang ini tidaklah berlawanan dengan apa yang terdapat di dalam mushaf yang ditulis pada zaman Khalifah Uthman bin Affan r.a. kerana bacaan itu telah diterima dari Baginda Rasulullah s.a.w. secara mutawatir.

Usaha-usaha pengumpulan al-Quran yang dilakukan pada zaman Khalifah Uthman bin
Affan telah mendatangkan faedah yang besar kepada umat Islam terutamanya dari segi:
i. Dapat menyelamatkan umat Islam dari perpecahan. ii. Dapat menyelesaikan perselisihan kaum muslimin tentang penulisan al-Quran. iii. Dapat menyatukan bentuk mushaf yang seragam melalui ejaan dan tulisan. iv. Dapat menyatukan wajah-wajah qiraat melalui satu mushaf. v. Dapat menyelaraskan susunan surah-surah menurut tertib seperti yang ada sekarang ini.

6. Kelebihan Rasm Uthmani
AI-Quran Rasm Uthmani mempunyai banyak kelebihan, antaranya:
i. Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
ii. Mengikut tulisan al-Quran yang asal.
iii. Boleh memahami makna yang berlainan dan tidak pula terkeluar daripada maksud yang
sebenar.
iv. Memudahkan bacaan dengan wajah qiraat (jenis-jenis bacaan).
v. Sebagai hujah kepada bahasa al-Quran yang fasih.
yi. Dipersetujui oleh lebih 12,000 orang sahabat.
vii. Salah satu dari mukjizat al-Quran.
viii.Bertepatan dengan riwayat bacaan mutawatir.
ix. Salah satu dari rukun bacaan al-Quran al-Karim.
x. Berdasarkan kepada dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang jelas.
xi. Ditulis mengikut bacaan Rawi (riwayat).
xii. Mengandungi rahsia dari segi mengekal dan menggugurkan huruf.

7. Tahap Penulisan AI-Quran
Penulisan al-Quran Rasm Uthmani seperti yang terdapat sekarang ini melalui tahap-tahap
berikut:
i. Tahap Pertama: Belum diletakkan sebarang tanda.
ii. Tahap Kedua: Ditandakan titik ( نقطة العراب ) yang dipelopori oleh/Abu al-Aswad al-Duali
(meninggal dunia pada tahun 69 Hijrah pada zaman Khalifah Marwan bin al-Hakam).
iii.Tahap Ketiga: Mula ditandakan dengan titik ( نقطة العجام ) yang dipelopori oleh Yahya bin
Ya'mar dan Nasyr bin 'Asim al-Laisy dengan perintah Gabenor Iraq iaitu al-Hajjaj bin Yusof
al-Thaqafi,
iv. Tahap Keempat: Mula diletakkan dengan tanda-tanda baris (harakah) yang dipelopori oleh
al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi pada zaman pemerintahan Abbasiyah iaitu Khalifah Abdul
Malik bin Marwan.
v. Tahap Kelima: Ditambah dengan tanda-tanda waqaf dan lain-lain tanda lagi.
Tulisan al-Quran dengan menggunakan Khat Nasakh mula dicetak buat pertama kalinya di
Hamburg, Jerman pada tahun 1694 Masihi (1113 Hijrah) dan seterusnya dicetak di negara-negara
Islam yang lain sehingga ke hari ini.

8. Cara Bacaan AI-Quran yang Diamalkan Masa Kini
Terdapat beberapa cara bacaan yang diamalkan pada masa kini iaitu:
i. Bacaan mengikut riwayat Hafs dari Imam 'Asim adalah paling banyak diamalkan di negaranegara
Islam.
ii. Bacaan mengikut riwayat Warsy dari Imam Nafi' adalah banyak diamalkan di negara Afrika.
iii. Bacaan mengikut riwayat Qalun dari Imam Nafi' adalah banyak diamalkan di negara Asia
Tengah.
iv. Bacaan mengikut riwayat al-Duri dari Imam Abu Amru al-Basri adalah banyak diamalkan di Sudan.

9. Penulisan AI-Quran (Ilmu Rasm)
Ilmu Rasm ialah satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafazlafaz atau ucapan
untuk memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-huruf asal dan ilmu yang
membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan huruf. Penulisan (rasm) al-Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w. yang diikuti secara
ijma' (sepakat) oleh seluruh ulama mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk tauqifiyyah
dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi Muhammad s.a.w.
10. Pembahagian Rasm
Rasm al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
i. Rasm Qiasi/Imla'i.
Iaitu penulisan menurut kelaziman pengucapan/ pertuturan.
ii. Rasm Istilahi/ Uthmani.
Iaitu penulisan menurut kaedah tertentu yang mana ia tidak sama dengan penulisan biasa dari
segi sebutan disebabkan ia menggunakan beberapa kaedah seperti membuang, menambah,
mengganti, menyambung atau memisahkan huruf dan penulisan Hamzah.Kebanyakan mushaf ditulis mengikut kaedah-kaedah ini. Oleh itu, penulisan mushaf Uthmani ini diakui sebagai penulisan yang bersifat tauqifiyyah (penetapan/penentuan Nabi), maka penggunaan tulisan Imla'i atau Qiasi tidaklah diharuskan.

HUKUM AQIQAH



Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)

Hukum Aqiqah

Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.

Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)
Daging Aqiqah

Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekahkan dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis walaupun aqiqah itu aqiqah nazar. Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan.Kemudian daging yang telah dimasak itu diberi makan kepada fakir miskin, sama ada dengan dihantar masakan itu ke rumah-rumah mereka atau dijemput mereka itu hadir makan di rumah tempat beraqiqah. Namun yang lebih afdal adalah dihantar masakan tersebut ke rumah-rumah orang fakir miskin.

Sementara itu, sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.Dalam hal memakan, menyedekah dan menghadiahkan daging aqiqah tersebut sama keadaannya dengan korban.

Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:

Maksudnya: "Afdal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya."

(Hadis riwayat al-Hakim)


Ini bertujuan untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak patah sebagaimana tidak pecah dan tidak patahnya tulang-tulang binatang aqiqah itu.

Waktu Aqiqah

Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih. Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.

Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya maksudnya :

"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ketujuh, memberikan kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala)."

(Hadis riwayat al-Hakim)


Termasuk dalam kiraan tujuh hari itu, hari anak itu dilahirkan. Jika anak itu dilahirkan pada waktu siang sebelum terbenam matahari, maka hari itu dikira satu hari. Sebaliknya jika dia dilahirkan pada waktu malam, maka malam dia dilahirkan itu tidak dikira sebagai satu hari, bahkan kiraan tujuh hari itu bermula daripada hari selepasnya (siang berikutnya).Waktu yang afdhal untuk menyembelih binatang aqiqah itu ialah setelah terbit matahari.

Melakukan Aqiqah Sebelum Kelahiran

Sebagaimana penjelasan di atas, jika penyembelihan aqiqah itu dilakukan selepas hari ketujuh ataupun sebelum hari ketujuh selepas kelahiran adalah memadai aqiqah tersebut. Ini kerana adanya sebab yang mensyariatkan ibadat aqiqah tersebut iaitu kelahiran anak. Akan tetapi jika aqiqah itu dilakukan sebelum kelahiran anak, maka tidak memadai aqiqahnya itu melainkan ianya hanya dikira sebagai binatang sembelihan biasa sahaja.

Syarat Sah Aqiqah

Syarat sah aqiqah ialah:

Berniat aqiqah ketika menyembelih.
Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh
Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.
Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:
Binatang
Umur

Biri-biri/
1 tahun atau lebih

Kambing
2 tahun atau lebih

Lembu/kenbau
2 tahun atau lebih

Unta
5 tahun atau lebih



Sunat-sunat Aqiqah ialah:

Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran
Menyembelih ketika matahari sedang naik (pagi)
Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
Memberi nama yang baik kepada bayi
Berdoa ketika hendak menyembelih
Daging dimasak manis.
Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak.
Daging aqiqah disunatkan buat jamuan atau kenduri

Hikmah Aqiqah

Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
Menggalakkan amalan sedekah.
melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
membiasakan berkorban bagi orang tua